.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Rohani. Papar semua catatan

Khamis, 25 Ogos 2011

Perutusan Eidul Fitri 1432H TGHH Presiden PAS

0 ulasan

Isnin, 22 Ogos 2011

Israk dan Mikraj: Pencetus Teknologi Maklumat

0 ulasan





Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengajar kita agar menjadi umat yang bermaklumat. Umat bermaklumat bererti umat yang mempunyai ilmu. Dengan ilmu itu, dapat digunakan memakmurkan dunia ini sebagai Khalifah Allah.

Negara kita tidak terkecuali dalam mengorak langkah untuk memacu kemajuan ekonomi melalui teknologi maklumat. Ertinya setiap rakyat negara ini perlu meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya melalui sistem yang terdapat di dalam teknologi maklumat tersebut.

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra':17:1)

Kejadian Mikraj diceritakan Allah,

وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ (١٣) عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ (١٤) عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ (١٥) إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ (١٦) مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ (١٧) لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ (١٨)

"Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi. Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya." (Surah An-Najm: 13-18)

Rasulullah ﷺ telah dibawa menjelajahi segenap alam, dari alam dunia fana ini hingga ke tempat yang tertinggi iaitu Sidratul Muntaha, melawat suasana Syurga dan Neraka serta menyaksikan pembalasan Allah kepada penghuni-penghuninya. Ini membuktikan Israk dan Mikraj lebih canggih dari lebuhraya maklumat yang ada pada hari ini kerana maklumat yang didapati darinya bukan hanya mencakupi perkara-perkara lahiriah, malah perkara-perkara maknawi yang tidak dapat dicapai oleh mata fizikal, tetapi boleh diterima oleh mata hati.

Israk Mikraj bagaikan pencetus ilham bagi manusia untuk mencipta satu sistem pelayaran maklumat melalui internet misalnya. Dan mendorong manusia untuk membuat kajian-kajian mengenai teknologi perubatan dan pembedahan, teknologi kenderaan pantas seperti kapalterbang dan kapal angkasa, hingga ke persoalan planet-planet dan bintang-bintang.

Israk dan Mikraj mendedahkan watak-watak manusia, yang beriman dan yang kufur, serta hakikat kehidupan mereka. Juga pembalasan-pembalasan yang bakal diterima di Akhirat nanti.

Israk Mikraj menyingkap rahsia yang maha luas, yakni meliputi rahsia alam duniawi dan ukhrawi.

Israk Mikraj memberi maklumat yang positif dan negatif, agar manusia boleh memilih jalan hidup sama ada untuk kebenaran atau kebatilan, ke Syurga atau ke Neraka.

Perintah solat yang diterima Rasulullah ﷺ semasa mikraj pula merupakan satu teknologi yang paling canggih, di mana seorang hamba boleh berhubung terus dengan penciptanya, Allah SWT. “Solat itu mikraj orang mukmin.” (Al Hadis)

Inilah teknologi perhubungan dan maklumat yang unggul yang dimiliki oleh umat Islam. Keunggulannya hanya ditinggalkan di meja-meja syarahan setiap kali datangnya bulan Rejab, dan semata-mata ilmu buat santapan minda. Sekiranya umat Islam menjadikan ianya sebagai satu falsafah kejayaan dalam era maklumat, pasti umat Islam akan lebih maju dan berjaya dari orang kafir.

Ketika Israk (yakni sebelum Baginda Rasulullah di mikrajkan), Rasulullah ﷺ telah mendengar satu suara dari arah kanannya, lalu baginda bertanya kepada Jibril: "Ya Jibril, saya mendengar suara dari arah kananku, suara siapakah itu?" Jibril menjawab: "Itulah suara Yahudi, ketahuilah sesungguhnya kalau engkau berhenti di saat itu, nescaya umatmu menjadi orang-orang Yahudi."

Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi: "Sayapun mendengar suara dari arah kiri, suara siapakah itu?" Jibril menjawab: "Itulah suara Nasrani, ketahuilah sesungguhnya engkau berhenti di saat itu, nescaya umatmu menjadi menjadi orang-orang Nasrani, dan adapun seorang wanita yang menemui kamu adalah gambaran tentang dunia ini, yang telah berhias untukmu, maka seandainya kamu berhenti di saat itu, nescaya umatmu akan memilih duniawi daripada Akhirat."

Kemudian Rasulullah ﷺ dihidangkan dua gelas minuman, satu gelas berisi susu dan satu gelas lagi berisi khamar, lalu baginda dipersilakan meminumnya. berkata Jibril:"Minumlah mana yang engkau sukai." Maka baginda mengambil gelas yang berisi susu serta meminumnya, dan ditinggalkannya gelas yang berisi khamar. Komen Jibril: "Tepatlah pilihan engkau yang sesuai dengan fitrah-iaitu engkau telah memberikan Islam kepada umatmu sebagai agama mereka. Ketahuilah seandainya engkau memilih khamar (arak), nescaya akan menjadi sesatlah umatmu."

Teknologi maklumat yang wujud hari ini adalah alat yang boleh memberi manfaat dan juga boleh memudharatkan. Jika sewaktu Israk Mikraj Rasulullah ﷺ diberi pilihan untuk memilih pilihan yang tepat dan benar, umat Islam yang melibatkan diri dalam teknologi maklumat ini juga lebih perlu berhati-hati membuat pilihan terhadap maklumat-maklumat yang boleh diperolehi dari internet khususnya.

Teknologi maklumat boleh dijadikan sebagai alat atau senjata yang paling ampuh dalam menyubur serta menularkan pelbagai budaya negatif. Antaranya budaya porno, hedonisme, accult (penyebaran ajaran sesat) dan seumpamanya. Ini kerana penggunaan internet membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang kita ingini.

Oleh itu, internet juga berperanan menyebarkan pelbagai maklumat yang bersifat negatif yang sehingga sekarang ini tidak ada satu mekanisme yang dapat diwujudkan bagi mengawalnya. Selain bahan-bahan pornografi, internet juga berfungsi sebagai medium iklan dan perniagaan yang memperdagangkan maruah serta moral.

Apa yang lebih membimbangkan ialah internet telah disalahgunakan untuk tujuan yang tidak sihat sebagai alat propaganda dan provokasi sehingga mendorong para penggunanya melakukan perkara yang bercanggah dengan norma masyarakat serta undang-undang.

Bagi umat Islam, ini semua adalah cabaran yang perlu dihadapi dalam mengharung era teknologi ini. Jika kita ambil pengajaran dari Israk dan Mikraj, Rasulullah ﷺ disucikan terlebih dahulu melalui 'pembedahan' oleh malaikat lalu dimasukkan iman.

Di sinilah peranan iman sebagai penentu atau sebagai satu mekanisme pengawalan agar maklumat yang didapati dari internet dapat disaring dengan tepat.

Hanya iman dan taqwa , satu-satunya jalan yang dapat menghindarkan umat dari terjebak dalam tipuan musuh, Yahudi dan Nasrani. Dengan iman juga dapat membawa umat dapat memanfaatkan teknologi maklumat sebagai satu medium dakwah ke alam jagat.

Maklumat dihujung jari. Hujung jari itulah yang membawa anda untuk memilih jalan, Syurga atau Neraka. Jalan Allah atau jalan syaitan, maka iman jadi penentu.

Sama ada disedari atau tidak, teknologi maklumat telah dijadikan sebagai satu bentuk saluran penjajahan baru oleh negara kuasa besar dan maju terhaadap negara-negara seperti Malaysia. Oleh itu kita perlu hadapi bentuk penjajahan ini dengan memanfaatkan sepenuhnya ruang di dalam teknologi maklumat untuk menembak 'peluru-peluru berpandu' iman dan Islam ke seluruh dunia. Agar dunia akan faham daan mengerti bahawa hanya Islam yang membawa keselamatan dan rahmat ke seluruh buana.

Firman Allah:

وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬‌ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ

"dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." (At-Taubah: 36)

Sesungguhnya teknologi maklumat tidaklah boleh diambil ringan oleh umat Islam. Umat Islam perlu menguasainya dengan tujuan agar tidak mudah ditipu oleh musuh-musuh Islam, sekaligus dapat menyampaikan Islam dengan lebih cepat dan pantas lagi.

