.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 11 Ogos 2009

Ahli Parlimen Abu Halabiya beri amaran akan serangan berterusan Israel ke atas Jerusalem


Selasa, 11/08/2009 – Ahli Parlimen bernama Ahmed Abu Halabiya yang merupakan ketua Institut Antarabangsa Al-Quds, cawangan Gaza memberi amaran bahawa serangan dan keganasan berterusan Israel ke atas Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa serta tempat-tempat suci umat Islam telah benar-benar melampaui batas.

Berucap dalam satu sidang media yang diadakan di Gaza, Abu Halabiya merujuk kepada serangan Israel pada bulan lepas terutamanya 4 pencerobohan yang dilakukan oleh pendatang Israel serta pembinaan blok oleh pihak polis dan perisik Israel di dataran Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata lagi bahawa polis Israel juga telah menculik 3 warga Palestin di Jerusalem, termasuk seorang wartawan yang dikepung di dalam Masjid Al-Marwani pada bulan lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template