.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 3 Disember 2012

GELOMBANG AZAN DAN ZIKIR

0 ulasan

Frequensi Otak

Apabila otak kita melakukan aktiviti ia menghasilkan gelombang. malah saintis barat dan juga saintis Jepun menggunakan otak monyet sebagai subjek untuk mengawal pergerakan robotik, sungguh membangga kan. sebenarnya gelombang otak manusia boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu:-

1) Sedar (Beta: 15-30Hz)
2) Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)
3) Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4) Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi). dengan kata lain ianya adalah aktiviti daripada otak.



1. Gelombang Beta 15-30Hz (Sedar)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.



2. gelombang Alpha 9-14Hz (Bawah Sedar)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada seseorang dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran orang itu dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.

Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak bicara. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.

Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.



3. Gelombang Theta 4-8Hz (Bawah Sedar)

Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.

Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.



4. Gelombang Delta 1-3Hz (Tidak Sedar)

Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta dan bukannya Delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam Beta.



Mengikut Dr Azhar Sarip yang telah membuat kajian mengenai azan yang berkumandang. Menurut beliau Azan yang dilaungkan mempunyai frekuensi gelombang Theta.

Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.

Bukan sahaja azan tetapi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran jugak mempunyai gelombang ini iaitu gelombang Theta. menurut beliau kita sentiasa menghasilkan gelombang Beta. gelombang Beta ini menyebabkan dunia kita tidak sihat. jadi kehadiran azan menghasilkan gelombang Theta. Gelombang ini bertindak sebagai pengimbang atau 'stabilizer' kepada dunia kita. jadi azan telah mengimbangkan dunia kita ini.


Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat pertama yang bermaksud

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Jumu'ah,62:1)


Semua makhluk Allah yang berada di dunia ini bertasbih kepada Allah. seperti yang telah jelaskan tadi, tasbih ini akan menghasilkan gelombang Theta yang mengimbangkan dunia ini. pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di hutan semuanya bertasbih kepada Allah. akan tetapi perbuatan manusia yang lupa tentang tangungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini telah memusnahkan alam semula jadi kita. bukan sahaja mereka telah menyebabkan pemanasan global, malah telah mengurangkan bilangan makhluk Allah yang bertasbih. mengurangkan sumber penghasilkan gelombang Theta.



Kesimpulan

Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT. Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.



FAKTA TAMBAHAN

Selain daripada penunjuk masuk waktu solatm, azan juga sering dilaungkan ketika

1. Meletusnya peperangan

2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)

3. Orang yang histeria atau disampuk jin

4. Pergaduhan

5. Sebelum bermulanya musafir

6. Bila berlakunya kebakaran

7. Sesat di dalam hutan

8. Berlaku ribut kuat

Wallaua'lam



Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :-

http://musafircyber.blogspot.com/2010/05/fenomena-sahutan-azan-di-seluruh-dunia.html#ixzz0uzBGtS6S

http://musafircyber.blogspot.com/2010/05/jenis-jenis-gelombang-otak.html#ixzz0uzB8DHaP

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-32287.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )





Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=128087750599269&set=a.134102556664455.32950.128071920600852&type=1&ref=nf

