.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 30 Mac 2010

Bersama Masyarakat Orang Asli

0 ulasan

Cabaran Dakwah Masa Kini

Lebih seminggu lalu, penulis telah berkesempatan menyertai Seminar Cabaran Dakwah Masa Kini pada 22 Mac 2010 yang merupakan anjuran bersama Jab. Dakwah Wal Qiadah KIAS dengan Outreach ABIM Kok Lanas. Antara intipati yang dapat penulis ketengahkan adalah pendedahan kepada para peserta tentang perkembangan dakwah di perkampungan orang asli di Gua Musang, Kelantan. Penulis terkesan dengan cabaran yang dihadapi oleh para pendakwah di sana. Pernah penulis cuba untuk bergiat bersama mereka, malangnya seringkali waktu itu bertembung dengan tanggungjawab lain penulis yang perlu didahulukan. Antara cabaran yang dihadapi adalah bagaimana untuk berusaha menanamkan akidah sebaik mungkin ke dalam hati masyarakat orang asli disamping menangkis dakyah Kristian yang semakin diperhebat. Hati penulis begitu ingin sekali bersama terlibat dalam kerja dakwah ini, namun kekangan tanggungjawab sekali lagi terpakasa penulis akui kian menyelubungi penulis. Sukar untuk mentafsirkan bagaimana menyimpan kehendak hati yang terpaksa dilupakan.

Kita Bersaudara

Alhamdulillah. Awal percutian ini sedikit mengubat kehendak hati apabila penulis berpeluang menyertai program yang melibatkan masyarakat orang asli. 27-29 Mac 2010 lalu menyaksikan penulis telah menyertai bersama bertugas bagi program Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara di Pos Kemar, Gerik Perak yag merupakan sebuah kampung daripada belasan perkampungan orang asli di pendalaman Gerik , Perak. Program anjuran Sekretariat Kita Bersaudara ini telah menelan tempoh masa perjalanan air hampir 4 jam dengan feri disamping diiringi beberapa buah bot dan kira-kira4-5km perjalanan dari jeti ke tapak program. Berbekalkan kira-kira hampir 50 orang tenaga kerja program ini telah berjaya menarik perhatian lebih 2000 orang asli menurut perkiraan penulis. Pelbagai bentuk aktiviti telah diketengahkan seperti ziarah petugas perubatan, kenduri rakyat, sukaneka dan banyak lagi. Dalam pada itu, untuk buat kali pertamanya Kelab Kita Bersaudara telah dilancarkan dan disempurnakan oleh YB Dato` Seri Nizar, mantan Menteri Besar Perak. Turut hadir bersamanya adalah isteri, anak-anak beserta rombongan beliau. Perjalanan pulang kami sedikit mencemaskan apabila enjin feri tidak dapat dihidupkan sewaktu jarak kami dengan jeti hanya kurang 1km dan terpaksa ditunda dengan beberapa buah bot.

Masyarakat Orang Asli

Memikirkan kerenah masyarakat orang asli, pelbagai kenangan bersama mereka mengusik minda. Pertama sekali yang agak jangal bagi kita apabila sampai di sana ialah terpaksa membiasakan diri dengan kewujudan anjing yang bagaikan kucing pada mereka. Ia berkeliaran di merata tempat, namun tidak menerkam mahupun mengancam sesiapa. Apa pun, masing-masing sentiasa beringat agar tidak disentuh anjing. Masih teringat lagi kenangan semasa bersama adik Hazrol (lebih kurang begitu namanya), 12 tahun yang muntah di dalam kenderaan gara-gara tidak tahan dengan air-cond ditambah pula dengan keadaan kenderaan yang sentiasa terhoyong-hayang dek jalan yang berlubang dan berbukit. Lebih memeningkan kepala apabila terpaksa menjadi salah seorag juri bagi pertandingan karaoke masyarakat orang asli. Tuhan sahaja yang tahu, namun terpaksa hati ini akur demi pendekatan awal buat pertama kalinya aktiviti ini diadakan di Pos Kemar. Pujian harus diberikan juga kepada sahabat yang telah berusaha menghidupkan suasana ilmiah dan Islamik bagi memperkenalkan hiburan yang dibenarkan syarak. Apa pun, bukanlah sesuatu yang sangat sukar dalam mendekati masyarakat orang asli. Jika kena caranya, InsyaAllah dipermudahkan-Nya. Apa yang pasti, pendekatan dakwah perlulah dipelbagaikan mengikut kesesuaian masyarakat disamping memastikan keutuhan prinsip.

