.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 30 November 2009

Sains Islam Melampaui Metafizik-Mekanisma

0 ulasan
Ini merupakan wawancara tentang Sains Islam bersama dengan Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, pensyarah sains matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Wawancara ini sebenarnya merupakan sebahagian dari beberapa wawancara sama yang turut diedarkan kepada beberapa tokoh yang lain. Dan, himpunan dari jawapan wawancara ini akan disiarkan secara berperingkat bagi bacaan khalayak.

Dari sudut bahasa, apa bezanya sains, ilmu, al-’ilm, knowledge, science, dan Scientia? Apakah terjemahan yang tepat untuk “Islamization of knowledge” yang dianjurkan oleh Ismail al-Faruqi?

Secara umumnya, tiadalah maksud yang agak berbeza berkenaan istilah-istilah yang datang dari tiga kebudayaan itu, iaitu Rom (scientia/science/sains), Islam (al-’ilm/ilmu) dan Inggeris (knowledge). Semua perkataan tersebut merujuk kepada perkataan Melayu “(penge)tahu(an)”. Namun, kalau diambil secara mengkhusus, malah mungkin secara falsafah, memanglah sedikit sebanyak berbeza. Ada istilah yang merangkum hal-hal metafizik dan ada pula yang hanya hal-hal fizis dan alamiah.

“Islamization of knowledge” paling tepatnya, saya rasa, adalah “pengIslaman sains/pengetahuan”. Tapi masih boleh guna masukkan “ilmu” kalau merujuk kepada ilmu-ilmu semasa sahaja.

Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu? Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau Sains Islam ini?

Gagasan tersebut bermula tatkala Persidangan Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977. Kini telah berlanjutan kepada persidangan yang ke-6, yang terakhir di Afrika Selatan. Al-Attas mendakwa dalam bukunya “Islam and Secularism” bahawa beliaulah yang pertama menukilkan gagasan tersebut. Namun, yang popularnya adalah gagasan yang diasaskan oleh Ismail al-Faruqi menerusi bukunya “Islamization of Knowledge” terbitan IIIT. Sayyed Hossein Nasr pada peringkat awal lebih menumpukan kepada hal-hal berkaitan bukti sejarah dalam Tamadun Islam yang menyokong gagasan tersebut. Tema sejarah ini juga diikuti oleh muridnya Osman Bakar, dan murid kepada Osman Bakar, iaitu Mat Rofa Ismail dan Abdul Latif Samian. Kalau tak silap saya, berdasarkan beberapa buku yang telah saya telaah pada tahun 1990-an dulu, PengIslaman Ilmu/Sains merujuk kepada gerakan mentafsirkan Ilmu/Sains semasa kini agarnya selaras dengan Falsafah Ilmu/Sains Islam, yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Hadith. Istilah yang lebih mengelirukan itu, iaitu Sains Islam, juga sepatutnya bermaksud takrif demikian, tapi banyak kali disalahertikan kepada merujuk hanyalah hal-hal berkaitan ilmu-ilmu yang diajarkan di Fakulti Pengajian Islam, atau ilmu-ilmu Fakulti Pengajian Islam yang diajarkan kepada mahasiswa/i fakulti yang lain. Itulah keherotan pengertian yang kini tampak berlaku di UIAM, USIM, KUIS dan beberapa institusi pendidikan tinggi yang lain.

Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan sains dan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan ‘Bucaillisme’ yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal Islam. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur’an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan Sains Barat di sebalek kemalasan/kelambatan umat Islam untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?

Kerja-kerja yang memadankan sains semasa dengan (sains) Islam tersebut memanglah perlu pada peringkat permulaannya sahaja. Itu lebih baik daripada hanyalah menggali sejarah sains Islam. Sebab, sekurang-kurangnya sudah diusahakan mentelaah secara umum/popular tentang sains semasa, yang tidak langsung dilakukan oleh sejarawan sains Islam. Tapi, kemudiannya kajian-kajian teliti haruslah dilakukan terhadap kedua-dua data tersebut sehinggalah boleh ditunjukkan yang sains semasa itu selaras dengan (sains) Islam. Ini sebenarnya, kalau ditelusuri, memerlukan seseorang menilai, memperbaiki, mengkritik malah mungkin menghapus juzuk-juzuk sains semasa agar selaras dengan maklumat-maklumat dalam al-Quran. Kerja-kerja inilah yang tidak dilakukan oleh golongan Bucaillisme. Tapi, tidak cukup orang juga untuk lakukan kerja-kerja sukar itu.

Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? Dan ternyata, Islam menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang/menikmati kelebihan sains dari Barat, di mana Sains Islam tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?

Semua itu berpunca daripada tidak cukupnya tenaga untuk melakukan kerja-kerja lanjutan menyelaraskan sains semasa dengan (sains) Islam. Tenaga-tenaga yang adapun masihlah terpesona dengan penemuan-penemuan ala Bucaillisme. Saya percaya bahawa persoalan-persoalan dasar berbentuk metafizik, ontologi, epistemologi dan logik, yang mendasari sains semasa kini masihlah boleh diubah agar mengikuti sains Islam. Contohnya adalah kegagalan Frege-Russell dan Hilbert meletakkan Matematik Tulen agar berteraskan Logik. Persoalannya, apakah Logik yang baru, yang lebih baik daripada Logik lama, untuk membangunkan Matematik Tulen? Logik Binaan/Konstruktif Brouwer nampaknya beberapa kali menjawab persoalan tersebut, tapi gagal juga, apabila berjaya ditunjukkan bahawa Logik Brouwer itu hanyalah Logik Russell peringkat kedua. Soalan yang langsung di sini adalah apakah Logik Islam?

Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat sains yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya Sains Lao-Tze, Sains Buddha, Sains Hindu, atau Sains Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan sains mereka yang hebat pada hari ini sebagai Sains Kristian. Tapi, Islam atau muslim umpamanya, begitu ‘istimewa’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk melekatkan sains dengan agama. Jadi, mengapa sains perlu disandarkan kepada Islam, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain? Benarkah begitu?

Ketika Islam dahulu adalah penaung kepada ilmu dunia, mereka tidak menamakannya sebagai Sains Islam. Ketika itu, Eropah pula memanggil sains mereka sebagai Sains Kristian. Contohnya adalah buku Summa Theologia karangan St Thomas Aquinas, yang merupakan adaptasi kepada buku Ilya Illumuddin karangan al-Ghazzali. Apabila ditanyakan kepada beliau oleh pengikut-pengikut beliau tentang hal ini, beliau mengatakan bahawa beliau sedang mengKristiankan Ihya. Juga buku Divine Comedy karangan Dante yang digelar Gospel ke-5 itu, yang merupakan versi Kristian bagi hadith-hadith Isra Mikraj. Adalah salah mengatakan bahawa Barat akan menamakan sains mereka sebagai Sains Kristian, sebab Barat bukanlah Kristian. Barat Moden dan Barat Pascamoden adalah pembebasan daripada Kristian, Yahudi dan apa-apa bentuk agama, malah metafizik. Zaman Thomas Aquinas, mereka tidak menggelar diri mereka sebagai Moden.