Selasa, 9 Oktober 2012

JANGAN BERIKAN GAMBARAN YANG SALAH TENTANG NABI S.A.W

0 ulasan


Oleh:
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ramai orang muslim sayangkan Nabi s.a.w. Namun gambaran keindahan akhlak dan kehidupan baginda itu seringkali tenggelam disebabkan pencemaran terhadap kisah kehidupan baginda yang sebenar. Pencemaran itu datang dari beberapa sudut. Kadang-kala ia datang dari musuh-musuh, kadang-kala ia datang dari umat Islam itu sendiri. Musuh bertujuan untuk memberikan gambaran yang salah tentang baginda s.a.w. Sementara umat Islam terdapat mereka yang jahil, ataupun berkepentingan yang memberikan gambaran yang salah tentang Nabi s.a.w.
Palsu dan Cacat
Umat yang jahil tidak dapat membezakan antara riwayat yang sahih dan yang palsu mengenai Nabi s.a.w. lantas mereka menyebarkan hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan baginda. Mereka inilah yang Nabi s.a.w sendiri nyatakan dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Sementara yang berkepentingan pula menyebarkan hadis-hadis secara tidak seimbang berdasarkan kepentingan mereka. Umpamanya, jika mereka itu berkepentingan politik, maka Nabi s.a.w digambarkan bagaikan seorang politician seperti mereka. Sifat-sifat indah Nabi s.a.w dalam aspek yang lain tidak ditonjolkan, sebaliknya Nabi s.a.w seakan sepanjang hidupnya asyik berpolitik dalam semua perkara. Sementara yang berkepentingan ekonomi akan menggambarkan Nabi s.a.w seakan sibuk untuk menghasilkan harta berkempen barangan yang mereka jual sepanjang masa.
Bagi yang berperwatakan keras pula, cuba menggambarkan seakan Nabi s.a.w itu keras sepertinya. Sementara yang sentiasa tewas pula, cuba menggambarkan Nabi s.a.w itu sentiasa tewas dan mengalah. Adapun yang mengampu pemerintah akan mencari hadis-hadis Nabi s.a.w yang seakan mengizinkan segala kekejaman rejim atas nama agama dan salafussoleh kononnya. Sementara yang menentang pemerintah pula, cuba mencari dalil yang menghalalkan segala tindakan mereka sekalipun sudah melampau batasan Islam.
Begitu juga yang berusaha menawan hati pengikut dengan gaya tertentu lalu mendakwa Nabi s.a.w seakan sepanjang masa memakai jenis pakaian tertentu seperti yang mereka pakai. Saya melihat mereka yang sibuk dengan syamlah ataupun rida’ ataupun burdah yang disidai dibahu seakan memberikan gambaran Nabi s.a.w itu sentiasa dalam keadaan pakaian yang sebegitu. Padahal, baginda seorang yang terlibat dengan pelbagai urusan umat, baginda memakai pakaian biasa, baju besi perang, jubah Roman, Yaman dan pelbagai lagi. Berdasarkan kepada keperluan semasa.
Hidup Nabi s.a.w bukan sekadar jadi penceramah tetapi menguruskan umat dan perjalanan hidup mereka. Bagindalah pemimpin kerohanian, pemimpin akhlak, pemimpin politik, pemimpin perang dan segalanya.
Keindahan Peribadi Nabi
Dalam catatan kali ini, saya ingin membuat beberapa kesimpulan tentang peribadi Nabi s.a.w untuk dibaca oleh semua pihak. Kesimpulan ini diambil dari riwayat yang sahih. Daripada riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah itu seorang yang kacak wajahnya dan indah akhlaknya. Beliau tidak mengucap ucapan yang keji. Tidak membalas dendam atas kezaliman ke atasnya, melainkan apabila seseorang melanggar perintah Allah. Tidak pernah diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda memilih yang paling mudah selagi itu bukan satu dosa.
Tangannya tidak pernah memukul wanita, tidak hamba abdi, tidak khadam kecuali semasa di medan perang. Apabila baginda berbicara dengan seseorang baginda mengadap wajah ke arah orang tersebut sehingga dia akan menyangka dialah orang yang paling baginda kasihi. Dalam masa yang sama baginda seorang pemalu sehingga disifatkan bagaikan pemalunya seorang gadis. Apabila baginda membenci sesuatu, nampak tandanya pada wajah baginda.
