.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 25 Ogos 2009

Syarat Menjadi Seorang Pemimpin


Kalau engkau ingin jadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi ayah, bertanggungjawab kepada mereka?

Kalau engkau suka menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi ibu tempat bermanja-manja?

Jika engkau hendak menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi guru kepada mereka?

Boleh memberi didikan dan ilmu

Jika engkau mahu menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi kawan yang setia?

Bila-bila masa boleh memberi pertolongan dan bantuan kepada mereka

Jika engkau ingin jadi pemimpin

Ertinya engkau sanggup jadi ayah, jadi ibu, jadi guru, jadi kawan setia

Kalau manusia fahamlah kedudukan pemimpin

Kepimpinan tidak akan jadi rebutan di kalangan manusia

Bahkan kalau orang memintanya pun dia akan menolaknya

Kecuali tidak dapat dielakkan kerana kehendak orang banyak

Sekarang kepimpinan menjadi rebutan dan buruan

Bukan ingin jadi watak-watak manusia yang kita sebutkan

Tapi di sana ada kepentingan dan keuntungan

Kerana itulah dunia hari ini huru-hara

Dikeranakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri

Oleh itulah pemimpin hari ini dicaci-maki oleh rakyat

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template