Peletakkan nama tersebut adalah untuk membezakan dua juzuk sains yang jelas berbeza. Barat akan mahu sains mereka dipanggil sains sekular. Sebab itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka, iaitu membuang juzuk metafizik dalam sains. Itu sebab, kalau kita mahu sains mereka, kita kena gelar negara kita ini Malaysia Sekular, atau seperti Turki Sekular. Dalam negara sekular, agama boleh juga wujud, tapi boleh hanyalah berperanan sebagai peribadatan sahaja. Macam kitalah sekarang, kejap masuk makmal mengesahkan Teori Evolusi Darwin yang menentang kewujudan Tuhan, kemudian bila waktu sembahyang Zuhur pergi Masjid UKM untuk sembahyang, lepas tu masuk makmal semula sambung kerja. Agama pada kita hanyalah sembahyang, puasa, zakat, haji dan beberapa perkara mudah yang lain. Di masa Aristotle dulu, agama Yahudi juga wujud. Tapi apa yang dimaksudkan oleh sarjana Yahudi-Yunani bernama Philo dari Alexandria tentang Sains (Yahudi) tidaklah sama dengan apa yang dimaksudkan oleh Aristotle tentang Sains (Yunani). Di Amerika sekarang, sains yang cuba dibangunkan oleh saintis kristian dinamakan Sains Kristian, saingan kepada Sains Sekular. Tapi, namanya selalu sahaja dipanggil sebagai Sains Penciptaan.

Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1″ dalam Islam dengan nombor “1″ dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?

Beberapa hal berkaitan mekanisma menjelaskan sesuatu perkara yang menyentuh matematik, statistik, fizik, kimia, sains komputer, biologi dll, dan itu semua mungkin sahaja tidak berbeza dalam sains sekular dan sains agama/theis (Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dll). Itulah maksud sekular itu, iaitu memahami mekanisma sesuatu sehinggakan boleh dijelaskan bahawa mekanisma itulah sahaja yang wujud. Sebelum daripadanya tiada, dan kalaupun ada, tidak mengambil bahagian dalam mekanisme itu. Itulah maksud Darwin, Newton, Frege dan lain-lainnya. Kalangan ahli Matematik Barat Moden, kalau tidak silap saya, hanyalah Leibniz yang tidak sekular menerusi notanya bertajuk “Metaphysical foundation of Mathematics”. Sains Theis/Agama mestilah berbeza dalam hal ini. Maksudnya ada peranan yang jauh lebih teras berbanding hanyalah mekanisma. Tapi boleh sahaja dimaksudkan, tambah sahajalah kepada mekanisma itu, maka sains sekular menjadi sains theis/agama. Namun, dalam satu dua kes terpencil, bolehlah semudah itu, namun secara umumnya tidaklah sedemikian. Teori Penciptaan Kristian bukanlah hanya menambahkan Pencipta kepada Teori Evolusi Darwin. “Peranan yang dasar” inilah beserta “mekanisma”nya itulah yang perlu diusahakan dikaji dalam Sains Agama.

Definisi sains yang dikemukakan oleh Dr. Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?

Prof Shaharir merujuk kepada makna sains Barat Moden dalam petikan di atas, yang saya panggil mekanisma tadi. Sudah saya nyatakan tadi juga bahawa PengIslaman Sains bukanlah bermaksud secara umumnya melekatkan “metafizik” kepada “mekanisma”. Prosesnya mestilah lebih daripada itu, iaitu menilai dengan jitu kedua-dua aspek tersebut sebelum dikatakan kedua-duanya selaras. Berkaitan kaedah pula, sememangnyalah mudah menyukat sesuatu yang pada peringkat mekanisme sahaja. Itu sebab disepakati umum. Dan amat sukarlah menyukat yang lebih daripada itu, yang metalogik dan intuisi katakan. Isu emperikal ini sebenarnya bukanlah ditimbulkan oleh Yunani mahupun Barat Moden, tetapi yang pertama kali mengusulkannya adalah Ibn al-Haytham. Tetapi al-Haytham masihlah mendokong Sains Islam, begitu juga Roger Bacon yang menyalin konsepnya tetapi masih mendokong Sains Kristian, berbanding Francis Bacon yang menyalinnya tetapi menukilkan Sains Sekular.

Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya? Dan, di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?

Sains Islam akan memberikan paradigma baru berfikir dan membentuk suatu sains baru kepada masyarakat dunia. Ini sepertimana yang pernah pertama kali dilakukan oleh al-Kindi 1200 tahun yang lepas, dan diteruskan oleh saintis-saintis Muslim lainnya. Jika kita terus melanggan Sains Barat ini, tanpa ada usaha untuk membetulkannya, kerugian paling ketara kepada kita adalah kita akan mengkesampingkan hal-hal yang lebih tinggi daripada hal-hal mekanisma, seperti bahasa, budaya, sistem nilai, agama dan lain-lainnya. Kita sudah nampak ini berlangsung dalam negara kita, apabila kita mengkesampingkan Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains, Matematik dan Teknologi di sekolah dan IPT. Sarjana-sarjana Barat sendiri semenjak Kiekergaard telah mengkritik bentuk sains Barat yang dibawakan oleh Hegel, yang beliau katakan sebagai “mengkesampingkan hal-hal kemanusiaan”. Kritik ini diteruskan oleh Nietzsche, Husserl, Heidegger, Sartre, Derrida dll, yang bernaung bawah Gerakan Fenomenologi. Walaupun kritik mereka tidaklah setinggi kritik keagamaan, namun kelihatannya bahawa Sains Barat meminggirkan juga hal-hal kemanusiaan. Metafizik Moden yang dinukilkan oleh Heidegger itu sebenarnya menjawab hal-hal kemanusiaan yang dipinggirkan dalam Sains Moden.

Akhir sekali, apa halangan yang maseh wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?

Halangan utama adalah amat kurangnya tenaga kerja dalam usaha menjayakan agenda ini. Mencari tenaga kerja pula bukanlah mudah, kerana bakal tenaga tersebut sebenarnya terlatih sudah dalam Sains Barat. Apa-apapun usaha mestilah diteruskan bagi mengumpulkan cukup tenaga untuk meneruskan agenda ini.

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5082.0

Bahaya Babi Dari Sudut Saintifik

0 ulasan
Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah I, terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd


Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173) Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi dan produk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umat Islam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab dan rahsianya.



Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi



Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.243 Di antaranya ialah:



• Anthrax

• Ascaris suum

• Botulism

• Brucella suis

• Cryptosporidiosis

• Entamoeba polecki

• Erysipelothrix shusiopathiae

• Flavobacterium group IIb-like bacteria

• Influenza

• Leptospirosis

• Pasteurella aerogenes

• Pasteurella multocida

• Pigbel

• Rabies

• Salmonella cholerae-suis

• Salmonellosis

• Sarcosporidiosis

• Scabies

• Streptococcus dysgalactiae (group L)

• Streptococcus milleri

• Streptococcus suis type 2 (group R)

• Swine vesicular disease

• Taenia solium

• Trichinella spiralis

• Yersinia enterocolitica

• Yersinia pseudotuberculosis




Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.



Babi Dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China



Orang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dan sesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, "Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.”



Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun dan mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-Catatan Kesihatan). Di antara isi-isinya ialah, “Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma.”



Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama Lee Shih Ch’en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliau berkata, “Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya.”



Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorang memakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpa ke atas manusia yang memakannya.



Virus-Virus Baru Keluaran Babi



Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.



Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain.


Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.



Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,



• Porcine Torovirus.

• Porcine Rotavirus (Variant 4F).

• PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).

• H3N2 Swine Flu Virus.



Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya



Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuh manusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya wabak pada tahun 1918.



Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999 melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains juga mendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini juga berkemungkinan besar berpunca dari virus babi.



Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.



Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud di dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London berkata, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."



Babi Dengan Masalah Yang Berterusan



Sejak dari zaman dahulu lagi tokoh-tokoh tabib China dari Dinasti Tang dan Ming mengingatkan manusia tentang bahaya daging babi. Kemudian pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952. Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun timbul pula kuman-kuman baru seperti virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.



Nukilan,


Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Pengamal Perubatan selama 20 tahun,
Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,
Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i
Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=583.0

Rabu, 25 November 2009

Persidangan Mahasiswa Islam Mesir Sedunia Kali Pertama

0 ulasan
E-mail
Kaherah, 16 November - Persidangan Mahasiswa Islam Mesir Sedunia kali pertama telah berlangsung di Dewan Solah Abdullah Kamil, Universiti Al Azhar, Hayyu Sadis di bawah anjuran Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia Mesir (PPMI). 16 deligasi dari pelbagai negara telah menghantar perwakilan ke persidangan tersebut bagi mengupas tema " Pembentukan Sahsiah Muslim ". Persidangan tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dengan dirasmikan oleh Presiden, Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia Mesir (PPMI).

Di dalam perbentangan sesi pertama, ia telah dikupas oleh 4 orang anggota deligasi dari Turki, Negeria, Magribi dan Indonesia bagi mengupas tema tersebut. Wakil delagasi dari Turki, Saudara Sanan Yurulimaz juga merupakan salah seorang kolumnis majalah Al Hira, telah membentangkan mengenai seorang ulama Turki yang disanjungi iaitu Syeikh Muhammad Fathullah Gaulan. Manakala wakil deligasi dari Indonesia, Saudara Mohd Khalid mahasiswa Sarjana Al Azhar Usuluddin Aqidah Falsafah telah membentangkan mengenai tahap pendidikan di Indonesia serta statistik pendidikan dan umat Islam sedunia.

Pada petang persidangan tersebut,setiap deligasi yang hadir telah membahas dan memberikan pendapat mengenai kupasan-kupasan dari 4 wakil deligasi yang telah bentang disebelah paginya. Wakil deligasi dari Malaysia, Saudara Mohd Mujahid juga Penasihat KPIPM telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut dan beliau telah melontarkan idea dalam pembentukan negara Islam memerlukan kefahaman dan kesatuan fikrah yang jitu dan tinggi. Sesebuah pentadbiran tidak dapat dikuasai melainkan dengan kesatuan fikrah. Hampir seluruh deligasi negara yang hadir menghantar wakil dalam perbahasan tersebut.

Majlis Penutup Persidangan tersebut telah dihadiri oleh Wakil Duta Indonesia ke Mesir dan beberapa orang pegawai kedutaan Indonesia. Setelah tamat sesi majlis penutup, persidangan tersebut diteruskan dengan muhadarah bersama Sheikh Abdullah merupakan Ketua Latihan dan Kursus, Darul Ifta Mesir. Persidangan tersebut berakhir hampir jam 6.30 malam.

Wakil deligasi Malaysia : Saudara Mohamad Azlan Hj Alias (Ketua Deligasi), Saudara Muhammad Mujahid (Pembahas Malaysia), Saudara Mohd ZulFadhli Zainal dan Saudari Shahidatul Akma juga merupakan Naib Pengerusi 2 HEWI PMRAM 2009.







SPD : Salah 1 Didikan-Nya Untuk Manusia

0 ulasan
Kenapa kita kena jadi seperti Sistem Peredaran Darah ( SPD )?



1) SPD dia taat & istiqamah kepada perintah yang Maha Esa. SPD sentiada menjalankan gerak kerjanya 24jam tanpa henti, seperti telah diperintahkannya. SPD tidak pernah berhenti dari berkerja, tidak ada kata erti rehat, penat atau sebagainya.

2) SPD tidak mencampurkan yang hak dan batil , cuba kita tengok, darah oksigen dan CO2 tidak pernah bercampur semasa ia di pamkan, begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita janganlah mencampurkan yg hak dan batil.

3) SPD tidak merosakkan org lain.Cuba kita lihat, sistem peredaran darah sesekali tidak pernah merosakkan tuannya melainkan tuanya sendiri yang merosakkan. Rokok terutamanya, pembunuh no 1 jantung kita. Begitu jugalah dalam kehidupan kita.Jangan sesekali kita merosakkan orang, janganlah kita mengajak orang kearah kejahatan, biarlah diri kita dilukai tapi janganlah kita melukai orang lain.

4) Jantung merupakan organ utama SPD. Apa gunanya SPD kalau tidak ada jantung. Bagaimana darah nak dipam kesuluruh anggota badan dan di pam ke hati kalau tak ada jantung. Begitu juga lah kita, Islam adalah cara hidup kita, semua perkara kalau nak buat mesti berbalik kita ke Islam sebagai rujukan samada dalam ekonomi, politik, pendidikan dan lain lagi.

Maka sebagai seorang yang berfikiran waras jadilah kita seperti jantung.

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?page=344

Selasa, 24 November 2009

Mahasiswa AS Bakal ke Gaza

0 ulasan

Rabu , 25/11/2009 – Satu pasukan mahasiswa Amerika bakal tiba di Semenanjung Gaza Jumaat ini untuk sebuah kunjungan perpaduan, kata pakar perunding dan kemajuan Selasa lalu.

