.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 19 Mac 2010

Arah Kiblat : Berdasarkan Petunjuk Alam


Arah Kiblat : Petunjuk Alam

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada artikel lalu bahawa kaedah penetuan arah kiblat terdiri daripada 3 cara iaitu Petunjuk Alam, Tradisional & Moden. Untuk kali ini, penulis akan menukilkan kaedah penentuan arah kiblat berdasarkan petunjuk alam. Setidak-tidaknya penentuan arah kiblat berdasarkan Petunjuk Alam boleh dikategorikan kepada beberapa cara iaitu berpandukan 2 jenis buruj, bintang, peristiwa Istiwa’ Utama (istiwa’ adzam), matahari terbenam dan bulan sabit. Penerangannya adalah sebagaimana berikut:

1.Buruj Orion

Buruj Orion juga turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti Pemburu, Belantik dan al-Babadur. Bagi mengenalpasti arah kiblat, ianya boleh dirujuk melalui tiga bintang berderet (yang hampir sama saiz dan tahap kecerahannya) di dalam buruj ini dan dikenali al-Nitak, al-Nilam serta Mintaka yang mana kedudukannya diunjurkan ke barat adalah mengarah ke arah kiblat bagi Negara Malaysia dan sekitarnya. Buruj ini lazimnya kelihatan di langit Malaysia selepas waktu maghrib antara bulan Disember hingga Mac. Rujuk rajah 1:



Rajah 1: Arah kiblat berdasarkan Buruj Orion

2.Bintang al-Qutubi

Bintang ini turut dikenali sebagai Bintang Kutub atau Polaris. Bintang-bintang lain akan kelihatan seolah-olah mengelilingi bintang ini dan boleh juga dianggap juga bahawa bintang ini adalah sebagai paksi kepada bintang. Bintang ini adalah menunjukkan arah sebenar utara secara tepat dari mana-mana tempat di bumi. Di Malaysia hanya ada lebih kurang 3 tempat sahaja yang boleh dijadikan lokasi untuk mencerap bintang ini. Saban hari bintang ini semakin terang berbanding dahulu. Bintang ini berada dalam Buruj al-Judah, Bajak atau Ursa Minoris. Ianya boleh didapati di langit Malaysia waktu malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang ini adalah 6dari ufuk dan boleh dikenali berdasarkan bentuk buruj seperti di dalam rajah 2.


Rajah 2: Buruj al-Judah

Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68(bagi Malaysia) ke kiri dari kedudukan bintang qutbi seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 3.

Rajah 3: Arah kiblat berasaskan Buruj al-Judah

3. Buruj Crux

Ianya juga turut dikenali sebagai Buruj Pari dan Salib Selatan. Ia dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya yang seakan-akan seekor ikan pari dan turut kelihatan seperti salib. Buruj ini berada di selatan langit Malaysia pada waktu maghrib antara bulan Mei dan Jun. Bagi menentukan arah kiblat mana-mana tempat di Malaysia berpandukan Buruj Pari, arah utara dipastikan terlebih dahulu, kemudian dibukakan sudut sebanyak 68ke kiri.


Rajah 4: Buruj Pari

4.Istiwa’ Adzam

Istiwa’ Adzam atau fenomena Peristiwa Utama juga boleh dijadikan salah satu kaedah menentukan arah kiblat iaitu suatu keadaan deklinasi (mel/declination) matahari akan berembang yang mana berada tepat di atas latitud Ka’bah(2125’15.6” U). Fenomena ini boleh dimanafaatkan untuk menentukan atau menyemak arah kiblat di seluruh bumi yang mengalami waktu siang.

Menurut kiraan peristiwa adzam’ matahari di atas Ka’bah ini akan berlaku pada setiap tahun sebanyak 2 kali iaitu pada 28 Mei purata waktu 5.16 petang dan pada 16 Julai dengan purata waktu 5.28 petang (waktu Malaysia). Sementara pada tahun-tahun lompat, hendaklah ditambah seminit pada waktu berkenaan, manakala tarikhnya pula dikurangkan sehari.


Rajah 5: Gambaran situasi ketika fenomena Istiwa’ Adzam

Langkah-langkah bagi menyemak arah kiblat berdasarkan kaedah ini adalah seperti berikut;

1. Tentukan tarikh dan waktu seperti yang dinyataka di atas.

2. Pilih suatu tempat kedudukan yang sesuai dan pastikan ianya tidak terlindung dari sinaran matahari.

3. Pacakan objek seperti kayu,besi dsb sebagai panduan kita (boleh juga diletakkan marker pen di tingkap bagi rumah flat dsb)

4. Pastikan objek atau tiang tersebut ditegakkan atas kawasan yang rata dan menegak 90.

5. Kenalpasti bayang yang terhasil daripada objek tiang tersebut tepat pada waktu yang telah dinyatakan. Itulah arah kiblat anda.

Seperti yang telah dinyatakan, ianya hanya boleh disemak untuk kawasan bumi yang mengalami waktu siang sahaja. Peta di bawah boleh dijadikan rujukan.

6.Matahari Terbenam

Secara umumnya, kaedah berdasarkan arah matahari terbenam adalah tidak tepat disebabkan sudut arah matahari terbenam di Malaysia adalah berubah-ubah. Namun demikian, ianya boleh ditentukan dengan mengetahui perbezaan jarak antara matahari terbenam dengan arah kiblat sebenar. Anggaran sudut boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah “sudut jari” seperti rajah di bawah untuk di ukur kira pada dada langit. Mengikut syarahan pensyarah, “sudut jari” ini diiktiraf National Aeronautics and Space Administration (NASA) sebagai salah satu cara mengukurnya. Begitulah hebatnya jari manusia ciptaan-Nya. Caranya adalah seperti berikut:

Rajah 6: Cara mengukur menggunakan jari

Sedikit keterangan mengenainya:

1 jari bersamaan 1

2 jari bersamaan 5

Gengaman bersamaan 8

Lima jari yang dibuka bersamaan 20

Anggaran perbezaan sudut arah matahari terbenam dan arah kiblat adalah seperti berikut:

BULAN

ANGGARAN ARAH KIBLAT DARI TEMPAT MATAHARI TERBENAM

Januari

Ke kanan 45

Februari

Ke kanan 40

Mac

Ke kanan 25

April

Ke kanan 15

Mei

Ke kanan 5

Jun

Ke kiri 1

Julai

Ke kanan 1

Ogos

Ke kanan 5

September

Ke kanan 15

Oktober

Ke kanan 30

November

Ke kanan 40

Disember

Ke kanan 45

7.Bulan Sabit

Berdasarkan bulan sabit juga, arah kiblat boleh ditentukan dengan berpandukan jadual anggaran perbezaan arah kiblat. Secara mudahnya, ianya hampir sama sahaja dengan kaedah berdasarkan matahari terbenam. Cuma ianya perlu diukur dari tengah-tengah cahaya sabit, bukannya sisi bulan. Ini disebabkan asas ukuran adalah berdasarkan pusat matahari. Jadualnya adalah sama seperti di atas.


*Telah diolah daripada Falak Syarei : Penentuan Arah Qiblat tulisan Ust Mohd Nor Husain dan tambahan syarahan kuliah beliau.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template