Baginda selalu memberikan senyuman. Kata Jarir bin ‘Abdillah:
“Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah s.a.w berjumpa denganku melainkan senyum padaku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata ‘Abdullah bin al-Harith:
“Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah s.a.w” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Dalam hadis sahih riwayat Ibn Majah, Nabi s.a.w itu apabila berjabat tangan dengan seseorang, baginda tidak akan menarik tangannya sehinggalah orang tersebut menariknya.
Percakapan baginda pula jelas, tidak tergesa-gesa dan difahami oleh setiap yang mendengar. Apabila baginda ingin mengkritik seseorang baginda tidak menyebut: “Mengapa si dia itu melakukan atau berkata begitu”, tetapi baginda menyebut: “Mengapa ada pihak yang berkata sebegini” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Kehalusan Budi
Kata Anas bin Malik:
“Aku berkhidmat kepada Nabi s.a.w sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepadaku ‘ah! (mengherdik). Tidak pula berkata kepada apa yang aku lakukan: “mengapa engkau buat begitu?”. Tidak kepada apa yang aku tidak buat: “mengapa engkau tidak buat?” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Nabi s.a.w seorang yang pemurah. Tidak pernah berkata ‘tidak’ apabila diminta sesuatu haknya. Baginda bersabda:
“Jika aku memiliki emas sebesar Bukit Uhud, aku tidak suka berlalu tiga malam sedangkan masih ada sedikit emas itu bersamaku. Melainkan sedikit untuk membayar hutang”. (Riwayat al-Bukhari).
Baginda seorang yang santun. Dalam riwayat al-Bukhari, pernah seseorang datang kepadanya, menarik rida’(kain di leher baginda) dengan kuat sehingga berbekas di tengkok baginda, kemudian bercakap kasar dengan baginda. Namun baginda memandang kepada orang itu dengan senyuman dan memerintahkan agar diberikan pemintaannya.
Nabi s.a.w itu menunaikan hajat sahabat-sahabatnya. Baginda melunaskan hutang Bilal bin Rabah, mengkahwinkan sahabat-sahabat yang masih bujang, mendengar aduan kaum wanita mengenai suami mereka dan aduan setiap pihak tentang masalah mereka. Bahkan baginda mendengar aduan unta yang dibebankan oleh tuannya bebanan kerja yang berat. Baginda bersabda kepada tuannya:
“Mengapa engkau tidak takutkan Allah mengenai haiwan yang Allah telah jadikan engkau memilikinya. Sesungguhnya ia telah mengadu kepadaku engkau membiarkannya lapar dan membebankannya” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Justeru itu, baginda itu adalah rahmat untuk sekelian alam.
Nabi s.a.w seorang yang tawaduk (humble), berjalan bersama para janda dan orang miskin untuk menunaikan keperluan mereka. Menerima jemputan makan sekalipun roti keras yang sudah berubah baunya. Baginda pernah bersabda:
“Jika dijemputku memakan betis (kambing) sekalipun nescaya aku pergi. Jika diberikan kepadaku betis kambing sekalipun, aku terima” (Riwayat al-Bukhari).
Ini sehingga baginda pernah diracun oleh wanita yahudi di Khaibar semasa menerima hadiah makanan sehingga membawa kesan ke akhir hayat.
Baginda juga memanja dan bermain dengan anak-anak kecil. Baginda memberikan salam kepada kanak-kanak apabila baginda melalui mereka dan mendoakan untuk mereka keberkatan.
Banyak lagi sifat peribadi baginda yang unggul. Bayangkan keadaan seorang insan yang hidup dalam kalangan masyarakat Arab yang membunuh anak-anak perempuan mereka, tiada buku-buku peradaban seperti Rome, Parsi, China ataupun India. Namun, berakhlak dengan penuh ketinggian yang mengatasi segala tamadun.
Kita ini ingin mengikut baginda. Kita mungkin lemah dan gagal mencontohi baginda dalam segala aspek kebaikannya. Namun, jangan berikan gambaran yang salah kepada dunia dan non-muslim mengenai Nabi kita yang agung itu.
sumber: drmaza.com