Dalam sebuah kenyataan akhbar, di sebut bahawa semua persiapan telah selesai untuk menerima kunjungan pelajar-pelajar yang kini berada di Mesir.

Persatuan tersebut mengatakan bahawa mereka mengadakan lawatan untuk para pelajar selama empat hari mereka tinggal di situ. Kunjungan tersebut termasuk melawat keluarga-keluarga Palestin di kawasan yang musnah teruk, tempat perlindungan dan rumah sakit di samping pertemuan dengan petani-petani, mahasiswa dan pegawai. Turut menambah bahawa lawatan itu sejajar dengan kempen perpaduan antarabangsa bersama rakyat Palestin yang dikepung di Gaza selama lebih daripada tiga tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Isnin, 23 November 2009

Penasihat Persatuan Ulamak Kedah Meninggal

0 ulasan

ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23372:syeikh-abu-bakar-awang-meninggal&catid=1:utama&Itemid=50

Ahad, 22 November 2009

Anatomi Tulang

0 ulasan
"Tiap-tiap ruas tulang anak adam itu ada sedekahnya setiap harinya" (HR Bukhari, Muslim)

Seorang doktor ahli bedah yang berfungsi juga sebagai staf pengajar anatomi di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta menemukan fenomena wudhu yang sangat berkaitan dengan anatomi tubuh manusia khususnya tulang. Bertahun-tahun mendalami ilmu bedah dan anatomi, akhirnya doktor tersebut menyimpulkan bahwa jumlah bilangan ruas tulang yang kita basuh setiap kali berwudhu sama dengan jumlah keseluruhan tulang manusia dan sama dengan jumlah bilangan hari dalam 1 tahun hijriah.

Kebanyakan manusia tidak pernah memperhatikan jumlah tulangnya sendiri, bahkan seorang doktor sekalipun. Menurut ilmu anatomi, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 ruas (Henry Netter, 1906). Akan tetapi secara embriologis, pusat penulangan semasa kehidupan janin dalam kandungan adalah sekitar 350-an pusat penulangan (Leslie Brainerd Arey, 1934), yang kemudian banyak pusat-pusat penulangan yang menyatu, membentuk satu tulang dewasa. Bilangan pusat penulangan itu ternyata dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun.

Dalam kaitannya dengan kaedah harian wudhu, pembasuhan anggota wudhu kebanyakan sebanyak 3 kali, dan ada yang 1 kali (membasuh kepala dan telinga).

Cuba kita perhatikan jumlah penyusunan tulang pada bahagian-bahagian tubuh yang dibasuh pada saat berwudhu;

a.Lengan dan tangan: 30 batang tulang yang terdiri ;
1 buah tulang lengan atas
2 buah tulang lengan bawah
8 buah tulang pergelangan tangan
19 buah tulang telapak dan jari-jari

b.Tungkai dan kaki (31 batang)
2 tungkai bawah
8 buah tulang pergelangan kaki
21 buah tulang telapak dan jari-jari

c.Wajah (12 batang)
1 buah tulang dahi
1 buah tulang baji
1 buah rahang atas
1 buah rahang bawah
1 buah tulang air mata
1 buah tulang pelipis
2 buah tulang hidung
2 buah tulang pipi

d.Rongga mulut dan hidung (41 batang)
32 gigi geligi
1 buah tulang langit-langit
1 buah rahang
7 buah sekat dan karang hidung

e.Kepala dan telinga (12 batang)
2 buah tulang pelipis
2 buah tulang ubun-ubun
1 buah tulang
1 buah tulang baji
1 buah tulang dahi
1 buah tulang belakang kepala
6 buah tulang pendengaran

Bahagian tubuh dari poin a-d dijumlahkan


30+31+12+41= 114.


Angka tersebut dikalikan 3 oleh karena ketika berwudhu, dilakukan pembasuhan sebanyak 3 kali, menjadi

114x3= 342.

Poin e tidak dikalikan 3 karena saat wudhu, kepala dan telinga dibasuh hanya 1 kali. Angka 342 dijumlahkan dengan 12 didapatkan angka 354.

Angka ini sama dengan jumlah seluruh jumlah hari dalam 1 tahun hijriah, sekaligus sama dengan jumlah seluruh tulang manusia.

Dengan demikian membasuh anggota tubuh disaat berwudhu seakan-akan sudah membasuh seluruh tubuh.
Apakah ini suatu kebetulan??

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?page=342

Khamis, 19 November 2009

TGNA Tokoh Ke-42 Drp 500 Tokoh Muslim Berpengaruh

1 ulasan
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi kondisi kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan banyak orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politisi, cendikiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah "AA Gym" Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama.

Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas antara lain, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku "The 500 Most Influential Muslim 2009" adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut. (ln/isc)

sumber: http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/11/500-muslim-paling-berpengaruh-di-dunia.html

Memali Dalam Sejarah Kezaliman Malaysia

0 ulasan
Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Mereka telah membunuh:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

sumber: http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/keranamu-memali.html

Lupuskan generasi agamawan lulusan Al-Azhar: Usaha terancang BN untuk jangka masa panjang

0 ulasan
Satu analisis telah dijalankan oleh Urus Setia Sambutan Mahasiswa Mahasiswi Baru PMRAM 2009 (USMB PMRAM 2009) bagi kedatangan mahasiswa baru ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Pada tahun ini iaitu bagi sesi pengajian 2009/2010, mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar seramai 583 orang. Bilangan ini berkurangan berbanding bilangan mahasiswa pada tahun 2008 iaitu seramai lebih 700 orang. Mengikut laporan yang diperolehi, saban tahun jumlah kedatangan mahasiswa ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar untuk jurusan Pengajian Islam semakin berkurangan, lebih-lebih lagi selepas pembatalan Memorendum Persefahaman (MoU) bagi kemasukan penuntut baru melalui sistem mu'adalah.

Selain itu, pada tahun ini juga, bilangan mahasiswa yang memohon untuk memulakan pengajian di Kaherah amat tinggi berbanding mahasiswa yang memohon untuk memulakan pengajian di muhafazah lain. Malah, hasil analisis juga mendapati bahawa, jumlah kehadiran mahasiswi mengikut negeri pada tahun ini juga merosot berbanding pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini, muhafazah yang paling ramai menerima mahasiswa baru ialah Tanta iaitu lebih kurang seramai 64 orang. Walaubagaimanapun, muhafazah Shibin El Kom pada tahun ini, akhirnya menerima seorang mahasiswa baru setelah 2 tahun tidak menerima kedatangan mahasiswa baru. Akan tetapi, jumlah tersebut berubah pada saat-saat akhir apabila seorang lagi mahasiswa yang diletakkan di Shibin, bertukar kuliah ke Kaherah.

