.: Anda Suka Blog Ini? :.
.: Komentar Warga FB :.
Rabu, 5 Ogos 2009
Baca Al-Quran Sihatkan Diri??!!
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Isi kandungannya mengandungi jutaan rahsia yang masih dikaji hingga kini oleh semua pihak sama ada para ulama`, cendikiawan mahupun saintis. Marilah kita melihat beberapa mukjizat tentang kelebihan membaca al-Quran dari sudut kesihatan dan sains moden kontemporari.
1) Sebelum membaca al-Quran; Islam mengajar seseorang agar membersihkan dirinya terlebih dahulu (personal hygiene) dari sebarang kekotoran iaitu dengan cara bersuci (menggosok gigi, berkumur, berwudhu` @ mandi dsb) dan memakai pakaian yang bersih. Begitu juga tempat membaca al-Quran seharusnya berada di dalam suasana kemas dan dihamparkan dengan sejadah bersih.
2) Semasa membaca al-Quran; Dari sudut kesihatan, membaca membawa erti menggerakkan otot-otot kita terutama di bahagian muka dan leher. Al-Quran merupakan kitab yang dibaca iaitu dengan cara mengeluarkan suara sewaktu membacanya. Ini berbeza daripada mana-mana bahan bacaan lain yang mana kebanyakan manusia apabila membaca mereka akan menggunakan mata dan akal semata-mata untuk memahami isi bacaan (tanpa menggerakkan mulut). Otot yang sering digerakkan memastikan kita sihat, tisu-tisunya menjadi kuat dan elastic. Selain itu otot, saluran darah dan saraf yang aktif mampu menjalankan tugas masing-masing dengan baik yang akan menjadikan badan sihat serta berfungsi secara normal.
3) Penyakit-penyakit yang boleh terhindar; Membaca merupakan senaman muka dan leher yang boleh menghindarkan penyakit-penyakit seperti muka sembab, lumpuh muka (Bells Palsy / Facial Paralysis ), bengkak kornea mata (Edema Cornea), melambatkan proses penuaan dan kedutan dll.
4) Hikmah bacaan secara tajwid; Membaca al-Quran secara tartil (tajwid) sebenarnya boleh meransangkan tugas gerakan otot-otot dan saraf-saraf dimuka dan leher sebagaimana berikut:
TUGAS OTOT-OTOT MUKA SEMASA MEMBACA AL-QURAN
*Orbicularis Oculi-Buka & tutup mata.
*Temporalis-Menggoyangkan telinga.
*Compressor Naris-Kempis hidung ke dalam.
*Zygomaticus Major & Minor-Menarik bahagian luar bibir keluar & keatas.
*Depressor Labialis-Menarik bibir bawah ke bawah.
*Frontalis-Menarik dahi & alis mata.
*Procerus-Mengerutkan dahi.
*Levator Superrioris-Tegakkan bibir untuk senyum.
*Orbicularis Oris-Mengetap bibir.
*Masseter-Mengunyah & tutup dagu.
*Buccinator-Mengunyah, buka & tutup mulut.
*Risorius-Senyum dengan mulut tertutup.
Semua tugas-tugas otot ini bergerak ketika kita membaca al-Quran dengan bacaan tartil (seperti dengung, panjang, pendek, tasydid, imalah, saktah makhraj huruf dsb).
5) Mengosongkan perut semasa membaca; Ini demi mengelak rasa mengantuk, pendek nafas dan cepat lesu semasa membaca al-Quran. Sekaligus menghindarkan diri dari penyakit berkaitan perut dan penghadaman seperti makan berlebihan (Over eating), gastric dan nafas tersekat-sekat.
6) Menukar muka surat & mengalih pandangan pada baris-bari ayat; Mengaktifkan saraf dan otot di bahagian mata, muka dan leher.
7) Membaca menggunakan suara; Secara otomatik, pembaca akan menjaga keenakan suara agar tidak terjejas atau rosak. Pembaca akan memastikan jenis-jenis makanan yang boleh menjejaskan suara tidak diambil dengan banyak seperti makanan berminyak, pedas, panas dan sebagainya, sekaligus boleh menjaga kesihatan dan penyakit-penyakit lain.
8) Ketenangan dengan membaca al-Quran; Ketenangan merupakan kunci kesihatan dan kesejahteraan berkekalan, nikmat ini merupakan aset yang dicemburui oleh semua manusia kerana ia tidak mampu diperolehi kecuali dengan membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah ... Allahu a`lam.
-halaqah.net
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan