بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحا به اجمعين Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian melihat firman Allah S.W.T yang berbunyi إنا عرضنا الأمانة على السموت و الأرض و الجبال فأبين أن يحملنها و أشفقن منها و حملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا Maksudnya : sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, bukit bukau namun semuanya enggan dan menolak kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya , kemudian ianya diterima oleh manusia sesungguhnya manusia adalah zalim lagi jahil. (Al Ahzab:72) Menurut Qurtubi, Ibn Kathir serta Fakhrul Razi dan Al-Mawardi amanah membawa maksud menegakkan agama serta mentadbir seluruh dunia dengan berlandaskan agama.Begitu berat amanah yang kita terima,tapi masih ada lagi masa untuk berfoya-foya dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjunjung perjuangan ini. Sahabat-sahabat sekalian,Saf kepimpinan AJKT DPM Damietta saban tahun akan bersilih ganti,namun disana ianya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menjaga kebajikan ahli dari segi thaqafah,tarbiah dan juga ijtimai’eah.Semua ini tidak akan tercapai sekiranya tidak mendapat sokongan dari semua pihak.Kita haruslah bersatu bukan sahaja dalam mengeluarkan pendapat tetapi yang lebih penting bersatu dalam menyumbangkan tenaga bertepatan dengan tema PMRAM tahun ini iaitu “JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH” Seterusnya marilah sama-sama kita menggunakan dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan waktu lapang dengan sebaik-baiknya,tambahan pula kita sekarang ini masih di dalam waktu bercuti,dan janganlah ianya menjadi alasan untuk kita bercuti dari segala aktiviti. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda sentiasa dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Akhirnya kami memohon doa dari sahabat-sahabat sekalian agar Saf Kepimpinan AJKT sesi 2009/2010 dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kalian dan Islam itu sendiri.BANTULAH KAMI AGAR KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA… (MOHD SHAIFUL KHAN BIN AHMAD) Pengerusi DPM Damietta sesi 2009/2010 |
.: Anda Suka Blog Ini? :.
.: Komentar Warga FB :.
Ahad, 16 Ogos 2009
Kalam Pengerusi DPMD 2009/2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan