.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 11 Ogos 2009

Dr Mohd Anuar Sasterawan Negara ke-10


Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan atau lebih popularnya Anwar Ridhwan diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10.

Pemilihan beliau diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di pejabat di Putrajaya tengah hari ini.

Berikutan itu, beliau menerima hadiah wang tunai RM60,000.

Sebagai budayawan yang kritis dan mengolah isu kuasa dalam karyanya, Dr Anwar turut lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template