Kepimpinan

Secara peribadi, penulis mengagumi bentuk dan kaedah kepimpinan disamping daya tahan yang diperlihatkan oleh Ustzah Aiman Atirah Jundi dalam mengetuai program ini. Sedikit sebanyak penulis dalam melihat apa yang diketengahkan oleh John C.Maxwell dalam The 360 Leader yang mengarapkan ciri-ciri dan cabaran pemimpin pertengahan. Terdapat beberapa persamaan yang dapat penulis teliti dan penulis akui berada ditempatnya begitu sukar bagi penulis pada saat itu. Sekalipun penulis hanya sempat berbual dengannya hanya 2 kali iaitu semasa perbincangan tugas dan ketika sama-sama menjadi juri karaoke, namun banyak dan besar rasanya yang dapat penulis kutip mutiara kepimpinan baik dari segi kata-kata mahupun tindakannya. Menghadapi kerenah anak-anak buah yang dari pelbagai latar belakang bukanlah mudah apatah lagi dari golongan luar bandar yang masih memperbesarkan beberapa hal kecil, kelemahan dari segi pengurusan, pemahaman skop tugas, dan beberapa perkara lagi. Jika penulis yang menuntut di ibu negeri Kelantan sudah merasai perbezaannya, apatah lagi mereka yang tinggal di ibu negara, pastinya sangat dirasai perbezaan dengan masyarakat tempatan. Dalam ruang ini, sedikit dukacita penulis garapkan khas buat agamawan yang masih lagi membahaskan masalah furu` atau pun cabang di hamparan masyarakat umum. Penulis begitu kesal apabila salah seorang daripada agamawan membahaskan perkara furu’ sesama petugas hatta dilihat seolah-olah menghentam individu di hadapan khalyak umum yang pastinya mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pemahaman. Ditambah pula dengan tiada pengamalan adab-adab berhujah atau berbahas, pastinya ia mencetuskan suasana yang kurang selesa kepada pelbagai pihak. Masih terngiang-ngiang di telinga penulis pesanan seorang guru “…JADILAH USTAZ YANG MEMBANTU MASYARAKAT BUKANNYA YANG MEMENINGKAN DAN MENGELIRUKAN MASYARAKAT..”.Mudah-mudahan pesanan ini ada manafaatnya kepada mereka yang berkenaan dan disematkan sebaik mungkin. Tidak perlulah penulis huraikannya lagi. Apa pun, setinggi-tinggi tahniah penulis titipkan buat beliau dan penulis berharap mudah-mudahan akan diberikan lagi oleh-Nya peluang dan ruang untuk berkerjasama dengan beliau mahupun pimpinan-pimpinan PAS Pusat yang lain.

Aksi di tengah-tengah feri

Ketika kenduri rakyat


Dari jeti ke Pos Kemar dgn lori


Tunggu tanak nasi lain.. nasi habis,ramai bebenor...


Memang pantang tengok budak, penyayang btul YB...

Khamis, 25 Mac 2010

Zuhal, Gelang dan Pembaris Plastik

0 ulasan
Dipetik daripada Falak Online









(Image credit: NASA Cassini-Huygens)

Zuhal merentasi posisi Istiqbalnya ahad lepas. Saya pun tak pasti bagaimana boleh terlepas pandang tarikh tersebut. Besar kemungkinan saya sedang bertungkus lumus mencari kaedah terbaik untuk astrofotgrafi di Punggai, Johor pada hujung minggu tersebut.

Walaupun begitu, peredaran planet-planet merentasi orbitnya tetap berlaku dan tidak akan menuggu sesiapa. Namun, ada juga yang tertanya-tanya. Jika terlepas untuk melihat Zuhal pada tarikh keramat 22 Mac lepas, rugi lah!

Jawapannya amat mudah. Jika anda lihat Zuhal menerusi teleskop pada tarikh tersebut, dan melihatnya kembali beberapa minggu akan datang, perbezaannya amat kecil untuk dilihat dengan mata. Oleh itu, tidak perlulah risau perkara yang kecil begini.

Zuhal jika menerusi teleskop akan kelihatan seperti sebuah planet yang mempunyai satu garisan merentasi di tengah-tengahnya. Sudut pandangan kita di Bumi ke arah Zuhal ketika ini amat hampir dengan satah orbit gelangnya. Maka, kita akan melihat sistem gelangnya dari tepi.