Sejarah Penghinaan Terhadap Rasulullah

0 ulasan


Persoalan menghina Baginda Nabi S.A.W bukan perkara baharu. Sejak perutusan lagi, Rasulullah S.A.W telah dihina bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam. Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam mula menggunakan strategi mereka terkini selepas dari serangan pemikiran iaitu serangan melalui media elektronik dan media cetak terhadap Islam dan Rasul Islam dengan slogan 'hak kebebasan bersuara'.

Penghinaan Musuh Allah Di Zaman Perutusan

Penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W adalah salah satu dasar golongan yang memperjuangkan kebatilan. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat, mengiktiraf semua Nabi-Nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran. Penentangan di zaman perutusan adalah lebih dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapuskan riwayat hidup Baginda S.A.W di samping menghinanya di khalayak sebagaimana yang berlaku :
  • Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar Bin Hisham (Abu Jahal), Umaiyyah Bin Khalaf, Utbah Bin Rabiah, Syaibah Bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian Bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi S.A.W. Seorang pemuda upahan di Mekah iaitu Uqbah Bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi S.A.W yang mulia ketika Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali.Fatimah R.A, puteri Nabi S.A.W mengalirkan air mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh Baginda S.A.W.
  • Ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah dipintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi S.A.W dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat jaminan perlindungan daripada Mut'am Bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng) di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.
Jika diteliti dalam rakaman sejarah semasa zaman perutusan, Rasulullah S.A.W telah dihina dengan pelbagai cara antaranya Nabi S.A.W dicerca dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina batang tubuh Baginda S.A.W. Antara tuduhan tersebut ialah :
  • Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
  • Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina Nabi melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al Harith.
  • Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang tukang sihir.
  • Nabi S.A.W didakwa tidak layak sebenarnya untuk menjadi wakil Tuhan.
Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi S.A.W, datang nusrah (pertolongan) daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah S.A.W akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan Allah Taala sebagaimana dalam hadis yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Kata Abu Jahal: Adakah Muhammad sujud di atas tanah? Lalu dijawab: Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi Al Laat dan Al Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu ditanya kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu? Jawab Abu Jahal: Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah S.A.W sekiranya dia (Abu Jahal) mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu.[Hadis riwayat Imam Muslim:2797, Imam Ahmad:2/370]
Dalam kisah yang lain, dinyatakan bahawa isteri Abu Lahab, Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah selalu mencela Nabi S.A.W dan menyakiti Baginda dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di laman rumah Rasulullah S.A.W. Ketika diturunkan ayat Al-Quran yang mencela suaminya Abu Lahab, terus Ummu Jamil mencari Nabi S.A.W dan melontar Nabi dengan batu. Pada ketika itu Nabi sedang bersama-sama dengan Abu Bakar As Siddiq R.A di di sisi Kaabah. Akan tetapi Allah Taala telah menutup pandangan Ummu Jamil dari melihat Nabi S.A.W, lalu Saidina Abu Bakar kehairanan bagaimana Ummu Jamil tidak dapat melihat Baginda sedangkan Baginda berada di hadapannya.

Kata Saidina Abu Bakar R.A, "Wahai Rasulullah, apakah dia (Ummu Jamil) melihatmu?"

Sabda Nabi, "Dia (Ummu Jamil) tidak melihatku. Sesungguhnya Allah Taala menutup pandangannya terhadapku." [Sirah Ibnu Hisham:1/335-336]

Satu lagi kisah yang menerangkan kepada kita bahawa betapa hinanya golongan yang menghina dan mengeji Rasulullah S.A.W sebagaimana dalam hadis :

Daripada Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah memeluk Islam, beliau membaca (hafaz) Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran. Dia adalah salah seorang juru tulis Nabi S.A.W. Lalu dia murtad dan berkata, "Muhammad tidak mengetahui apa pun kecuali apa yang aku tuliskan kepadanya."

Setelah itu beliau mati dan dikebumikan. Tetapi tanah mengeluarkan (tubuhnya) semula. Lalu berkata kaumnya, "Ini adalah perbuatan Muhammad dan Sahabatnya setelah (Nasrani tersebut) lari dari (Agama) mereka, mereka membongkar semula mayat saudara kita dan dibuangnya."

Maka keesokan hari mereka menggalikan semula tanah sedalam mungkin (untuk menanam mayat saudaranya yang berpaling dari ajaran Nabi itu), tetapi sekali lagi tanah meludah kembali (mayat itu) ke permukaan bumi. Maka, ketika itu baharulah kaumnya mengetahui bahawa (kejadian itu) bukan dari perbuatan manusia, lalu dibuangnya keluar kubur. [Riwayat Imam Bukhari:3617]

Penghinaan Di Zaman Moden

Penghinaan terhadap Nabi S.A.W tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi apabila umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang berakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada isu sensitiviti dan kemaslahatan umat Islam.

