.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Menjejakkan Kaki ke Universiti Terulung di Dunia


Salam Ramadhan sebagai pembuka bicara...

Sebelum kalam dilanjutan. sekadar pemberitahuan buat para pembaca bahawa ini adalah nukilan peribadi. Tiada keperluan untuk kalian membacanya. Kalau baca pun, tiada orang yang nak marah. Sekadar luahan gelora hati.

Hari ini tibalah saat waktu yang cukup bermakna buat diri ini.
Beberapa ketika sahajaj sebentar lagi diri ini akan menjengah ke "Universiti Terulung di Dunia" iaitu Universiti Ramadhan.
Sejak pagi tadi aku berjalan-jalan mencari sedikit sinar di kuliah mingguan TGNA, cuba kuselami bait-bait bicara kuliah pembukaan oleh Ust Zulqarnain sebelum menantikan TGNA.
Termanggu diri ini sendirian, memikirkan...
Ini bukanlah kali pertama Ramadhan hadir padaku, cuma tidak pasti adakah ianya yang terakhir.
Terasa benar betapa Ramadhan lalu masih gagal untuk membentuk diri ini sebaikknya.
Bimbang menjamah diriku, tidak sanggup rasanya dibiarkan berulang...
Terlalu sia-sia...

Tapi Ramadhan kali..
Ku pasakkan nekad di hati..
Walau masih disebelubungi keraguan...
Aku bersedia menerima tarbiahmu Ramadhan...
Selagi roh dan jasad ini bersama...
Akan ku cuba sebaiknya...
Memastikan tarbiah Universiti Ramadhan ini tidak disia-siakan...
Tidak hanya sekadar di Ramadhan..
Bahkan sepanjang tahun demi-Mu Ilahi...


p/s: CC nk tutup dah, tpaksa stop dlu.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template