.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Ahad, 16 Ogos 2009

Azrae menangis di majlis penutup FESKUM, nafi terlibat rasuah


Azarae 2Kuala Lumpur 16 Ogos 11:07p.m │ Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Madya Dato’ Dr. Azrae Hj Idris menangis semasa ucapan perasmian Resepsi Penutupan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2009, dekat sini.

Beliau yang sebelum ini didakwa dikuanrantin atas jangkitan apademik H1N1 walaubagaimanapun hadir bersama beberapa pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti berkenaan.

Azrae dalam ucapan penutupan antara lain menafikan keterlibatan beliau dalam beberapa isu yang timbul sepanjang program berlangsung termasuk dakwaan rasuah yang melibatkan tender bunga dan beberapa projek lain.

“Saya tak tahu menahu berkenaan isu tender bunga berkenaan, saya tidak terlibat dalam pemilihan tender berkenaan, malah sampai hari ini saya tak tahu pun nama syarikat bunga tersebut,”ujar beliau dalam ucapannya.

Beliau juga memuatkan beberapa perkara dalam ucapan tersebut termasuk nasihat bahaya konspirasi Yahudi dan perjuangan yang penuh liku pada zaman sekarang kepada para hadirin yang rata-ratanya ahli jawatankuasa festival berkenaan.

Ucapan penutupan tersebut diakhiri beliau dengan tangisan di hadapan khalayak selepas menerangkan beberapa isu berkenaan diri beliau kepada hadirin.

Majlis kemudian diakhiri dengan pemberian sijil kepada jawatankuasa program dan seterusnya pemberian replika cek bernilai RM1000 kepada Tabung Bersamamu Palestin Yayasan Amal.

Dalam pada itu, beberapa hari lepas seperti yang dilaporkan Malaysiakini, Pro-Canselor Universiti Malaya, Raja Nazrin Shah menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang boleh mencemarkan integriti dan reputasi universiti tersebut, perlu dinasihatkan berundur dari memegang amanah itu.

Beliau memberi titah berkenaan semasa merasmikan majlis perasmian pembukaan festival tersebut.

Raja Muda Perak itu juga menasihatkan agar pihak berkuasa universiti hendaklah melaksanakan setegas-tegasnya tindakan termasuk tindakan perundangan dengan segera.

“Pihak yang melakukan kesalahan tidak harus dilindungi. Tidak harus ada sebarang kompromi dalam mempertahankan integriti, reputasi dan nama baik universiti. Jika tolak ansur dibenarkan maka universiti secara langsung telah membenarkan mutu keilmuan dikorbankan,” titah baginda lagi.

Terdahulu, FESKUM yang diuruskan oleh pengarahnya, Ahmad Syazwan Hasan mendapat sambutan menggalakkan dari semua warga universiti berkenaan dengan beberapa perubahan telah dibuat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beberapa program mega seperti forum ekonomi dan diskusi ilmiah dilihat mendapat sambutan hangat disamping program hiburan seperti persembahan teater dan muzik budaya.-UMtoday

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template