Pada tahun 1989 Salman Rushdie, seorang warga Iran telah menghina Nabi S.A.W melalui karya bejatnya "The Satanic Verses". Protes demi protes umat Islam tidak mengerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi S.A.W, sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Hassan Nasrallah seorang ulama di Lubnan, "Sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini berkenaan dengan isu Salman Rushdie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah S.A.W."

Sekalipun kita menyedari hari ini Hassan Nasrallah cukup dibenci oleh dunia Sunni kerana campurtangannya terhadap kerajaan zalim Bashar di Syria, namun secara adil kenyataannya terhadap pelaku yang menghina Baginda Rasulullah S.A.W mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Baginda Nabi S.A.W terus berlaku malah semakin gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di Negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di Negara Barat.

Di Negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis warganegara Syria iaitu Haidar Bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak. Dia telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak sebenar Nabi S.A.W, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemonstrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu dari pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi S.A.W telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah dimana telah mengorbankan seorang mahasiswi Islam. Srikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi S.A.W.

Di zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi S.A.W di Nigeria dalam bulan Ramadhan. Nigeria merupakan sebuah Negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai Khalifah Sokoto di mana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh Othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya tumpas dengan campurtangan penjajah British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia terkesima dan peluang terbuka kepada media untuk memburukkan pelaksanaan Syariah Islam. Apabila mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita berkahwin yang melakukan penzinaan.

Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia kemudiannya memilih Nigeria untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina pelaksaan syariah Islam di Nigeria Utara)bahkan pertandingan itu dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pertubuhan Islam telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan, memorandum dan pelbagai tindakan supaya penganjur tidak mengadakan pertandingan tersebut.

Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menulis dalam kolumnya, "Jika Muhammad (Nabi umat Islam) masih hidup, Muhammad pun akan membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan, dan Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isterinya". 

Kebiadapan sang penghina ini tidak dibiarkan percuma oleh pencinta-pencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalanraya bagi menyatakan sikap dan bantahan di mana kemuncaknya pejabat utama akhbar "Nigeria This Day" telah dibakar oleh penunjuk perasaan. Peristiwa ini masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria sehingga tidak ada lagi ketika ini pengamal media di Nigeria yang berani mengulangsiar kenyataan-kenyataan yang menghina Rasulullah S.A.W.

Pada hari ini Baginda S.A.W terus dihina semahu-mahunya lagi oleh para pendusta dan pengkhianat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah S.A.W tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut telah digambarkan Nabi S.A.W sebagai seorang Arab badawi yang membawa pedang dan diapit oleh dua orang perempuan bercadar hitam di sebelah kiri dan kanannya. Bahkan, dalam salah satu kartun itu Rasulullah S.A.W digambarkan sebagai orang yang berserban dan pada serbannya terselit sebutir bom.

Gambar-gambar ini diterbitkan pada bulan September tahun lepas sehinggga orang akan mengaitkan gambar tersebut dengan peristiwa pengeboman WTC pada 11 September. Sebelum isu penghinaan terhadap kartun Nabi Muhammad yang menjadi bahan ejekan kartunis Kurt Westergaard, seorang warganegara Denmark, pernah berlaku di pameran poster Berlin, terdapat poster yang menghina Kota Makkah dengan menyebut Kaabah sebagai 'batu bodoh'. 

Hasil dari terbitnya kartun-kartun biadab tersebut, beberapa negara umat Islam terus mengambil tindakan segera mengajar kebiadaban mereka. Antaranya Arab Saudi yang telah memanggil pulang dutanya di Denmark. Libya telah menutup kedutaannya di Copenhagen, Qatar dan Sudan serta diikuti oleh umat Islam di seluruh dunia Arab dan rantau Asia. Beberapa ketika kemudian setelah Denmark menyepi bangun pula negara-negara Eropah lain simpati kepada Denmark dengan cara mengeluarkan karikatur yang sama di akhbar-akhbar mereka. Menurut BBC sehingga kini tujuh akhbar di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol telah mengeluarkan kartun yang sama atas alasan memberikan sokongan moral kepada Jyllands Posten.