Sistem gelang utama Zuhal ini mempunyai kelebaran sekitar 75,000 kilometer. Namun ketebalannya hanya 10 meter sahaja! Meter!!! Bukannya Kilometer!!

Bagaimana kita hendak bayangkan kepelikannya? Cuba kita buat analogi sikit.

75,000 km = 75,000,000 meter = Lebar

10 meter = Tebal.

Kita kecilkan ratio saiznya.

Katakan kita kecilkan ketebalan gelang yang 10 meter itu menjadi 1 cm, iaitu lebih kurang tebal sebatang pembaris pendek plastik anak saya. Selalunya standard panjang pembaris pendek ini ialah 15 cm. Maka, lebarnya akan dikecilkan menjadi 7,500,000 cm

Oleh itu, jika dibuat kira-kira, tebal gelang Zuhal ialah setebal pembaris. Tapi, lebarnya ialah seperti menyambung 500,000 pembaris pendek dari hujung ke hujung!!! Mana ada kedai yang jual 500,000 pembaris pendek!!

Tak dapat nak bayangkan sepanjang mana 500,000 pembaris tu?

Panjang 500,000 pembaris itu ialah 7,500,000 cm = 75 km

Jarak KL ke Seremban = 64 km SAHAJA!!

Maknanya, jika tebal gelang Zuhal 1 cm (setebal pembaris plastik),

lebarnya lebih jauh dari jarak KL-Seremban!!!!



Subhanallah! Hebatnya ciptaan Allah SWT

Jumaat, 19 Mac 2010

Arah Kiblat : Berdasarkan Petunjuk Alam

0 ulasan

Arah Kiblat : Petunjuk Alam

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada artikel lalu bahawa kaedah penetuan arah kiblat terdiri daripada 3 cara iaitu Petunjuk Alam, Tradisional & Moden. Untuk kali ini, penulis akan menukilkan kaedah penentuan arah kiblat berdasarkan petunjuk alam. Setidak-tidaknya penentuan arah kiblat berdasarkan Petunjuk Alam boleh dikategorikan kepada beberapa cara iaitu berpandukan 2 jenis buruj, bintang, peristiwa Istiwa’ Utama (istiwa’ adzam), matahari terbenam dan bulan sabit. Penerangannya adalah sebagaimana berikut:

1.Buruj Orion

Buruj Orion juga turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti Pemburu, Belantik dan al-Babadur. Bagi mengenalpasti arah kiblat, ianya boleh dirujuk melalui tiga bintang berderet (yang hampir sama saiz dan tahap kecerahannya) di dalam buruj ini dan dikenali al-Nitak, al-Nilam serta Mintaka yang mana kedudukannya diunjurkan ke barat adalah mengarah ke arah kiblat bagi Negara Malaysia dan sekitarnya. Buruj ini lazimnya kelihatan di langit Malaysia selepas waktu maghrib antara bulan Disember hingga Mac. Rujuk rajah 1:



Rajah 1: Arah kiblat berdasarkan Buruj Orion

2.Bintang al-Qutubi

Bintang ini turut dikenali sebagai Bintang Kutub atau Polaris. Bintang-bintang lain akan kelihatan seolah-olah mengelilingi bintang ini dan boleh juga dianggap juga bahawa bintang ini adalah sebagai paksi kepada bintang. Bintang ini adalah menunjukkan arah sebenar utara secara tepat dari mana-mana tempat di bumi. Di Malaysia hanya ada lebih kurang 3 tempat sahaja yang boleh dijadikan lokasi untuk mencerap bintang ini. Saban hari bintang ini semakin terang berbanding dahulu. Bintang ini berada dalam Buruj al-Judah, Bajak atau Ursa Minoris. Ianya boleh didapati di langit Malaysia waktu malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang ini adalah 6dari ufuk dan boleh dikenali berdasarkan bentuk buruj seperti di dalam rajah 2.


Rajah 2: Buruj al-Judah

Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68(bagi Malaysia) ke kiri dari kedudukan bintang qutbi seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 3.

Rajah 3: Arah kiblat berasaskan Buruj al-Judah

3. Buruj Crux

Ianya juga turut dikenali sebagai Buruj Pari dan Salib Selatan. Ia dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya yang seakan-akan seekor ikan pari dan turut kelihatan seperti salib. Buruj ini berada di selatan langit Malaysia pada waktu maghrib antara bulan Mei dan Jun. Bagi menentukan arah kiblat mana-mana tempat di Malaysia berpandukan Buruj Pari, arah utara dipastikan terlebih dahulu, kemudian dibukakan sudut sebanyak 68ke kiri.


