.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Memaparkan catatan dengan label Pendedahan Penting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendedahan Penting. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2014

RINGKASAN KITAB “GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH” (DR FATHI YAKAN)

0 ulasan
RINGKASAN KITAB “GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH”
(DR  FATHI YAKAN)
Gejala Keciciran Di Zaman Rasulullah SAW
1.       Orang-orang yang tidak ikut serta dalam Perang Tabuk

Ø  3 orang Islam (Ka’ab bin Malik, Murarah ibn Ar-Rabi’ dan Hilal ibn Umayyah) tidak meneyrtai perang Tabuk. Mereka dipulaukan oleh orang Islam yang lain.
Ø  Orang munafiq juga tidak ikut berperang. Mereka datang bersumpah dihadapan Rasulullah memberi  sebab
2.      Hatib bin Abi Balta'ah

Ø  Dianggap sebagai pembocor rahsia kerajaan dan pengkhianatan besar
Ø  Ketika Rasulullah sedang dalam perjalanan menuju ke Mekah, Hatib menulis surat kepada orang Quraisy memberitahu persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah SAW à surat diberi kepada seorang wanita (disimpan disanggul) à Rasulullah tahu & hantar Ali bin Abi Tali dan Zubair bin Al-Awwam mengejar wanita tersebut
Ø   Allah SWT menurunkan ayat Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 berkaitan peristiwa tersebut
3.       Masjid Dirar

Ø  Orang munafiq cuba memecah belahkan barisan Islam dengan mendirikan masjid yang pada zahirnya menunjukkan rahmat tetapi hakikatnya membahayakan orang-orang Islam.
Ø  Rasulullah SAW memerintahkan Malik Ibn Ad-Dakhshum dan  Ma’nim ibn ‘Adiyy supaya meruntuh dan membakar masjid tersebut kerana ahli-ahlinya diangagap zalim.
Ø  Turun ayat 107 Surah At-Taubah menceritakan hal tersebut.
4.       Hadithul lfk
5.       Abu Lubabah

SEBAB-SEBAB KECICIRAN

Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan

* Kelemahan sudut tarbiyyah
* Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
* Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
* Tidak mengambil berat hal ahli
* Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
* Pertikaian dalaman
* Pimpinan tidak layak

Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

* Tabi’e/ perangai yang tidak tetap
* Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
* Melampau
* Bermudah-mudahan dan longgar
* Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
* Cemburukan orang lain
* Fitnah senjata


Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

* Tekanan ujian
* Tekanan keluarga
* Tekanan persekitaran
* Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
* Tekanan bermuka-muka
Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan
1.Kelemahan sudut tarbiyah
-Gerakan yang lemah : menjadikan tarbiyah hanya sebahagian kecil berbanding bidang-bidang lain seperti pentadbiran, penyusunan dan politik
-Setiap anggota harakah sama ada qiyadah atau jundiyah mesti mengikuti tarbiyah walau sesibuk mana sekalipun.
-Hubungan anggota (individu) dengan harakah hendaklah berasaskan kepada hubungannya dengan Allah dan Islam. –
-Harakah menjadi wasilah (alat) bukannya ghayah (matlamat). Harakah adalah wasilah untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha untuk  mencapai keredhaan Allah.  
-Kita hendaklah membebaskan diri dari menjadikan keterlibatan dalam harakah untuk mencari kepentingan diri. Niat perlu ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tidak boleh mensyikkanNya dengan sesuatu apa pun.
2. Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
-harakah perlu memilih dan memberi  tugas kepada seseorang anggotanya mengikut kebolehan, kecenderungan dan tab’ie individu tersebut.
-harakah perlu menyusun unsur-unsur tenaganya mengikut bidang masing-masing seperti tarbiyah, politik, harta dan ekonomi, riyadah, dan lain-lain.
-proses pemilihan tempat atau tugas yang sesuai untuk seseorang mesti dihalusi dan diteliti. Tidak boleh dinuat secara tergesa-gesa atau secara mendadak.
3. tidak membahagikan kerja kepada anggota
-perlu menggunakan kecenderungan anggota untuk kepentingan Islam mengikut perencanaan yang dibuat oleh harakah.
-Setiap anggota mesti merasa bertanggungjawab, merasakan ia adalah anggota yang aktif, tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
-pemberian tugas perlu diberi kepada ahlidisemua peringkat (tidak kira muda atau tua, anggota baru atau lama).
4. tidak megambil berat hal ahli
- akibat : ahli akan meninggalkan harakah malah boleh keluar dari lingkungan Islam
-Hubungan atau ikatan yang diwajibkan oleh Islam ke atas setiap orang Islam ialah bersatu dalam sudut pemikiran, rohani dan perasaan, hendaklah merasakan seolah-olah seperti satu jasad.
-Perhatian yang boleh diberikan oleh harakah terhadap ahlinya boleh dilakukan dari dua sudut: iaitu program dan melalui sikap persaudaraan serta bantu membantu oleh kedua pihak.
-sesuatu harakah Islamiyyah yang Berjaya mengeratkan tali persaudaraan kerana Allah akan Berjaya menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi olehnya dan ahli- ahlinya
5.tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
-peneyelsaian masalah yang timbul dengan mudah dan cepat akan menjadikan perjalanan dakwah teratur dan rapi, sebaliknya kelambatan menyebabkan malah menjadi bertimbun dan berganda.
-faktor kelembapan dalam menyelesaikan masalah gerakan adalah :
                > kelemahan pucuk pimpinan (tidak mampu meneylesaikan masalah yang timbul)
                > kelemahan pentadbiran
                > program yang terlalu besar dan luas menyebabkan pimpinan tidak dapat menyempurnakan keperlua-keperluan kerja yang pelbagai.
6.Pertikaian dalaman
- Sebab berlaku :
                > kelemahan pimpinan (tidka Berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan)
                > campurtangan dari kuasa luar (untuk menimbulkan fitnah)
                > berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan jawatan
                > tidak iltizam dengan dasar harakah, kaedah atau prinsipnya. Tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh
                   badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan diri sendiri
                > tiada kerja atauprogram yang boleh menggerakkan ahli bersungguh-sungguh berjihad (kerja keras)
7.Pimpinan tidak layak

  •  Factor kelemahan :

Ø  kurangnya kemampuan berfikir (kepimpinan tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli). Adakala pemimpin hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja tetapi lemah dari sudut lain.
Ø  Kelemahan dalam kebolehan mentadbir
  • Sifat –sifat yang perlu ada pada pimpinan :

1.       Mengenali dakwah
2.       Mengenal diri :  - mengetahui kelemahan dan berusaha memperbaiki
-          Mengenali kekuatan dan berusaha menyuburkannya
-          Mengambil berat untuk mengembangkan ilmu dan membaca pendapat-pendapat, pemikiran pemikiran politik , kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
-          Mengambil berat mengenai tokoh pemimpin Islam yang lain, berusaha mengetahui cara pimpinan mereka serta factor –faktor kejayaan atau kegagalan mereka.
3.       Mengambil berat tentang ahli
4.       Teladan yang baik
5.       Mempunyai pandangan yang mantap
6.       Keazaman yang kuat
7.       Daya tarikan semula jadi
8.       Penuh yakin
Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu
 
1. Tabi’e/ perangai yang tidak tetap - terdapat banyak factor seseorang tertarik dengan harakah. Tetapi, apabila mereka sedar mereka tidak dapat mengikut dasar, peraturan dan tidak dapat patuh kepada harakah, mereka pun meninggalkannya.
-setiap perbuatan yang dilakukan perlulah mengikut peraturan harakah yang berlandaskan syariat Islam.
2. Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan

3. Melampau (ekstreme)
- melakukan sesuatu lebih daripada keupayaannya, melampaui batas dan tidak dapat menerima sikap sederhana.
-keupayaan manusia untuk memikul bebanan dan tanggung jawab adalah berbeza.Dengan sebab itu syari’at memperuntukkan hukum-hukum ‘azimah (kemestian) dan rukhsah(keringanan) yang menjadi ciri pelengkap manhaj Islami.