Sebuah akhbar Perancis, "France Soir Daily", di samping menerbitkan kartun biadab itu telah memberikan ulasan katanya, "...No religious dogma can impose its view on a democratic and secular society" (Tidak ada mana-mana fahaman agama yang boleh memaksa pandangannya ke atas sebuah masyarakat demokrasi dan sekular).

Perlakuan biadap terhadap Nabi S.A.W ini telah menggerakkan arus kesedaran dan kecintaan terhadap agama Allah, gerakan Islam di Negara-Negara umat Islam dengan pantas telah memimpin dan menguruskan isu ini dengan baik.Di Negara Timur Tengah sebagai contoh, gerakan Ikhwanul Muslimin telah menganjurkan bantahan yang hebat lalu mengerakkan kempen memboikot barangan Norway dan Denmark.

Di benua Sub-Continent, Jamiat Islami telah mengadakan bantahan yang hebat dan berkesan menentang penghinaan terhadap Baginda Rasulullah S.A.W. Di Pakistan pakatan MMA yang dipimpin oleh Qazi Hussein (Amir Jamiat Islami) telah menganjurkan demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu umat Islam, bahkan beliau telah dikenakan sekatan dalam rumah oleh Regim Pakistan yang pro Amerika Syarikat.

Di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia, bantahan telah dipimpin oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), puluhan ribu aktivis telah menyertai 'unjuk rasa di kota-kota besar di seluruh Indonesia. Di Malaysia sendiri, Parti Islam SeMalaysia telah mengambil inisiatif menggerakkan kesedaran rakyat untuk menentang penghinaan. Demonstrasi aman dan perarakan aman telah dijayakan oleh pelbagai kelompok dengan dipacu oleh pimpinan Parti Islam seMalaysia. Penghinaan ini memberikan impak yang positif kepada kelompok Islam kerana berjaya menguruskan isu ini dengan baik walaupun disambut dengan ulasan yang sinikal oleh golongan liberal pragmatis.

Di Malaysia, akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang sedang memuncak. Kartun itu diselitkan dengan rencana yang bertajuk "Cartoons: Not Much Impact Here". Umat Islam seolah diperbodohkan dengan tindakan ini yang dengan sengaja menguji kesabaran dan rasa toleransi antara agama. Umat Islam bangkit membantah dengan keras tindakan biadap Sarawak Tribune, lalu pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Melihat kepada respon luar jangka ini pihak pengurusan akhbar telah menutup penerbitan ini malah premis akhbar ini dikawal rapi oleh pihak keselamatan.

Ironisnya, kes yang berlaku kepada Sarawak Tribune ini tidak memberi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain di Malaysia. Kebiadapan muncul lagi apabila akhbar harian Cina Guang Ming Daily pernah mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Golongan bukan Islam ini menjadi begitu berani dan biadap kerana melihat kelemahan umat Islam dan pemerintah yang berada pada tahap paling lemah. Berkat bantahan massa dan NGO-NGO Islam, kerajaan dengan serta-merta menggantung penerbitan akhbar ini selama dua minggu.

Di tengah keperitan hati umat Islam melihat Nabi dihina, keluar lagi gambar karikatur lain dalam sebuah akhbar media perdana yang tersohor di Malaysia iaitu News Strait Times (NST), yang telah mempunyai banyak reputasi menghina Islam sebelum ini dan juga membuka forum kepada kelompok Islam liberal membina pengaruh. Akibatnya umat Islam di Malaysia telah mengadakan demonstrasi aman dan perarakan aman bermula di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar dan berarak aman ke Pejabat NST di Jalan Riong, Bangsar membantah penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W lakaran Wiley Miller pada ruangan 'Coffee Break' di akhbar sisipan 'Life and Style' NST pada 20 dan 21 Febuari 2006 yang menggambarkan mesej sinis dan menghina kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Nuh A.S.