Rajah 4: Buruj Pari

4.Istiwa’ Adzam

Istiwa’ Adzam atau fenomena Peristiwa Utama juga boleh dijadikan salah satu kaedah menentukan arah kiblat iaitu suatu keadaan deklinasi (mel/declination) matahari akan berembang yang mana berada tepat di atas latitud Ka’bah(2125’15.6” U). Fenomena ini boleh dimanafaatkan untuk menentukan atau menyemak arah kiblat di seluruh bumi yang mengalami waktu siang.

Menurut kiraan peristiwa adzam’ matahari di atas Ka’bah ini akan berlaku pada setiap tahun sebanyak 2 kali iaitu pada 28 Mei purata waktu 5.16 petang dan pada 16 Julai dengan purata waktu 5.28 petang (waktu Malaysia). Sementara pada tahun-tahun lompat, hendaklah ditambah seminit pada waktu berkenaan, manakala tarikhnya pula dikurangkan sehari.


Rajah 5: Gambaran situasi ketika fenomena Istiwa’ Adzam

Langkah-langkah bagi menyemak arah kiblat berdasarkan kaedah ini adalah seperti berikut;

1. Tentukan tarikh dan waktu seperti yang dinyataka di atas.

2. Pilih suatu tempat kedudukan yang sesuai dan pastikan ianya tidak terlindung dari sinaran matahari.

3. Pacakan objek seperti kayu,besi dsb sebagai panduan kita (boleh juga diletakkan marker pen di tingkap bagi rumah flat dsb)

4. Pastikan objek atau tiang tersebut ditegakkan atas kawasan yang rata dan menegak 90.

5. Kenalpasti bayang yang terhasil daripada objek tiang tersebut tepat pada waktu yang telah dinyatakan. Itulah arah kiblat anda.

Seperti yang telah dinyatakan, ianya hanya boleh disemak untuk kawasan bumi yang mengalami waktu siang sahaja. Peta di bawah boleh dijadikan rujukan.

6.Matahari Terbenam

Secara umumnya, kaedah berdasarkan arah matahari terbenam adalah tidak tepat disebabkan sudut arah matahari terbenam di Malaysia adalah berubah-ubah. Namun demikian, ianya boleh ditentukan dengan mengetahui perbezaan jarak antara matahari terbenam dengan arah kiblat sebenar. Anggaran sudut boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah “sudut jari” seperti rajah di bawah untuk di ukur kira pada dada langit. Mengikut syarahan pensyarah, “sudut jari” ini diiktiraf National Aeronautics and Space Administration (NASA) sebagai salah satu cara mengukurnya. Begitulah hebatnya jari manusia ciptaan-Nya. Caranya adalah seperti berikut:

Rajah 6: Cara mengukur menggunakan jari

Sedikit keterangan mengenainya:

1 jari bersamaan 1

2 jari bersamaan 5

Gengaman bersamaan 8

Lima jari yang dibuka bersamaan 20

Anggaran perbezaan sudut arah matahari terbenam dan arah kiblat adalah seperti berikut:

BULAN

ANGGARAN ARAH KIBLAT DARI TEMPAT MATAHARI TERBENAM

Januari

Ke kanan 45

Februari

Ke kanan 40

Mac

Ke kanan 25

April

Ke kanan 15

Mei

Ke kanan 5

Jun

Ke kiri 1

Julai

Ke kanan 1

Ogos

Ke kanan 5

September

Ke kanan 15

Oktober

Ke kanan 30

November

Ke kanan 40

Disember

Ke kanan 45

7.Bulan Sabit

Berdasarkan bulan sabit juga, arah kiblat boleh ditentukan dengan berpandukan jadual anggaran perbezaan arah kiblat. Secara mudahnya, ianya hampir sama sahaja dengan kaedah berdasarkan matahari terbenam. Cuma ianya perlu diukur dari tengah-tengah cahaya sabit, bukannya sisi bulan. Ini disebabkan asas ukuran adalah berdasarkan pusat matahari. Jadualnya adalah sama seperti di atas.


*Telah diolah daripada Falak Syarei : Penentuan Arah Qiblat tulisan Ust Mohd Nor Husain dan tambahan syarahan kuliah beliau.

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template