Justeru, menurut analisis yang telah dijalankan, hasilnya PMRAM mendapati beberapa fakta yang agak negatif iaitu:

1. Kemerosotan kehadiran mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar pada saban tahun, lebih-lebih lagi selepas pembatalan program kemasukan mahasiswa melalui sistem mu'adalah.

2. Terdapat muhafazah yang tidak atau kurang menerima kehadiran mahasiswa baru bagi mengisi kekosongan tempat di sana.

3. Ketidakseimbangan jumlah mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan, di mana kehadiran mahasiswa Perubatan jauh lebih ramai berbanding mahasiswa Pengajian Islam kira-kira 1000 orang setiap tahun.

Oleh itu, selepas PMRAM mengenal pasti masalah yang timbul, langkah-langkah penyelesaian secara efektif perlu dilakukan bagi mengelakkan kepupusan mahasiswa Pengajian Islam di Mesir ini. Setiap langkah penyelesaian perlu difikirkan dari segenap peringkat agar kesinambungan mereka yang mendalami ilmu agama dapat dikekalkan agar ia terus memberi manfaat kepada negara khususnya di dalam perkara-perkara yang melibatkan permasalahan agama.

sumber: http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=734:usmb-pmram-analisa-kedatangan-mahasiswa-baru-ke-mesir&catid=5:lain-lain&Itemid=67

Laporan Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang

0 ulasan

Laporan Tragedi Kuala Dipang


Latar Belakang Program Kem 1Malaysia

Kem 1Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan mewujudkan perpaduan dikalangan murid-murid sekolah rendah. Program ini ditujukan kepada murid-murid darjah 6. Murid-murid daripada pelbagai kaum ditempatkan di dalam satu kem. Ia bertujuan mengujudkan intergrasi dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diatur seperti ‘team building’ acara kebudayaan, permainan, pemasakan dan sebagainya.

Kem 1Malaysia ini adalah hasil usaha Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, program ini adalah bertujuan untuk menerapkan 8 nilai 1Malaysia kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam kem tersebut. Kenyataan beliau jelas membuktikan bahawa program ini mempunyai matlamat politik yang diselitkan dalam agenda pendidikan. Dalam kata lain, Kem 1Malaysia ini sebenarnya adalah ‘politically motivated’ dengan tujuan mempengaruhi kanak-kanak sekolah rendah dari awal-awal lagi.

Tragedi jambatan (titi gantung) di Kuala Dipang runtuh pada hari Isnin, 26 Oktober 2009. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 10.30 malam. Titi ini dibina di atas Sungai Kampar di Kuala Dipang. Ia dibina untuk kegunaan Pusat Ko-Kolurikulan bagi tujuan latihan dan perkhemahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran.

Pada 28 Oktober 2009, Seramai 298 orang murid telah mengambil bahagian dalam ‘Kem 1Malaysia’ yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dianjurkan di semua daerah di seluruh Malaysia pada masa yang berlainan.

Pada mulanya program di Kuala Dipang hendak dilaksanakan pada bulan ogos 2009. Tetapi ianya ditunda kerana H1N1. PPD Kinta Selatan adalah antara daerah yang terakhir menganjurkan Kem 1Malaysia ini di Perak. Ini merupakan projek anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Peruntukan juga disediakan oleh kerajaan pusat.

Pada asasnya, program ini ditujukan kepada 300 orang murid sekolah rendah iaitu 100 (Melayu), 100 (Cina) dan 100 (India). Di Daerah Kinta Selatan terdapat 65 sekolah rendah. Daripada jumlah itu 64 sekolah telah mengambil bahagian dalam Kem 1Malaysia, iaitu 34 Sekolah Kebangsaan, 22 Sekolah Cina dan 9 Sekolah Tamil.

Program Kem 1Malaysia ini dikendalikan di tapak yang diselia oleh PPD Kinta Selatan. Pihak JPS memberi kebenaran kepada PPD Kinta Selatan untuk mengunakan tapak tersebut bagi aktiviti-aktiviti ko-kurikulam dan latihan lasak. Daripada hasil siasatan didapati bahawa, Pusat Ko-Kurikulam, Jabatan Pelajaran Perak yang bertanggungjawab dalam membina jambatan tersebut.

Peristiwa Kejadian Jambatan Runtuh

Murid-murid ini telah melaporkan diri pada waktu tengahari di Kem 1Malaysia. Program ini diaturkan untuk 4 hari 3 malam.

Pada hari pertama, iaitu lebih kurang jam 2.15 petang hingga 4.30 petang ialah sesi pendaftaran dan taklimat dibuat untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Pada waktu malam program ‘pecah bendungan’ telah dijalankan. Lebih kurang jam 10.00 malam, pelajar-pelajar diminta untuk mengambil makanan yang disediakan (supper) di seberang sungai. Murid-murid telah menyeberang sungai dari tapak perkhemahan menaiki jambatan tersebut yang baru siap dibina lebih kurang dua minggu . Beberapa orang murid tidak membawa pinggan dan cawan. Oleh itu, mereka terpaksa pergi kembali ke khemah masing-masing untuk mendapatkannya. Mereka juga menaiki jambatan yang sama pada waktu itu. Maka wujudnya kesesakan dan ‘two way traffic’ di jambatan tersebut yang mengakibatkan jumlah murid-murid yang terlalu ramai menggunakan jambatan pada masa yang sama. Ada kedengaran bunyi simen konkrit pecah sedikit demi sedikit sehingga tiba-tiba mengakibatkan jambatan itu runtuh secara mendadak pada ketika itu. Kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai berteriak meminta pertolongan daripada kawan-kawan yang lain. Beberapa murid yang lain bertaut dan bergayut di dawai jambatan berkenaan bagi menyelamatkan diri dari arus deras.

Pada masa itu, semua guru-guru sedang menghadiri taklimat di padang sekolah SK Kuala Dipang. Hanya beberapa orang guru (tidak lebih daripada 5 orang) ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak pada masa itu. Apabila jambatan runtuh, semua guru-guru telah bergegas ke tempat kejadian. Insiden itu juga diperhatikan oleh murid-murid yang lain. Situasi menjadi kucar-kacir dan kelam-kabut kerana beberapa orang murid didapati telah jatuh ke dalam sungai. Bilangan sebenar yang jatuh ke dalam sungai tidak dapat dipastikan. Dianggarkan 20 hingga 30 orang murid telah jatuh ke dalam sungai pada masa itu. Beberapa orang murid telah berjaya untuk menyelamatkan diri.

Lapan orang murid diselamatkan oleh 2 orang anggota pengawal keselamatan sekolah yang turun ke dalam sungai untuk memberi bantuan. Jawatankuasa juga difahamkan bahawa beberapa orang guru juga turut membantu menyelamatkan kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai.