Kemajuan teknologi canggih sememangnya tidak ada salah. Yang salahnya sekiranya ia digunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Di situ ia lebih mendatangkan mudharat daripada manfaat. Tetapi jika ia digunakan oleh orang-orang yang bertanggungjawab, tentu ia akan memberikan banyak manfaat, terutama sebagai alat dakwah. Dalam arus teknologi maklumat hari ini mempelbagaikan pendekatan dakwah adalah satu keperluan.

Namun yang lebih utama lagi ialah mempertingkatkan kualiti taqwa dan wibawa para pendakwah. Sebab teknologi hanyalah sebagai alat, tetapi yang lebih penting adalah sifat dan sikap para pendakwah.

Ulama dahulu misalnya, tidak banyak alat dan kemudahan yang mereka miliki dalam berdakwah, tetapi mereka mampu menyebar dan mengembangkan Islam hingga sampai ke Nusantara. Sebab akhlak dan taqwanya terserlah. Inilah warisan yang perlu dimiliki oleh para pendakwah.

محمد فضلي بن يوسف

25 Rejab 1432H

27 Jun 2011


sumber

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sayyidah Nafisah

1 ulasan

Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh. Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya. Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya. Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini."

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi wanita akhir zaman ini..


sumber: facebook

Rabu, 10 Ogos 2011

Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku- DrMAZA

0 ulasan


Sabtu, 6 Ogos 2011

Seloka: Facebook Oh Facebook

0 ulasan

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.


sumber: akustressgiler.blogspot.com

Selasa, 2 Ogos 2011

Perutusan Ramadhan 1432H Oleh Presiden PAS

0 ulasan

Perutusan Ramadhan 1432H Oleh Ketua DPP Malaysia

0 ulasan

Perhatian Buat Seluruh Warga Dewan Pemuda PAS khasnya dan seluruh pemuda muslim amnya.

1. Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan justeru itu, muliakan diri kita dengan menyertai Amal Islami lantas memperjuangkannya agar ia tegak di dalam diri kita dan tegak juga di atas tanahair kita, serta hiasi diri dengan akhlak Islami seperti tawadhu', ikhlas dan ramah.

2. Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, justeru itu hindarkan diri kita dari kancah maksiat dan mungkar yang menghakis keberkatan sebaliknya meriahkan hari - hai kita bersama Ramadhan dengan pesta ibadah. Banyakkan Ibadah, kurangkan juadah dan lazimkan bersedekah.

3. Ramadhan adalah bulan yang penuh keampunan, justeru itu dekatkan diri kepada Allah, munajat dan beristighfar memohon keampunan sehingga diri kita tenang dan optimis untuk menggalas amanah perjuangan ini tanpa dihambat oleh bayang dosa dan noda.

4. Ramadhan adalah bulan yang penuh kerahmatan, justeru itu bina kasih sayang berteraskan ukhuwwah Fillah sesama kita, hargai mereka yang tidak bernasib baik, santuni mereka yang jahil, didik mereka yang liar, bimbing mereka yang tersasar dari jalan kebenaran. Jangan banyakkan musuh sebaliknya kita adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang.

5. Ramadhan adalah bulan Jihad atau bulan perjuangan. Justeru itu, jangan biarkan diri terus dikongkong nafsu. Bebaskan diri dari lingkaran syahwah dan bangkit dengan semangat Badar al Kubra untuk terus menjulang panji perjuangan Islam ini dengan tabah, yakin dan istiqamah.

6. Ramadhan adalah bulan Al Quran. Justeru itu, marilah kita membaca al Quran dan mengkhatamkannya di bulan Ramadhan ini serta dalam masa yang sama, kita fahami, hayati dan laksanakan kandungan al Quranul Karim sehingga politik kita, ekonomi kita, sosial kita berada di antara helaian - helaian al Quran sebagai kitab petunjuk dari Allah Azza wa Jalla.

