.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Ahad, 30 Ogos 2009

Pemahaman hudud: Apa Komen Pengerusi SIGMA?!!


fasihahKuala Lumpur 30 Ogos 07:45a.m | Perbincang dan perdebatan berkenaan dengan isu hukuman sebatan yang dijatuhkan kepada bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno masih lagi terus diperkatakan terutamanya bagi parti politik dan pelbagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia.

Lebih lagi, disamping media domestik, media antarabangsa juga dilihat berminat dengan isu persis antara kecelaruan sistem, sentimen keagamaan dan hak asasi manusia berkenaan.

Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA), Fasihah Mohd Pauzi memberi respon menarik selepas badan NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) melalui presidennya, Idris Yusoof semalam menyatakan kepada media berkenaan situasi mahkamah Syariah di Malaysia yang dilihat kelam-kabut dan lemah.

Beliau yang baru sahaja memegang jawatan berkenaan beberapa minggu lepas dengan yakin hari ini mengajak pihak berwajib untuk meniru gaya ‘dakwah’ filem pendek ‘Halal’ terbitan 15 Malaysia.

“(Sekarang) parti politik, badan kerajaan dan beberapa NGO bertekak tentang persoalan siapa yang salah, kenapa tak dibuat hudud, ada yang kata ianya zalim kerana tak menepati jumlah sebatan hukum hudud yang betul, malah ada yang menyokong disebat kerana kerelaan pesalah. Tapi, sekarang ini saya mengajak semua pilih cara yang lebih kreatif seperti ‘Halal’ untuk tujuan educate masyarakat,”ujar beliau.

15malaysiaUjar beliau lagi, filem pendek arahan Liew Seng Tat yang menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor tersebut juga dilihat “mampu menyampaikan mesej dakwah” kepada penganut agama lain disamping kepada golongan “kurang faham Islam dengan jelas”.

“Sudah tiba masanya kita buat filem pendek tentang hudud Islam yang betul, biar semua orang faham, tak kiralah dia India, Buddha, Islam Liberal ataupun NGO feminis yang mana-mana pun,” respon beliau petang tadi.

Jalan cerita filem pendek tersebut dimulakan dengan persoalan ‘mengapa Muslim tidak makan ayam sembelihan non-Muslim?’ memaparkan secara asas syarat-syarat penyembelihan cara Islam dengan bersahaja, provokatif dan humor.

“Saya mengajak parti politik, NGO Islam, mahkamah Syariah atau mungkin juga Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang lebih berautoriti buat satu filem dengan objektif sampaikan mesej gambaran sebenar sebatan hudud cara Islam, yang tak cedera, tak zalim, penyebat tak mengangkat tangan tinggi dan sebagainya, sesuai dengan orang awan yang biasa pemahaman Islamnya,”tambahnya lagi.

halalDalam pada itu, beliau yang juga merangkap sebagai Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM) menyatakan bahawa negara hanya mempunyai satu contoh sahaja filem atau gambaran mudah berkenaan hukuman hudud berzina iaitu dalam filem Semerah Padi arahan P. Ramlee tahun 1956, namun disifatkan sebagai “bukan gambaran sebenar” bagi hukuman Islam kerana filem tersebut memaparkan hukuman sebatan mendera dan sula yang tidak ada dalam Islam.

“Orang mudah dapatkan gambaran (tentang) Islam dengan filem, kalau dah filem tak betul (gambaran sebenar), orang akan salah faham, sekarang kita (filem) buat yang betul,” tegas beliau.

15 Malaysia dengan tema ‘voices of new Malaysia’ ialah kumpulan filem-filem pendek hasil sentuhan pelbagai pengarah terkenal lain termasuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ho Yuhang dan ramai lagi disamping menampilkan tokoh-tokoh Negara seperti Nik Aziz Nik Mat dan Khairi Jamaluddin.

Antara filem pendek lain dalam 15 Malaysia ialah Potong Saga, Chocolate, Pokok dan Rumah.

Ditanya tentang tugas baru beliau dalam gerakan mahasiswi berkenaan, anak kelahiran Kelantan itu hanya menjawab “biasa sahaja, tunggulah program SIGMA yang pertama nanti”.-mahasiswakini

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template