Pada hari biasa, sungai itu dikatakan cetek dan alirannya tidak deras. Tetapi pada hari itu, oleh kerana hujan yang lebat, maka paras air sungai telah meningkat dan alirannya juga amat deras.

Selepas itu, anggota-anggota keselamatan Polis, Bomba dan kesihatan telah tiba ke tempat kejadian untuk memberi bantuan. Ibubapa kanak-kanak telah dihubungi oleh pihak penganjur untuk memberitahu kejadian tersebut. Tempat kejadian dipenuhi dengan orang ramai termasuk anggota keluarga murid-murid. Usaha-usaha mencari mangsa dijalankan oleh pihak berkuasa. Pada malam itu dikatakan seramai 22 orang murid telah hilang. Walau bagaimanapun, kepastian telah dibuat pada hari berikutnya bahawa hanya 3 murid yang telah menjadi mangsa.

Tragedi ini telah menelan nyawa 3 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka ini ialah seperti berikut :

1) V.Divyashree (12)

2) N.Dina Deve (11)

3) M Devatharshini (11)

V.Divyashree

Umur – 12 tahun

Nama Bapa – K.Vasudevan

Nama Ibu – R.Kanakam

Merupakan anak sulung.

Mempunyai dua orang adik perempuan

Rumah di Gopeng.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tamil (SRJK) Gopeng.

Merupakan seorang murid yang aktif yang pernah mendapat pingat dalam kuiz dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Merupakan seorang pelajar cemerlang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Mayatnya dijumpai di Tronoh Mines pada jam 10.30 pagi, 29/11/2009 oleh anggota RELA.

N.Dina Deve

Umur – 11 tahun

Nama Bapa – T.Nathan (45)

Nama Ibu – S.Mogana

Mempunyai seorang abang berumur 17 tahun dan seorang adik lelaki berumur 9 tahun.

Rumah di Mambang Diawan

Bersekolah di SJK Tamil Mambang Diawan

Merupakan seorang yang aktif dan suka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan dan ko-kurikulum.

Murid cemerlang yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Mayatnya dijumpai lebih kurang 1.5 km daripada tempat kejadian pada jam 9.00 pagi, 27 Oktober 2009 oleh anggota Unit Amal PAS.

Dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kampar.

M. Devatharsini

Umur – 11 tahun

Nama bapa – K.Mageswaran

Nama Ibu - Nagarathna

Merupakan anak yang keempat dalam keluaga itu.

Merupakan satu-satunya anak perempuan.

Mempunyai 4 orang adik beradik yang lain yang berumur 17 tahun, 15 tahun, 12 tahun dan 4 tahun.

Merupakan seorang murid cemerlang dan bercita-cita untuk menjadi seorang doctor.

Mayatnya dijumpai di Tanjung Tualang lebih kurang jam 11.30 malam pada 28 Oktober 2009 oleh anggota RELA.

T. Nathan (45)

Beliau adalah ayah kepada N. Dina Deve.

Beliau amat terkejut dan tidak boleh menerima hakikat tentang berita kematian anaknya. Beliau tidak makan apa-apa setelah mayat anaknya dijumpai. Akhirnya ini mengakibatkan beliau tidak sedar diri dan mendapat rawatan menambah beberapa botol air di rumahnya di Mambang Diawan.

Beliau berada di Kuala Lumpur ketika kejadian berlaku.

K.Mageswaran (46)

Beliau adalah ayah kepada M.Devatharsini.

Merupakan seorang yang menghadapi masalah kesihatan iaitu sakit jantung dan kencing manis.

Menurutnya, kali terakhir beliau melihat anaknya ialah ketika dia melambai tangan mengucapkan selamat tinggal di hadapan rumahnya dengan menaiki basikal untuk pergi ke Kem 1Malaysia. Katanya lagi, basikal anaknya itu ditinggalkan di sekolah sebelum dia dibawa ke Kem 1Malaysia oleh pihak penganjur. Anaknya merupakan kawan karib kepada seorang mangsa yang lain, Dina Deve sejak kecil lagi.

Beliau telah dihubungi oleh kawannya lebih kurang jam 12.00 malam untuk memberitahu kejadian jambatan runtuh dan terus bergegas ke tempat kejadian. Apabila sampai di situ, beliau nampak pihak bomba, polis dan ambulans sudah pun berada di tempat kajadian. Beliau rasa amat kecewa kerana pihak penganjur tidak menghubungi keluaganya dengan serta merta apabila kejadian berlaku. Dia mengesahkan mendapat maklumat daripada pihak ketiga dan bukannya daripada penganjur. Beliau juga mengaku bahawa dia tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai program dan tapak Kem 1Malaysia. Beliau juga tidak menandatangani apa-apa surat kebenaran.

Anaknya hanya diminta untuk menghadiri program Kem 1Malaysia pada hari tersebut. Ini adalah kerana pihak sekolah tidak mencukupi bilangan murid darjah 6 untuk menghadiri program tersebut.

Dalam siasatan awam, beliau ada menegaskan bahawa khemah-khemah telah dibuka sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Pada pagi esoknya, tidak lagi nampak khemah-khemah yang dipasang di seberang sungai ditempat tapak perkhemahan.

Anaknya yang lain bernama Sarveswaran (12) juga mengambil bahagian dalam Kem 1Malaysia di Kuala Dipang. Sarveswaran telah memerhatikan semua insiden yang berlaku di tempat kejadian. Sarveswaran memberitahu bahawa pada mulanya terdapat kawalan untuk menaiki jambatan tersebut. Murid-murid dibenarkan menaiki jambatan secara bergilir-gilir. Kemudian tidak ada sebarang kawalan sewaktu kejadian itu berlaku. Menurut Sarveswaran lagi, semua guru-guru bermesyuarat ketika kejadian itu berlaku. Hanya beberapa orang guru berada di luar untuk menjaga kanak-kanak.

Nagarathna (41)

Beliau adalah ibu kepada M.Devatharshini.

Mengaku tidak menandatangani apa-apa borang memberi kebenaran kepada anaknya mengambil bahagian dalam Kem 1Malaysia.

Beliau juga menegaskan bahawa kedua-dua ibubapa langsung tidak mengetahui tentang adanya sungai di tempat Kem 1Malaysia.

Beliau tidak akan bersetuju untuk menghantar anaknya jika beliau mengetahui wujudnya bahaya sungai di tempat kejadian itu.

Beliau menjangkakan bahawa program ini diadakan di bangunan sekolah tanpa sebarang bahaya.

Beliau tidak diberitahu oleh pihak penganjur mengenai tempat Kem 1Malaysia diadakan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan.