4. Bermudah-mudahan dan longgar
-orang yang bermudah-mudah (sambil lewa) dalam mengerjakan perintah Allah dan dalam iltizam dengan hukum-hukum syara’ akan mendapati diri mereka bermudah dalam semua perkara, dari kecil hingga besar, dari satu masalah kepada semua masalah.
- mereka tidak mengambil berat perkara halal dan haram, melakukan dosa-dosa walaupun dosa kecil

5.Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
-sikap ini merosakkan penda’wah, menjadikan amalan mereka tergantung,  menghapuskan pahala, dan memberi akibat buruk kepada mereka.

6.Cemburukan orang lain

7.Fitnah senjata
-merupakan gejala ekstrim yang paling bahaya dan membawa akibat buruk.
-keburukan yang berkaitan dengan penggunaan kekerasan :
                > objektif pemilikan kekuatan adalah tidak jelas
                > tidak terikat dengan syarat penggunaan kekuatan . Syarat penggunaan kekuatan :
                                1. berusaha bersungguh-sungguh  menggunakan cara lain dan penggunaan kekuatan hanya merupakan
                                    cara terakhir.
                                2. penggunaannya hendaklah di bawah pengawasan Imam dan jama’ah Muslimin, tidak boleh diletakkan
                                     di bawah kehendak individu dan orang ramai.
                                3. jangan membawa kepada kerosakan atau fitnah
                                4. Untuk menggunakan cara ini, jangan keluar dari As-Siyasah Asy-Syar’iyyah
                                5. hendaklah menurut tertib
                                6. persediaan yang sempurna dan teliti
                                7. jauh dari istidraj (peningkatan yang tidak baik) dan menyahut tindak balas
                                8.tidak harus mendedahkan orang Islam untuk dikuasai musuh, dalam keadaan tiada keseimbangan.
 Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

1. Tekanan ujian
-ujian mesti berlaku untuk membersihkan berisan dan menguji keimanan.

2.Tekanan keluarga
-contoh: tekanan daripada ibu bapa dan anak-anak
-Al-Quran member amaran supaya jangan tunuk kepada tekanan ahli keluarga yang melarang dari jalan Islam.
 (At-Taubah:24)

3.Tekanan persekitaran
-contoh: keadaan (biah) yang tidak membantu dia mengamalkan Islam.
-faktor kalah kepada tekanan persekitaran: 1)asas pembentukan yang tidak betul(keraguan atau kegoncangan dalam aqidah). 2)iltizam yang hanya ikutan atau malu dengan keadaan sekitar (bukan berdasarkan iman dan keyakinan) 3)enggan masuk ke dalam persekitaran dakwah dan kumpulan para du’at.

4.Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
-gerakan-gerakan yang bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya mengkritik dan menimbulkan keraguan untuk menimbulkan keraguan dan menghancurkan harakah Islam atas nama Islam.
5.Tekanan bermuka-muka
-suka menaikkan diri sendiri, meneyebabkan timbulmya penyakit ‘ujub, terpedaya dengan diri sendiri, mementingkan diri, dan ego.



Rabu, 6 Jun 2012

Versi Penuh : Debat Rafizi & Khairi Isu Pemansuhan PTPTN

0 ulasan

Isnin, 11 Julai 2011

Tear Gas in Hospital?!!

0 ulasan
Apa kata polis?!!





Apa pula realitinya?!!










Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada polis?!!
Orang yang sepatutnya menjaga keselamatan kini mengancam keselamatan masyarakat hatta BERBOHONG kepada dunia!!!

Video BERSIH 2.0: Aksi Sebenar Polis!! Tiada di RTM, TV3 & seangkatannya!!

