.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 27 Ogos 2009

Idea Guna Dinar Emas Perlu Dikaji Semula


Penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali dan diteruskan seperti yang pernah disarankan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Katanya, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir bagi menggunakan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC akan dikaji kembali dan boleh diteruskan," katanya dalam teks ucapannya pada majlis Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh setiausaha politiknya Shahabudin Yahya.

Saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Jamil Khir berkata Tabung Haji dan Pusat Zakat juga sepatutnya meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan dan aktiviti mereka.

"Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh dicadangkan dan diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.

"Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji)," katanya. BERNAMA

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template