Beliau mengadu bahawa tapak perkhemahan dalam keadaan gelap dan tidak ada ‘spotlight’ di tempat kejadian.

K.Vasudevan (43)

Beliau adalah ayah kepada V.Divyashree

Beliau dan isterinya hanya melihat anaknya pada hari kedua Deepavali kerana mereka bekerja di Kuala Kumpur.

Merupakan seorang juruteknik .

Beliau merancang untuk membawa keluarganya pindah ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

R.Kanakam (41)

Beliau adalah ibu kepada V.Divyashree.

Beliau tidak puas hati dengan layanan diterima daripada pihak penganjur apabila mereka menghubunginya untuk memberitahu kejadian.

Pada masa kejadian itu, kedua-dua mereka berada di Kuala Lumpur.

Mendapat panggilan telefon pada jam 1.30 pagi (27 Oktober 2009). Mereka berdua bergegas ke tempat kejadian dan sampai ke situ pada jam 3.30 pagi.

Mereka tidak diberitahu bahawa anaknya telah jatuh ke dalam sungai.

Beliau tidak bersetuju dengan pihak penganjur yang meminta ibubapa menandatangani borang mengikuti program ‘disclaimer’ dan lari daripada tanggungjawab.

Tujuan Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang

Laporan yang dibuat mestilah oleh pihak yang neutral tanpa penglibatan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung atau pun tidak langung dalam projek ini.

Laporan yang lengkap mesti dibuat dengan segera dan secara mendalam dengan mengambil kira semua perkara-perkara yang berkaitan dengan tragedi ini.

Tragedi ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia telah meragut 3 nyawa kanak-kanak. Ia perlu disiasat secara terperinci untuk mengetahui punca keruntuhan yang sebenar. Dengan itu, pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan tersebut boleh dibawa ke muka pengadilan.

Laporan siasatan mestilah diumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa melindungi apa-apa perkara material atau dengan tujuan melindungi mana-mana pihak yang terlibat. Nama-nama orang yang terlibat seharusnya disiarkan untuk pengetahuan umum. Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak cuai di masa hadapan terutamanya apabila membuat projek-projek yang melibatkan kanak-kanak.

Anggota Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang :

1) YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh) – Pengerusi

2) YB Thomas Su (ADUN Pasir Pinji) - Ahli

3) YB Chang Lih Kang (ADUN Teja)- Ahli

4)YB Drs Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) - Ahli

Methodologi Siasatan

1) Melawat tapak kejadian dibuat oleh Jawatankuasa bersama-sama dengan pihak media.

2) Melawat dan bertemu dengan pihak Majlis Daerah Kampar

3) Melawat Pejabat Tanah dan Daerah dan bertemu dengan Pegawai Daerah Kampar.

4) Melawat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan, bertemu dengan Pengarah PPD Kinta Selatan.

5) Melawat Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Perak, bertemu dengan Pengarah JPS Perak.

6) Menyiasat di Pusat Ko-kurikulam, Jabatan Pelajaran Negeri Perak di Pulau Pangkor.

7) Bertemu dan mendapatkan maklmat lengkap dengan ketiga-tiga keluarga mangsa.

8) Melawat tapak kejadian bersama jurutera pakar struktur.

9) Membuat survey tanah dengan tenaga pakar jurukur tanah yang bertauliah.

10) Membuat ujian tanah ‘soil test’

11) Membuat siasatan awam di Hotel Grand Kampar untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi maklumat tambahan dan cadangan-cadangan berkaitan.

12) Membuat laporan secara progresif hasil siasatan dari masa ke semasa melalui media.


Kelemahan Dari Segi Keselamatan


1) Tidak cukup kakitangan untuk menyelia dan menjaga keselamatan murid-murid yang mengambil bahagian dalam Kem 1Malaysia di Kuala Dipang. Hanya 23 orang guru bertugas pada hari kejadian tersebut untuk menguruskan 298 orang murid. Bilangan guru adalah terlalu sedikit untuk menjaga keselamatan sejumlah murid yang besar di tempat yang tidak selamat. Secara logiknya bererti sejumlah 13 oang dijaga oleh seorang guru dan ini menunjukkan satu penyeliaan yang agak besar oleh seorang guru dan boleh membawa pelbagai resiko.

2) Pada masa kejadian itu berlaku, kawasan itu gelap gelita. Tidak ada ‘spotlight’ dipasang untuk keselamatan. Ini merupakan satu lagi kecuaian pihak penganjur yang tidak mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menjamin keselamatan kanak-kanak. Ini juga merupakan satu daripada punca kematian 3 orang kanak-kanak yang tidak dapat dilihat dengan jelas apabila mereka lemas dan dihanyutkan. Jika terdapat ‘spotlight’ cerah yang dipasang di tempat kejadian, mungkin ketiga-tiga murid itu juga telah dapat diselamatkan.

3)Tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan itu oleh pihak penganjur. Penggunaan jambatan itu mestilah diseliakan dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menaikinya pada satu ketika. Ia sepatutnya diselia dengan cukup teliti pada setiap masa. Kawalan yang ketat seharusnya dibuat untuk murid-murid yang menaiki jambatan. Sekurang-kurangnya seorang penyelia seharusnya ditempatkan di situ untuk memastikan murid-murid tidak menaiki jambatan itu secara beramai-ramai atau berebut-rebut di atasnya.

4)Program ini diatur secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik tidak dibuat dan nampaknya seperti satu projek paksaan yang mendesak pihak-pihak tertentu untuk mengadakan program ini dengan segera sebelum hujung tahun untuk menghabiskan perutukan projek ini. Dalam keadaan kesuntukkan masa, satu perancangan rapi tidak dibuat untuk menjaga keselamatan murid-murid yang mengambil bahagian.

5)Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam Kem 1Malaysia Kuala Dipang tidak diberi ‘life jacket’ untuk keselamatan. Ia ada disimpan di tempat kejadian tetapi tidak diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Hanya apabila jambatan runtuh, ‘life jacket’ dibawa keluar dan dicampak ke arah kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sungai.

6)Guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem-kem seperti ini. Mereka bukanlah pakar untuk mengendalikannya. Dalam keadaan cemas, mereka terbukti tidak tahu dan tidak boleh bertindak dengan serta merta. Adalah wajar untuk menggunakan tenaga terlatih untuk menganjur dan menyelia program-program seperti ini.

7) Tidak ada doktor yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program Kem 1Malaysia. Sedangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini boleh berlaku seperti jatuh sakit, tercedera, lemas, digigit serangga atau dipatuk ular.

8) Tidak ada anggota keselamatan seperti Bomba ditugaskan di tempat Kem 1Malaysia. Bot-bot keselamatan seharusnya telah ditempatkan di sungai tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif.