7. Ramadhan adalah bulan Takaaful. Justeru itu, jangan dilupa pada yang miskin juga pada yang tiada memiliki apa - apa. Banyakkan menganjur majlis berbuka puasa [ Maaidatur Rahman ] untuk mengundang fakir miskin, anak - anak yatim dan insan yang memerlukan berbuka puasa.

8. Ramadhan adalah bulan zikir [ mengingati Allah ]. Justeru itu, jangan kering bibir melainkan banyak berselawat, bertasbih dan bertahmid mengingati Allah dan banyakkan solat sunnat di waktu malam seperti Terawih dan witir, demikian juga melazimi majlis -majlis ilmu untuk mengingatkan kita kepada amanah beragama dan tanggungjawab memperjuangkannya.

9.Ramadhan adalah bulan Puasa. Justeru itu, tahan diri dari makan dan minum di siang hari. Jua tahan diri dari melakukan perkara yang keji dan dicela syara'. Jaga kesihatan dengan baik dan amalkan gaya hidup sihat. Syukuri segala nikmat kurniaan Allah, jangan tamak dan rakus menjamu nafsu.

10. Ramadhan adalah bulan Taqwa. Justeru itu, tunduk dan patuhlah kepada semua perintah Allah dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt. Taqwa senjata yang paling berkesan untuk menghadapi apa jua bentuk konspirasi musuh yang menentang Islam. Tanpa taqwa, objektif ramadhan gagal dicapai dan ramadhan kita tahun ini sia - sia. Taqwa adalah KPI kepada Madrasah Ramadhan yang kita sertai ini.


Nasrudin bin Hassan
Airport Antarabangsa Kuwait.
2.0 Ramadhan 1432H


sumber: eperjuangan.com

Selasa, 31 Mei 2011

~ LELAKI ~

0 ulasan
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.


Petikan dari "Syabab Musafir Kasih"


Isnin, 14 Mac 2011

Doa Seorang Muslimah

0 ulasan
.
YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku,

Seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu,

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau,

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu,

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu,

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia,

Seorang lelaki yang memiliki hati yg bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas,

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku,

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah,

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku,

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi,

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya,

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya,

Seorang lelaki yang memerlukan doaku utk kehidupannya,

Seorang lelaki yang memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna,

Dan aku memohon ya ALLAH..

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikn kepadaku tangan supaya aku mampu berdoa untuknya,kurniakan aku bicara yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat kepadanya... AMIN YA RABBAL ALAMIN


dipetik & diubahsuai daripada teratak-kasih95.blogspot.com

Sabtu, 5 Mac 2011

Munajat-Nada Murni

0 ulasan
Saya berkenalan dengan lagu ini ketika dalam sebuah program di Pantai Perkasa, Bachok, Kelantan. Ketika selingan menanti aktiviti seterusnya, salah seorang sahabat saya telah memutarkan beberapa buah lagu nasyid dan lagu ini adalah antara salah satu daripadanya.
Pertama kali mendengarnya hati saya terus terpikat hatta seusai program malam itu saya masih di dewan program berulang kali memutarkan lagu ini menghayatinya... Sangat-sangat tersentuh hati.. Membuatkan diri terasa dekat dan manja dengan Rabbi.. Seperti berkasih sayang dengan-Nya...




Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Isnin, 28 Februari 2011

Wanita & Rama-rama

0 ulasan

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.


sumber: iluvislam.com

Khamis, 3 Februari 2011

Mengapa Saya Masuk Islam? -Yusof Islam

0 ulasan
Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara [I]high[/I], saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

[B]Titik Permulaan[/B]

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

[B]Melawat Jerusalem[/B]

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Sumber: iluvislam.com

SEMAKIN SAYANG...?!!

0 ulasan
"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?


Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!


dipetik daripada iluvislam.com

Isnin, 17 Januari 2011

Bila Hilangnya Cemburu...

