.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Musytari kembali mendominasi


Beberapa minggu yang lepas, sebuah objek telah terhempas ke arah planet Musytari dan menghasilkan sebuah tompokan hitam di atmosferanya. Tompokan ini serupa seperti Komet Shoemaker-Levy 9 terhempas pada tahun 1994.

Para saintis masih tidak dapat memastikan samada sebuah komet atau asteroid yang telah memasuki ke ruang udara Musytari. Namun, apa yang pasti kesan tompokan ini begitu besar sekarang sehingga ia boleh memuatkan planet Bumi di dalamnya!

Bagi kita yang memiliki teleskop, tompokan hitam ini dikatakan dapat dilihat dengan mudah. Binokulars tidak mampu melihatnya kerana kita perlu menggunakan kuasa pembesaran yang tinggi yang mana hanya sebuah teleskop mampu memberinya.

Musytari juga akan berada di posisi istiqbal pada 15 Ogos 2009. Ia akan terbit sebaik sahaja matahari terbenam, dan akan kelihatan di langit sepanjang malam sehinggalah ke waktu matahari terbit keesokkannya.

Oleh itu, planet ini akan menjadi tumpuan dan mendominasi sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

(Foto diambil pada 3 Ogos lepas oleh Anthony Wesley dari Murrumbateman, Australia)


sumber: falak-online.net

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template