.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Teknik SB sama dengan CIA ?!!


Teknik-teknik yang digunakan oleh SB semasa soal-siasat ISA yang sama dengan teknik yang digunakan oleh CIA di Guantanamo Bay adalah termasuk teknik "Mutt and Jef". Huraiannya adalah seperti berikut:

"Mutt and Jeff"

Teknik ini menggabung dan menggilir-gilirkan Pegawai-pegawai Penyiasat (IO-IO) yang gedebe dengan IO-IO yang 'berhati mulia'! Biasanya dengan teknik ini, tahanan akan dihadapkan terlebih dahulu dengan IO-IO yang gedebe berlagak samseng.

IO-IO berwatak "Mutt" ini diarahkan untuk memaki, menengking dan mencarut-carut kepada tahanan. Segala jenis tuduhan dan tohmahan dilemparkan oleh IO berwatak "Mutt" terhadap tahanan. Biasanya sampai nak longlai tahanan ditengking dan dimaki-hamun oleh IO berwatak "Mutt" ini barulah beliau berhenti.

Setelah IO berwatak "Mutt" meninggalkan bilik soal-siasat, masuklah pula IO yang kadang-kadang kelihatan seperti sang lebai bersahsiah ustaz. Sekali pandang dia kelihatan cukup tawadhu' dan zuhud! Baju pun kadang kala butangnya tertanggal sana dan sini! Inilah IO berwatak "Jeff" dengan hati yang 'luhur' dan 'mulia'.

IO berwatak "Jeff" tidak sombong dan bongkak dan tidak pula memaki hamun dan mencarut-carut! IO seperti ini lebih mempamerkan tingkah-laku seperti sahabat yang prihatin!

Tujuan utama teknik "Mutt and Jeff" adalah untuk memberi tekanan yang amat kuat terhadap tahanan. Tekanan ini menjadikan tahanan betul-betul merasakan tiada ruang dan kesempatan langsung untuk beliau mempertahankan diri.

IO berwatak "Mutt" terlalu brutal untuk dijadikan tempat bagi tahanan membuka mulut walau sedikit pun! IO berwatak "Mutt" bukan manusia seperti insan biasa. Ia tidak punyai hati perut dan tidak kenal erti emosi dan simpati.

Setelah tahanan melalui proses tekanan kronik tersebut, tahanan akan dihadapkan pula dengan IO berwatak "Jeff". Orangnya lembut dan prihatin. IO berwatak "Jeff" dengan tenang akan bertanya kepada tahanan apa yang disoal oleh IO sebelum beliau.

Apabila tahanan menceritakan kepadanya apa yang telah dilaluinya, maka IO berwatak "Jeff" akan berkata: "Eh..tak boleh tu!� tak boleh macam tu!.. tak betul tu! Saya tak setuju cara macam tu� kita sama-sama orang Islam mana boleh buat macam tu"!

Mendengar kata-kata seperti itu daripada IO berwatak "Jeff" pasti akan menyejukkan hati tahanan. Dengan sentuhan-sentuhan hati dan kata-kata yang menunjukkan prihatin, secara tidak disedari tahanan akan merasakan dirinya terbela. Tahanan akan merasakan ada tempat untuk ia mengadu. Tiba-tiba tahanan mendapati seseorang untuk dijadikan tempat sandaran!

Di situlah perangkapnya! Sebaik sahaja tahanan merasakan bahawa ia boleh menyandarkan harapannya kepada IO berwatak "Jeff", maka akan terbinalah satu hubungan kebergantungan antara tahanan dengan IO.

'Bernaung kasih' kepada IO

Keadaan ini memang sukar. Saya sendiri yang sudah tahu wujudnya teknik ini sebelum ditahan ISA pada tahun 1998, turut merasa lega bila berdepan IO berwatak "Jeff". Walaupun tahu ianya satu perangkap, namun setelah berjam-jam sebelum itu terpaksa berdepan dengan makian, cacian, tengkingan dan carutan daripada para gedebe di kalangan IO-IO berwatak "Mutt", memang saya akui ada banyak leganya perasaan saya bila berdepan dengan IO berwatak "Jeff".

Perasaan saya ketika itu adalah seperti mahu mengadu dan 'bernaung kasih' kepada IO berwatak "Jeff". Namun, cepat-cepat saya ingatkan diri saya bahawa ianya hanya taktik mereka. Oleh itu saya berusaha untuk menyembunyikan rasa lega saya itu!

Tujuan utama teknik ini adalah setelah dikenakan tekanan oleh IO berwatak "Mutt", tahanan akan meletakkan kepergantungan diri kepada IO berwatak "Jeff". Apabila kepergantungan ini berlaku, maka lebih mudahlah IO mendapatkan 'kerjasama' daripada tahanan.