0 ulasan


Khamis, 23 Jun 2011

Nota Penting Untuk Semua Peserta BERSIH 2.0

0 ulasan





Nota tersebut adalah panduan anda semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:

  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com

*Perkara yang tidak dibenarkan*

  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
  14. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*

  1. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  2. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  3. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  4. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  6. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  7. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  9. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  10. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
  16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*

  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*

  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.


Sumber DI SINI

Selasa, 15 Mac 2011

Saman Ekor: Apa Hak Anda?!

0 ulasan


1.Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

2. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

3. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

4. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

5. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

6. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

7. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

8. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

9. Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

10. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.

11. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

12. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

13. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

14. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.

15. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

16. Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)


sumber: yusofembong.blogspot.com

Khamis, 10 Februari 2011

Bahana Makan Makanan Mentah

2 ulasan
Warga emas ini bernama Shota Fujiwara,
berasal daripada negara Jepun. Beliau adalah penggemar Sushi sejak daripada kecil lagi. Sehinggalah dalam lingkungan umur 60 tahun, beliau telah merana akibat sakit dalam kepala yang disangka migrin.

Setelah tiga tahun lamanya menanggung kesakitan ,doktor menjalankan X-ray untuk memastikan apa penyakit yang dihadapi oleh beliau. Doktor terperanjat apabila terdapat benda-benda kecil yang dipercayai ulat di kepalanya, tetapi bernasib baik kerana ia masih tidak menembusi tempurung kepalanya.

Setelah dibedah,beginilah keadaan otak encik Shota.



Pasti para pembaca tertanya-tanya dari mana datangnya ulat-ulat tersebut. Sebenarnya ulat-ulat tersebut datang daripada pemakanan encik Shota iaitu gemar memakan Sushi & Sashima yang mentah. Ulat-ulat tersebut mungkin datang daripada daging ikan dan makanan laut lain yang tidak dimasak terlebih dahulu.
Sepatutnya, setiap makanan yang mentah hendaklah dimasak pada suhu 100 darjah celsius dan dibekukan pada 0-4 darjah celsius untuk mematikan kuman dan ulat yang sedia ada di dalamnya.
kepada penggemar Sushi & Sashima, berhati-hatilah ketika mahu menjamah. Pastikan makanan tersebut betul-betul masak dan selamat dimakan.


Dipetik daripada ijoks2009.blogspot.com

Isnin, 30 Ogos 2010

Andai Gaji Dibayar Dengan Dinar

0 ulasan

Contohnya: Gaji Ali adalah sebanyak 3 dinar pada Jan 2009.

Pada Jan 2009, 1 dinar bersamaan RM 450. Kalau dalam RM, gaji Ali bersamaan 1350 pada bulan itu. Katakan Ali menjual 2 dinar setiap kali menerima gajinya dan menyimpan 1 dinar. Jadi Ali mendapat RM 860.00 (430 x 2 dinar) mengikut harga buying ketika itu. Duit itu digunakan sebagai perbelanjaan bulanan.

Pada Jan 2010, 1 dinar bersamaan RM 550. Jadi gaji Ali pada Jan 2010 adalah sebanyak RM 1650. Seperti biasa Ali menjual dinarnya sebanyak 2 keping dan mendapat RM 1040 (520 x 2 dinar) mengikut harga buying ketika itu dan duit itu digunakan seperti biasa untuk perbelanjaan bulanan.

Kalau nak diikutkan, gaji Ali tetap juga 3 dinar. Tetapi dengan kenaikan harga emas, Ali seolah-olah mendapat kenaikan gaji sebanyak 22% dalam setahun! Dan daripada nilai dalam RM 1350, gajinya naik menjadi RM 1650. Bukankah dah naik sampai RM 300? huhu...bestnya gaji dalam dinar ni.

Bagaimana pula dengan 1 dinar yang disimpan setiap bulan itu? Ali menyimpan 12 keping dinar sepanjang setahun itu. Jadi jika dihitung dengan nilai semasa, 1 dinar ketika itu adalah bersamaan RM 550, jadi RM 550 x 12 keping = RM 6000!!!