Akan tetapi, NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan, "The issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the limits, whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam and the Prophet" (Isu yang perlu kita putuskan ialah, apakah kartun tersebut telah melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh - hak kebebasan bersuara - dan apakah ia menghina Islam dan Nabinya?) 

Nampaknya NST tidak mengakui kesalahan mereka dalam melakarkan kartun yang mengejek Rasulullah S.A.W, bahkan mempertahankan bahawa perkara tersebut tidak sedikit pun mencemarkan keagungan Nabi S.A.W. Sikap biadap dan kurang ajar peneraju NST ketika itu berkemungkinan besar kerana mereka memiliki pengaruh penaung-penaung politik di negara ini.

Zaman kini tidak merasa pelik jika media sentiasa digunakan menyerang Islam dan umatnya, namun tiada pula tindakan diambil terhadap penghina Islam. Contohnya beberapa petikan akhbar yang diperturunkan di bawah ini untuk ditatap oleh pembaca betapa kotornya pemikiran mereka terhadap Undang-undang Islam, ulama dan penyokongnya :

"...Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic..." (Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastis) - Lihat dalam The Edge, 3 Disember 2001, Farish Noor: Intelellectual Provocateur.

"Perhaps the turbans of the mufti are too tightand therefore not enough oxygen is getting into the brains. They are not thinking straight."(Mungkin kerana serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka, mereka tidak berfikiran waras) -Lihat dalam The Sun bertarikh 21 Februari 2001, Akhbar Ali "Now The Mufti Blame Hindi Films".

"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief...

"...No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than the promise that god will never forgive him not guide him to the right path.This is God's promise. It is his law." (Al Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir. Tiada hukuman dinyatakan ke atas seseorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus.ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangNya) - Lihat tulisan Akhbar Ali dalam the Sun bertarikh 14 Julai 1999 "Death For Apostates Unjust".

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah milik para ulama semata-mata" - Lihat Zainah Anwar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2000.

Semua kenyataan biadap terhadap Islam dan ulama ini boleh ditatap daripada akhbar di dalam tanah air kita sendiri dan kemuncaknya ialah perkara inilah yang akan melahirkan mereka yang berani mempersendakan maruah Nabi S.A.W. Sedarkah kita semua dengan fenomena anti agama ini? Jangan kita nampak kuman di seberang laut, buta dengan gajah dihadapan mata!

Sebenarnya, sebelum dari terbit karikatur yang mencemarkan dan menghina Nabi Muhammad S.A.W, telah terbit unsur-unsur penghinaan dengan olahan tulisan dan tayangan video. Antara siri-siri kekufuran tersebut ialah :

Di Negara kita sendiri sebagai contoh, telah berlaku beberapa kali penghinaan terhadap Nabi S.A.W. Pada 4 November tahun 2000 sebuah artikel yang bertajuk "Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" dalam akhbar NST yang ditulis oleh Farish Noor menyebut, "The fact that Prophet had several wives and was known to have had sexual relation with 15 women, with included the concubine Rayhana who remained non Muslim all her life is proof of the humanity of the prophet". (Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi).

Akhbar yang sama melalui penulis yang sama telah memuatkan artikel bertajuk "The Myth Surrounding the Islamic State" (NST 1 Disember 2001) :

"The Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of a allegiance given to him were given as atribal leader than just a religious leader" (Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku liar - tidak bertamadun - dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada Nabi diberi kerana Nabi adalah pemimpin suku lebih daripada pemimpin agama)

Pada tahun 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin (26) telah membuat dan menyebarkan dua puluh poster yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Di antaranya ialah poster seekor babi yang tertulis kalimah 'Muhammad' dengan pensil di kakinya yang menulis di atas Al-Quran. Lakaran biadab wanita Yahudi ini juga telah diterbitkan dalam beberapa akhbar di Barat.