1 ulasan

Kenapa ada suami yang rasa malu jika dikatakan dia seorang yang cemburu? Malah cuba menyorokkan rasa cemburunya. Sebaliknya rasa bangga kerana dikatakan seorang yang ‘sporting’ disebabkan tak nampak bersifat cemburu. Seolah-olah salah kalau suami cemburu. Memang cemburu suami itu salah jika ia dilayan oleh emosi melulu. Cemburu yang menimbulkan rasa marah dan buruk sangka tak menentu. Hingga membawa kepada tindakan dan keputusan ikut nafsu. Ada juga kes yang kita dengar dan baca tentang cemburu suami yang begini. Moga dijauhkan Allah dari cemburu yang ekstrim ini.

Tapi kalau cemburu itu memang kerana sayang isteri, mahukan kebaikan untuk isteri dan semata-mata didorong oleh sifat ambil berat terhadap isteri, maka cemburu itu perlu. Suami ada hak dan patut cemburu.

Kenapa harus rasa bersalah jika ada perasaan cemburu? Ia sifat semula jadi yang ada pada setiap suami yang normal. Cemburu macam juga marah, ada waktunya perlu diserlah.
Marah tak salah. Sebaliknya kalau tak marah pada tempat yang patut marah, itu satu kesalahan. Itu juga tanda kita lemah. Begitu juga tak cemburu pada tempat yang patut cemburu, ia juga satu kelemahan.


Kenapa suami perlu ada sifat cemburu? Kerana:

1. Suami pemimpin dan pelindung isteri


Sebagai pemimpin dan pelindung, tentulah suami ada rasa kepunyaan terhadap isteri. Ini normal. Rasa kepunyaan itu menyebabkan timbul cemburu bila tindak-tanduk atau gerak-geri isteri menggambarkan seolah-olah isteri bukan kepunyaan suami atau bukan lagi di bawah pimpinan dan perlindungan suami.

Cemburu dan rasa tercabar kadang-kadang berbaur. Suami mahu isteri selamat di bawah ‘bidang kuasanya’ – suka rujuk dan dengar pandangan suami, selalu minta izin dan utamakan suami dalam banyak hal.

Maka suami ada hak untuk cemburu jika isteri: keluar rumah tanpa izin, bertindak di luar pengetahuan suami, buat keputusan penting untuk keluarga atau anak-anak tak rujuk suami, berbaik-baik dengan orang yang suami tak suka dan seumpamanya.


2. Suami teman paling rapat isteri


Teman rapat tentulah diharap dapat menjadi pendamping setia pada setiap masa dan ketika. Seorang yang sentiasa terbuka dan tidak suka berahsia.

Oleh itu wajarlah suami rasa cemburu jika isteri: selalu berwajah suram depan suami tapi ceria depan orang lain, suka berahsia dengan suami, tak berterus-terang dan lebih suka habiskan masa dengan orang lain terutama orang lelaki lain berbanding dengan suami.



3. Suami adalah kekasih isteri

Dengan kekasih sepatutnya ada jalinan kemesraan. Diikat oleh perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Lalu kalau isteri lebih mesra dengan orang lain daripada suami, lebih nampak sayangnya kepada orang lain, lebih mudah mengukir senyum depan orang lain, lebih nampak manja dengan orang lain daripada dengan suami, wajarlah suami rasa cemburu.

Kekasih mana yang tak rasa cemburu melihat pasangan kekasihnya menduakan, menigakan atau membanyakkan agihan kasih dan kemesraan yang sepatutnya diberikan kepada satu-satunya kekasih yang ada.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
(Ar-Rum: 21)

Jadi, baik suami sebagai pemimpin, pelindung, teman rapat atau kekasih, memang wajar dan berasas perlu adanya sifat cemburu terhadap isteri. Cemburu yang berasas bukanlah cemburu yang melulu dan ikut nafsu. Cemburu ini adalah atas dasar ‘menjaga tepi kain’ ahli keluarga sendiri.

Kalau tidak ada langsung cemburu, ia bukan satu sifat yang normal. Sedangkan haiwan pun ada sifat cemburu terhadap pasangannya, kecuali haiwan seperti babi yang memang tabiat dan perangainya hina lagi jijik.