WoW! Dengan gaji pada Jan 2009 bernilai RM 1350, belanja RM 860 pada bulan itu, dalam masa yang sama boleh membuat simpanan sehingga RM 6,000??? Itulah kehebatan dinar. Siapa dapat menjangkakan gaji tetap sebanyak 3 dinar mampu menambahkan simpanan bulanan dan meningkatkan pendapatan bulanan. Hebat kan? Banyak hikmahnya kalau guna dinar dan dirham ni...

Abu Bakar ibn Abi Maryam pernah berkata, beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)


dipetik daripada MalaysiaSenasasi.Net

Isnin, 31 Mei 2010

Sumber-sumber Rujukan Perkembangan Terkini Konvoi Freedom Flotilla

0 ulasan

Berikut adalah link sumber-sumber maklumat untuk mengikuti perkembangan dari team Konvoi Freedom Flotilla

http://vivapalestinamapim.blogspot.com/...

http://haluanpalestin.haluan.org.my/

http://www.lifeline4gaza.org/

http://www.witnessgaza.com/ (kedudukan terkini di laut)

http://www.freegaza.org/

http://warincontext.org/

livestreaming dari kapal- http://www.livestream.com/insaniyardim

IHH turki- http://www.ihh.org.tr/yildirim-zamani-gelince-yola-cikacagiz/en/

twitter- http://twitter.com/freegazaorg
- http://twitter.com/lifeline4gaza

Sumber Berita Terkini

AlJazeera- http://english.aljazeera.net/news/middleeast/default.html

CNN- http://edition.cnn.com/MIDDLEEAST/

Google- http://news.google.com/

Yahoo- http://news.yahoo.com/

*sumber berita dari Israel (untuk mengetahui penipuan mereka dan strategi ke atas team konvoi)

http://www.ynetnews.com/home/0,7340,L-3083,00.html

http://www.haaretz.com/news

http://www.jpost.com/

http://www.standwithus.com/

Ahad, 30 Mei 2010

Bangunan Masjid Al-Aqsa Yang Sebenar

0 ulasan

aqsaAl-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

aqsa 1Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute. Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.

aqsa 2Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:

aqsa 3

BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.

aqsa 4

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.

aqsa 54. Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

aqsa 6Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa


KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

Tulisan Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham, seorang penulis jemputan HALUAN Palestin yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia. Tulisan beliau boleh dicapai di blog abidfana.com. Beliau mahir dalam persoalan dan kajian mengenai Palestin dan Yahudi.


Dipetik daripada haluanpalestin.haluan.org.my

Jumaat, 25 Disember 2009

The Arrivals : Bongkar Agenda Jahat Illuminati

0 ulasan
Ini adalah siri-siri video yang mendedahkan agenda terancang Illuminati dalam usaha memusnahkan ummat Islam dan membangkitkan Dajjal.

Video yang dihasilkan oleh Abdullah Hashem (muslim Amerika Youtuber) dan yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu ini seharusnya dihargai dengan penelitian yang lebih serius oleh para pembaca. Juga terdapat ulasan ringkas daripada Ust Syaari di blognya.

Intro: Bukti Daripada Kitab Suci Al-Quran



Bhg 2: Bukti Kedatangan Dajal



Bhg 3: Kawalan Minda



Bhg 4: Kawalan Minda



Bhg 5:Seni Bina & Tenaga



Bhg 6: Pertempuran Tenaga Manusia



Bhg 7: Firaun Masa Kini



Bhg 8: Bukti Gempar Tetang Dajal




Bhg 10: Dunia Dengan Orde Baru



Bhg 11: Sihir Muzik




Bhg 12: Sinarilah Kegelapan




Masih ada video-video yang akan menyusul dan untuk mendapatkannya dengan lebih cepat, adalah digalakkan dilakukan pencarian terus di youtube. Mudah-mudahan ianya menjadi maklumat yang bermanafaat buat kita semua seterusnya mengerakkan kita kepada langkah seterusnya dan yang sepatutnya demi Islam tercinta.
FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template