Pengertian 'kerjasama' ini luas dalam konteks SB. Apa-apa pun bentuk kerjasama ini, kemuncaknya adalah agar tahanan tidak melawan dan menentang Umno-BN!

Kerjasama juga bererti tahanan menceritakan segala-galanya kepada IO dengan pujukan: "Kami dah tahu semua dah.. tapi kami nak dengar sendiri daripada mulut you..kami nak tengok sejauh mana you jujur pada diri sendiri"!

Pujukan lain: "Kami nak bantu you.... kami nak tolong you... mana tahu you tak sedar ada pihak lain nak ambik kesempatan..you OK.. you ikhlas..tapi you tak perasan ada kawan-kawan yang gunakan you.. Bila you cakap...kami boleh beritahu you kat mana you tersilap".

Bunyinya amat pengasih dan penyayang!!

Kerjasama juga bererti tahanan duduk diam bersetuju sahaja dengan apa yang dicelotehkan oleh IO berwatak "Jeff". Namun, di situlah jarum-jarum brain-wash dan turning-over dilaksanakan!

Kerjasama juga boleh bererti tahanan membuat pengakuan berdasarkan skrip yang telah disediakan. Rakaman dibuat terhadap pengakuan ini semasa tahanan masih dalam tempoh soal-siasat 60 hari. Rakaman juga mungkin dibuat di luar setelah merundingkan pembebasan tahanan sebelum tamat tempoh soal-siasat 60 hari.

Berapa ramai tahanan sanggup mendedahkan kezaliman ISA

Setelah tahanan dibebaskan sebelum tamat tempoh 60 hari, mungkin juga rakaman tidak perlu dibuat. Ia sudah cukup memadai dengan tahanan mematuhi arahan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang akan dikemukakan kepadanya oleh wartawan akhbar kerajaan. Kenyataan itu dan kadang-kadang satu artikel penuh tentang kenyataan tahanan yang mempertahankan ISA akan disiarkan dalam akhbar.

Ada kalanya pelaksanaan kerjasama ini tidak perlu pergi sejauh itu. Cukup dengan tahanan membuat mengaku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh IO. Pengakuan seperti itu pun tidak dirakam atau dicatat. Pengakuan itu berjalan secara bersahaja.

Ini berlaku begini: IO berwatak "Jeff" akan mempamerkan dirinya sebagai seorang yang benar-benar bertugas untuk menjaga keselamatan negara. Urusan politik katanya beliau tak ambil pusing. Apa yang dimahukan adalah agar negara selamat dan orang-orang yang tersilap langkah dan kemudian ditahan ISA diberikan peluang untuk membetulkan kesalahannya.

Celotehnya diteruskannya begini: Seboleh-bolehnya beliau sendiri dan bukannya IO-IO yang 'tak betul' tu yang soal-siasat tahanan yang tersilap langkah ini. Katanya juga, seboleh-boleh beliau juga akan memastikan bahawa tahanan tidak ditahan lama dan pastinya tidak akan dihantar ke Kem Kamunting!

Bebelannya diteruskan begini: Itulah sebenarnya sebab diwujudkan ISA. Katanya ISA bukan nak hukum sesiapa, sebaliknya ISA adalah untuk selamatkan rakyat negara ini yang tersilap langkah. Kalau dibawa ke mahkamah, kesilapannya akan terdedah. Isteri, anak-anak serta anggota-anggota keluarga akan malu bila mengetahui bahawa tahanan tergamak melakukan kesilapan sedemikian rupa!

Leterannya ditambah dengan kata-kata begini: Bila buat cara tak bawa ke mahkamah, duduk sembang-sembang dengan IO barulah tahanan nampak kat mana silap dirinya. Kesilapan itu boleh dibetulkan. IO tidak berminat nak hantar tahanan ke Kem Kamunting. Kalau boleh soal-siasat siap secepat mungkin lagi baik. Tak payah nak tunggu genap 60 hari!

Akhir sekali kelok IO akan pergi begini: Siapa sajalah yang memerintah negara ni. Tak kira PAS ke, KeADILan ke, dan Anwar sendiri pun kalau memerintah, ISA akan terus digunakan.

Jika ini berlaku kepada anda, setelah beberapa sesi anda berhadapan dengan IO berwatak "Jeff" seperti ini, beliau akan bertanya kepada anda begini: Setuju tak yang ISA adalah satu undang-undang yang diperlukan di negara ini?

Jawapannya: Tunggu apabila anda sendiri melalui proses ini!!

Ataupun, hitung berapa ramai di kalangan ribuan bekas tahanan ISA di sekeliling anda yang mahu bercakap di khalayak ramai tentang kezaliman ISA

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=6758&Itemid=80

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template