(Mungkin sebab itu dikatakan, orang yang selalu makan daging babi akan lemah perasaan cemburunya terhadap hal-hal yang terlarang, dan hilang rasa malu, seperti disebut oleh tokoh ulama Dr. Yusuf al-Qaradawi. Wallahu a’lam.)

Suami kalau benar sayang isteri, mahu memimpin dan melindungi isteri, mahu menjadi teman setia dan kekasih isteri – bukan saja di dunia tapi juga di akhirat – wajar rasa cemburu jika isteri melakukan perkara-perkara yang terlarang. Isteri tak tutup aurat, keluar rumah tanpa izin, mengenakan wangian semerbak untuk tarik perhatian lelaki, pulang ke rumah ikut sesuka hati, bergaul mesra dengan lelaki lain tanpa batas… ini patut dilihat dengan pandangan cemburu.

Dan rasa cemburu ini wajar diperlihatkan melalui cara dan kata-kata yang baik, jangan hanya disimpan, disorok dan didiamkan. Kena berterus-terang dan dalam masa yang sama menjaga wibawa sebagai suami.

Cemburu suami ini bukan saja kerana naluri semulajadinya merangsang timbulnya rasa cemburu, tapi juga kerana tak mahu isteri mendapat murka Allah dan kerana suami sendiri ada tanggungjawab memimpin isteri ke jalan yang diredhai. Ini hak suami yang mahu isteri sama-sama selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta mahu bertanggungjawab di depan Allah atas orang yang dipimpinnya (isteri).

“Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…”
(At-Tahrim: 6)

Allah bekalkan sifat cemburu, juga sifat penyayang dan ambil berat, supaya suami dapat memainkan peranan ini dengan berkesan. Tak cemburu atas perkara-perkara yang patut cemburu dan tak cuba betulkan keadaan adalah sikap culas pada tanggungjawab. Takut-takut jadi lebih ekstrim iaitu sampai ke tahap dayus.

Dayus adalah sifat lemah yang dimurkai yang tidak wajar ada pada seorang suami. “Tiga golongan yang tidak masuk syurga selama-lamanya; lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak. (Hadis riwayat at-Tabrani)




Jaga Tepi Kain Anak Isteri


Oleh itu wajarlah kalau suami tingkatkan rasa cemburu dalam hal-hal yang dia patut cemburu. Jangan tak cemburu jika isteri terang-terang buat perkara-perkara yang melanggar perintah Allah. Kena cemburu dan berusaha untuk tegur dan betulkan keadaan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Kalau sudah punya anak dan bergelar bapa, sifat cemburu juga perlu ada terhadap anak. Jaga selalu ‘tepi kain’ anak supaya terpimpin hidupnya. Biar ada rasa cemburu jika anak menunjukkan tanda-tanda mahu lepas bebas dari kawalan kita tanpa boleh ditegur, kalau sembahyangnya culas, kalau bergaul bebas, kalau fardu ainnya tak lepas.

Tuhan kita pun cemburu jika kita buat sesuatu yang Dia larang, kenapa kita sebagai ketua keluarga tidak harus cemburu terhadap ahli-ahli keluarga kita?

“Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya.” (Hadits Muttafaq 'Alaihi)


sumber: halaqah.net

Isnin, 10 Januari 2011

Risiko: Antara Zina atau Kahwin?!!

0 ulasan

...Satu perkongsian...

Bila kita beralasan ada pelbagai risiko yang harus dipikul setelah menikah, risiko gangguan pelajaran, risiko kewangan saraan hidup, risiko pelaksanaan tanggungjawab dan bermacam-macam lagi risiko melintasi fikiran. Bukankah hidup membujang juga punya segudang risiko? Bahkan risikonya lebih besar. Kita hidup di zaman yang mengajarkan pergaulan bebas, menonjolkan aurat, dan mempertontonkan perzinaan. Hidup kita, menanggung sebuah risiko. Mati pun risiko. Belajar juga punya risiko. Tidak belajar lebih-lebih lagi berisiko. Yang tidak ada risikonya adalah kita tidak wujud di dunia. Tetapi kalau kita berfikir bagaimana mahu lari daripada risiko, itu penyelesaian yang mustahil.

