.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 25 Ogos 2009

Kugagahi langkahku...


Salam tinta & salam Ramadhan...

Hari ini... ketika mula meninggi segalah dan cuaca masih lagi tidak seterik saat azan zohor bergema, ana menerima panggilan telefon ringkas daripada Ust Zulqarnain meminta supaya ana menyampaikan maklumat untuk diadakan pertemuan bersama bakal pimpinan sebuah kelab untuk Jabatan Al-Syariah di KIAS yang diberi nama Nadi Al-Syariah (NAS). Hasrtanya itu segera ditunaikan. Perancangannya bersama Ketua Jabatan Al-Syariah, Ust Hamidi dan beberapa orang pensyarah yang telah lebih sebulan itu kelihatannya semakin menghampiri saatnya.

Sekalipun ana telah difahamkan awal-awal akan perkara ini, masih terasa jauh di sudut hati kecil ini keberatan untukmenerima taklifan ini. Menerajui sesebuah kelab yang baru hendak bertapak bukanlah perkara mudah sekalipun tidak terlalu sukar. Pertemuan ini akhirnya menjadi kenyataan setelah ianya diadakan kira-kira pada pukul 4 petang tadi. Alhamdulillah...jasad ini juga hadir walaupun berbelah bahagi mengenangkan pertembungan dengan mesyuarat PMKIAS. Melihat kepada sejauh mana keperluan mesyuarat kepada ana, maka ana nekadkan diri untuk meletakkan jasad ini bersama NAS pada petang ini. Mudah-mudahan sahabat pimpinan PMKIAS memahami situasi yang telah ana jelaskan awal-awal kepada salah seorang sahabat yang hadir.

Pertemuan bersama Ustaz Zulqarnain dan Ustazah Nurul Akma serta sahabat-sahabat yang lain secara tidak rasminya telah diamanahkan sudahlah sebuah tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Tiada apa yang terbayang di kotak fikiran ini melainkan bicara tokoh pimpinan Islam saatnya menerima taklifan bermaksudkan bahawa tiada kelebihan apa-apa seseorang pemimpin itu melainkan bertambahnya tanggungjawab (bebanannya).

Jauh di sudut hati ini amatlah mengharapkan bantuan-Nya moga diberikan kekuatan untuk bersama kesatuan ini..
Juga mengharapkan tarbiyah Ramadhan ini bermakna buat diri yang dahagakan penambahbaikkan diri...
Sesungguhnya diri ini hanyalah hamba yang kerdil yang kadang kala alpa dan leka ditenggelamkan nikmat-Mu....

Selesai pertemuan dan solat asar, baru ana terbaca mesej sahabat pimpinan PMKIAS yang rupanya masih bermesyuarat sebagai respon mesej ana sejurus selesai pertemuan NAS yang selesai saat asar telah menjelang. Segera langkah ana dihalakan ke arah sekitar bangunan akademik, mecari-cari mereka yang masih bermesyuarat. Namun tenyata mesyuarat hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi akan mentutp tirainya. Langkah ini pantas dimatikan.. ana berpatah balik ke sakan.. Setelah beberapa kali berbalas mesej dengan Presiden dan Timb.Pengerusi 2 DSK, ana difahamkan bahawa telah ditaklifkan sebagai Koordinator Pengisian program berkenaan.. Ya Allah! Bertambah lagi ujian-Mu.. semakin bertambah jua suatu bebanan yang bernama tanggungjawab... Diri ini merenung sendirian... Tidak mengapalah.
Ana tidak berhasrat untuk menolaknya lagi... Telah penat bermain tarik tali seperti ini...
Panjang lagi kalau nak diceritakan...
Masa saat bicara ini dinukilkan tinggal kurang sejam lagi waktu berbuka dan bermakna terpaksalah ana labuhkan bicara di sini...
Masih perlu ke bazar untuk mencari juadah berbuka...
Selamat berbuka semua...
Wassalam..

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template