9) Bot-bot bomba juga tidak dilengkapkan dengan alat lampu yang sesuai. Pegawai-pegawai bomba menggunakan lampu suluh untuk mencari mangsa di sungai. Ini juga satu bentuk kecuaian dan tidak menepati standard keselamatan yang meyakinkan.

10) Bantuan Pertolongan Kecemasan (First Aid) tidak disediakan. Program Kem 1Malaysia yang dianjurkan secara besar-besaran tetapi penyediaan bantuan kecemasan tidak diberi keutamaan. Pihak Bulan Sabit Merah atau St John Ambulan Malaysia sepatutnya ditempatkan di situ dari mula hingga akhir program. Tetapi pihak penganjur telah mengabaikannya. Ini juga menampakkan kecuaian pihak penganjur.


Cadangan-cadangan Jawatankuasa


1) Memberhentikan semua projek Kem 1Malaysia dengan serta merta sehingga masalah kes ini diselesaikan dan isu keselamatan boleh ditangani.

2) Projek Kem 1Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah hanya boleh diadakan jika pihak penganjur boleh menanggung semua liabiliti. Selagi, pihak penganjur tidak berani untuk menanggung risiko, pihak ibubapa juga berhak untuk tidak mengambil risiko untuk menghantar anak-anak mereka mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti yang bahaya.

3) Tidak memasukkan klausa ‘disclaimer’ dalam borang keizinan/kebenaran ibubapa untuk mnghantar anak-anak mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang bahaya.

4) Menutup Pusat Latihan Ko-Kurikulum Kuala Dipang dengan serta-merta dan tidak membuka semula di masa hadapan.

5) Membayar pampasan yang sewajarnya kepada keluarga mangsa. (Jumlahnya akan ditentukan oleh peguam keluarga mangsa)

6) Semua pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan secara cuai dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum secara setimpal.

7) Pihak berkuasa tempatan seharusnya lebih berhati-hati dan menguatkuasakan undung-undang terhadap semua aktiviti-aktiviti pembinaan haram yang melibatkan projek kerajaan.

8) Keselamatan harus diberi keutamaan apabila menganjurkan apa-apa program yang melibatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak.

9) Program seperti ini perlu dilaksanakan oleh tenaga pakar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman aktiviti lasak seperti Angkatan Tentera dan Pihak Bomba.

10) Perlukan kawalan yang lebih rapi kerana ia melibatkan jumlah pelajar yang ramai. Gerak geri setiap murid yang dibawa untuk program seperti ini perlu diberi perhatian yang secukupnya. Mereka tidak boleh dibiarkan tanpa perhatian kerana mereka masih kanak-kanak dan memerlukan panduan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa.

11)Diminta supaya pihak SPRM menyiasat kes ini dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang niat untuk menutup kes atau menyelamatkan mana-mana pihak yang terlibat. Kewibawaan SPRM sekali lagi akan diuji oleh rakyat Malaysia kerana terdapat bukti-bukti yang kukuh penyelewengan dalam pembinaan jambatan atau titi gantung ini.

12)Memberi ruang kepada pihak Pakatan Rakyat untuk membawa usul tergempar mengenai tragedi Kuala Dipang di persidangan Dewan Rakyat kerana perkara ini merupakan isu kepentingan awam dan ianya perlu disegerakan. Usul perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dalam persidangan yang berlangsung secepat yang mungkin.

13) Diminta supaya pihak media tidak memutar belitkan fakta berkaitan dengan insiden ini. Liputan yang sewajarnya perlu diberi untuk membolehkan keluarga mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya. Tambahan pula, sebarang usaha untuk melemahkan kes ini, ataupun menimbulkan isu-isu yang boleh memesongkan tumpuan perlu dihentikan dengan segera. Media diminta untuk melaporkan maklumat ataupun fakta-fakta yang benar. Contohnya, Utusan Malaysia melaporkan bahawa kejadian itu berlaku akibat kesalahan pelajar itu sendiri kononnya seperti yang dilaporkan “ budak-budak mengoyang dan mengenjut jambatan tersebut” (Utusan Malaysia 28 Okt). Ada juga akhbar yang menuduh ibubapa mengugut guru-guru.

14)Diminta supaya pihak Kementerian dan Jabatan Pelajaran menyelaraskan dan menyesuaikan semua borang-borang berkaitan dengan program atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan dibawah penyeliaan mereka. Adalah tidak wajar untuk membenarkan pihak sekolah untuk membuat borang mereka sendiri untuk memastikan keseragaman dan tidak menimbulkan isu-isu yang kontroversial.

15) Ibubapa harus diberi penjelasan dan maklumat yang lengkap sebelum sesuatu aktiviti dijalankan di luar kawasan sekolah. Mereka harus mengetahui matlamat program, dimana ianya dijalankan, aspek keselamatan dan lain-lain lagi. Ibubapa seharusnya diberi kebebasan yang sepenuhnya untuk menentukan samada mereka membenarkan anak mereka mengambil bahagian atau pun tidak. Pihak sekolah tidak boleh menggunakan sebarang ugutan terhadap anak murid atau pun ibubapa untuk memaksa mereka mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan di luar kawasan sekolah masing-masing.

16)Memastikan segala kemudahan asas disediakan sebelum apa-apa aktiviti dijalankan untuk murid-murid sekolah. Kemudahan bilik mandi, tandas, air dan sebagainya perlu dipastikan terlebih dahulu. Jawatankuasa difahamkan bahawa wujudnya masalah kekurangan air di Kem 1Malaysia di Kuala Dipang. Ini menyebabkan pihak penganjur mengumumkan bahawa murid-murid lelaki tidak dibenarkan untuk mandi pada hari kejadian tersebut.

17)Kesesuaian tempat juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya sebelum menjalankan apa-apa program bagi kanak-kanak sekolah. Isu keselamatan perlu diutamakan. Selain daripada itu, perkara-perkara lain juga perlu dipertimbangkan. Dalam siasatan awam yang dijalankan, ada isu ditimbulkan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa tempat perkhemahan di Kuala Dipang merupakan kubur orang asli pada suatu ketika dahulu. Perkara ini perlu disiasat selanjutnya untuk mendapat kepastian.

18) Daripada hasil siasatan, didapati ramai ibubapa tidak mahu anak mereka menyertai atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka kerana desakan daripada anak mereka dan juga oleh pihak sekolah. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Pihak ibubapa seharusnya diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan tanpa gangguan daripada pihak penganjur.


Kesimpulan

Laporan Jawatankuasa akan diserahkan kepada peguam dan pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.


sumber: http://speakforperak.blogspot.com/2009/11/laporan-jawatankuasa-ad-hoc-siasatan.html

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template