Bila ternyata segala sesuatu ada risikonya, besar atau kecil, mengapa kita tidak segera melangkah kepada sikap yang risikonya lebih baik? Mengapa tidak memilih risiko yang lebih ringan? Sudah tentu bahawa risiko pernikahan lebih baik daripada menanggung risiko terlibat dengan penzinaan. Kerananya Allah mengajarkan pernikahan dan menolak perzinaan. Sunnatullah, menciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Dengan melanggar sunnah itu bererti kita telah meletakkan diri pada posisi bahaya. Besar risikonya kerana fitrah manusia diciptakan sejajar dengan sunnah tersebut. Melanggar sunnah ertinya menentang fitrahnya sendiri.



Mengisi fitrah dengan pergaulan bebas dan berzina?

Mustahil, Allah mengajar kita mengisi fitrah dengan mengikat dengan tali yang Allah ajarkan, iaitu pernikahan. Kerana itulah Allah memerintahkan agar kita menikah. Sebab itulah yang paling tepat adalah menurut perintah Allah dalam memenuhi tuntutan fitrah tersebut. Tentu tidak ada bimbingan yang lebih sempurna dan membahagiakan lebih daripada daripada bimbingan Allah. Penzinaan dan pergaulan bebas adalah proses penentangan terhadap fitrah. Terbukti bahawa pergaulan bebas telah melahirkan banyak bencana. Tidak saja pada hancurnya harga diri sebagai manusia, melainkan juga hancurnya kemanusiaan itu sendiri. Berapa ramai ibu-ibu yang membuang janinnya ke semak, ke tong sampah, bahkan dengan sengaja membunuhnya, hanya kerana merasa malu menggendong anaknya dari hasil zina. Fikirlah, yang mana lebih berisiko.


Manusia perlu makan untuk hidup, jika tidak pasti risiko besar menimpanya. Seperti keperluan manusia terhadap makanan, manusia juga perlu untuk menikah. Persoalannya, mengapa banyak orang berkeluarga yang hidup melarat? Kita tanya kembali, mengapa bertanya demikian? Bagaimana kalau melihat orang lain yang ternyata setelah menikah hidupnya lebih tenang dan senang? Berzina pun bukan bererti setelah itu selesai dan bebas tanggungjawab. Melainkan setelah itu ia harus memikul beban berat akibat kemaksiatan dan perzinaan. Kalau tidak harus mengasuh anak zina, ia harus menanggung dosa zina. Keduanya tanggungjawab yang kalau ditimbang-timbang dengan akal yang sihat, tidak kalah beratnya dengan tanggungjawab pernikahan.

Sebenarnya pernikahan bukan masalah. Menikah adalah kehidupan yang harus dilalui dalam keadaan apapun dan bagaimanapun. Ia adalah sunnatullah yang tidak mungkin diganti dengan cara apapun. Memenuhi fitrah sebagai manusia. Saya fikir, pernikahan tidak lagi boleh menjadi solusi alternatif setelah 'kantoi' terjebak dalam penzinaan demi menutup aib dan malu. Cadangannya, mari kita pindah dari pengertian “pernikahan sebagai beban” kepada “pernikahan sebagai ibadah dan penyelesaian”.

Pelik, mengapa perlu wujud 'tangan-tangan' yang menghalang pernikahan dengan beralasan ada risiko yang harus dipikul setelah menikah, bukankah perzinaan lebih besar dan lebih parah risikonya?


Dipetik daripada ibnuyunus.blogspot.com

Khamis, 9 Disember 2010

Last Breath - Ahmed Bukhatir

0 ulasan
Kali ini saya ingin berkongsi sebuah lagu nyayian Ahmed Bukhatir... Lagu ini punyai makna yang tersendiri buat saya.. Setiap kali saya mendengarnya,hati bagaikan dicengkam ketakutan yang amat... kerana takut akan dahsyatnya kematian itu... Inilah lagu yang paling menakutkan saya..

Isnin, 6 Disember 2010

Perutusan Tahun Baru 1432 Hijrah YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abd Aziz b. Nik Mat

0 ulasan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M




sumber: anakmuaallaf.blogspot.com

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template