Masa yang agak terhad tidak mengizinkan penulis mengarang walaupun ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan. InsyaAllah akan digarapkan kemudian. Selebihnya biarlah gambar yang menceritakan catatan peribadi sejak lebih 2 minggu lalu.
Sebagai urusetia di Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan Kedua 2010 pada 18 hingga 22 Jun 2010 di Balai Islam Lundang, KB, Kelantan.
Bersama sahabat2 mengendalikan SMEXA'10 pada 28 Jun 2010 di KIAS.
Memikul amanah di Interactive Dakwah Training (IDT) pada 2 & 3 Julai 2010 di APIUM Nilam Puri, KB, Kel.
Meja S/U Umum HITEK'10 yang beroperasi sejak 3 minggu lalu sehinggalah berlangsungnya program pada 30 Julai hingga 3 Ogos 2010 nanti... Di sinilah tempatku bertapa.. Dari meja akan diterjemahkan ke padang... Student Power!!!
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan kita, Rasulullah saw.
Hari walimah (majlis kesyukuran dan meraikan pengantin) merupakan saat yang amat penting bagi seorang pengantin muslim. Hari ini menjadi saksi yang amat penting, kesyukuran dizahirkan dengan ikatan dua hati yang saling mencintai dan berkasih sayang, juga untuk mengumumkan perasmian ikatan dan penyatuan ini kepada orang ramai.
Rasulullah saw telah bersabda kepada seorang sahabatnya:
Maksudnya:
((Adakanlah walimah (jamuan-kenduri), meskipun dengan seekor kambing))
[HR Bukhari].
Pelaksanaan walimah telah diajar oleh Rasulullah saw ianya menjadi syiar kebanggaan umatnya dan salah satu tanda kemuliaan dan keagungan agama Islam. Ketika kebahagian ini sedang dirai dan disyukuri dengan meriahnya, majlis sebegini juga seringkali dicemari dengan perkara-perkara yang dibenci Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Maka kita perlu saling memperingati sesama manusia sebagaimana firman Allah ini:
Maksudnya:
{Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lidah Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk perbuatan yang selalu mereka lakukan itu} [Al-Ma’idah: 78-79 ].
Di sini diingatkan beberapa ajaran Rasulullah saw yang perlu diberi perhatian di dalam mengendalikan majlis perkahwinan:-
1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah saw. Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah r. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan.
2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat. Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW)) [HR: Abu Daud].
3) Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul). Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan.
4) Mengundang golongan yang kurang berada. Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi].
5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati. Sabda Rasulullah saw: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].
Firman Allah swt maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]
Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Qur’an telah banyak menjelaskan hal ini.
6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat. Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat. Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya.
7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan. Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah saw. Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Baginda saw ketika itu. Firman Allah swt : Maksudnya: {….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17]
Mengelakkan perhiasan yang melampau. Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian). Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki, memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang.
9) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka. Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’Allah.
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw, alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah saw ini. Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:
((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada
apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]
Demikianlah risalah ini. Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Bertepatan dengan hadis ini:
ألْمُؤْمِنُ كَالْجَسَدِ الْوَاحِدُ إذَا اشْكَتَى مِنْهُ عَضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ والْحُمَّى “Orang-orang mukmin itu ibarat satu jasad, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh jasad turut merasakan sakit dengan demam dan tidak dapat tidur.” (H.R. Muslim)
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
"Saling berlaku jujurlah dalam ilmu dan jangan saling menyembunyikannya. Sesungguhnya berkhianatan terhadap ilmu lebih dahsyat dari khianat terhadap harta."(H.R.Abu Nuim)
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kpd org-org yg sabar."(Al-Baqarah : 155)
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”(Al-Fushshilat: 34)
"Belajar Sambil Mencabar, Pengetahuan Tidak Terjuntai Seperti Pisang, Bangsamu Tidak Termaju Tanpa Pemimpin, Biarlah Mahasiswa Mencabar Asalkan Sambil Itu Mereka Belajar.." - Prof. Diraja Ungku Aziz
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(Al-Hujuraat:6)
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."(At-Thalaq:2)
"Dan jgnlh kamu m`campuradukkan kebenaran dgn kebatilan dan (jgnlh) kamu sembunyikankebenaran, sedang kamu mengetahuinya."(Al-Baqarah:42)
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”(Al-Hujuraat:10)
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (H.R Bukhari & Muslim)