Pada tahun 2002, dimuat tulisan jurnalis Nigeria, Isioma Daniel tentang Rasul dan Miss World. Pertandingan ratu cantik ini juga bertujuan untuk memperlekehkan pelaksanaan Syariah Islam di Nigeria.

Pada tahun 2004, dirilis filem dibawah garapan produser Theo Van Gogh yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Dokumentari ini yang kononnya sebagai ekspresi kebebasan berkarya dengan memasukkan penghinaan terhadap Islam dan Nabi S.A.W. Golongan liberal kapitalisme ini sentiasa menunjukkan kebencian mereka kepada orang yang beriman.

Pada 27 Mac 2008, salah seorang Menteri Kabinet Belanda iaitu Geert Wilders telah menjadikan filem kontroversinya, 'Fitna' untuk memburukkan Islam. Sedutan tayangan itu telahpun dilakukan dalam sebuah rancangan primetime di ABC News yang berjudul ‘What Would You Do?’. Dengan berbekalkan kefahaman tekstual terhadap zahir ayat-ayat al Quran, Wilders telah meletak video-video terrorist untuk menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan Muslim. Ketika ditemuramah, Geert Wilders mendakwa al Quran yang dimiliki umat Islam perlu diharamkan kerana ia menyerupai buku Hitler, Mein Kampf.

Antara babak yang diputar-tayang ialah petikan video pesawat kapal terbang menghentam World Trade Center pada tanggal 11 September 2001. Setelah itu ditampilkan bacaan ayat al Quran, seolah-olah ayat tersebut memaknai kejadian 11/9. Episod-episod simpati 11 September itu beralun-alun dengan suara mangsa, menjadikan filemnya itu mewakili perasaan rakyat Amerika pada 11/9. Sedangkan, masyarakat Barat sendiri semakin ghairah ingin mengenali dan memeluk Islam selepas peristiwa 11/9.

Apa yang dilakukan oleh Wilders telah memahat reaksi bekas setiausaha utama OIC, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu terhadap fenomena 'kebebasan bersuara' :

"We must not allow freedom of speech to be used as a cover to insult religion." (Kita tidak harus membenarkan kebebasan bercakap untuk digunakan sebagai permulaan untuk menghina agama)


Begitupun sikap yang sejalan dengan al Quran sebagaimana yang ditunjukkan apabila menghadapi orang-orang jahil, ialah :
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini" - Surah Al Furqan:63

Kata Dr. Yusuf al Qardhawi berhubung perbuatan Wilders, "Kami bukanlah (umat yang gemar) memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya kami adalah umat yang sejahtera (Salam) dan perkataan 'Salam' merupakan antara nama-nama Allah yang suci dan ditinggikan."
Namun, hari ini umat Islam dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda S.A.W. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu, dan kemudian syarikat google menegaskan untuk tidak membuang video tersebut untuk terus menjadi paparan bagi sesiapapun yang melayari internet.

Selaku seorang Muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini sekali lagi telah menghina Baginda Nabi S.A.W dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang womanizer - 'gila perempuan'. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan Para Sahabat R.A.H. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;

“My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad. He kills men, captures women and children…”

Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi S.A.W. Sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini. Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Filem yang melabel Baginda S.A.W sebagai ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Libya.  Rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

Justeru untuk kesekian kalinya, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut meminta seluruh pemuda untuk berhimpun aman pada 21 September 2012, bersamaan hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika untuk menyatakan bantahan kita. Pihak DPPM berharap agar setiap Muslim di pelusuk tanah airdapat turun untuk meramaikan himpunan ini, kerana ia menjadi kewajiban untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini di hadapan mereka.

dipetik daripada misabah.blogspot.com

Rabu, 6 Jun 2012

Versi Penuh : Debat Rafizi & Khairi Isu Pemansuhan PTPTN

0 ulasan

Kisah Sebenar di Sebalik Isu Syiria

0 ulasan




PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )



sumber: hakaluka.blogspot.com

Isnin, 9 April 2012

Berita Bergambar: Kem Astronomi Kelantan 2012

0 ulasan














Khamis, 9 Februari 2012

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

0 ulasan
FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template