.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 3 Ogos 2009

Sebaik-baik Qudhwah, Seerat-erat Ukhuwah


Salam ukhwah buat semua..

Walaupun diselebungi rasa segan dek tidak ke Perhimpunan Mansuhkan ISA kerana tugasan sebagai Penyelaras 2 Displin & Keselamatan Kembara Mahasiswa/wi KIAS 2009 (KEMMAS`09), ana nukilkan juga sedikit cebisan aktiviti hujung minggu lalu.... Nak diharapkan Penyelaras 1, dia terpaksa berundur lbh awal krn komitmen lain, penggantinya pula masih acuh tak acuh. Ntah nak pergi @ tidak. Buatkan orang serba salah... Tak sanggup ana nk lepaskan tanggungjawab ini kepada muslimat (tinggal ana sorang je muslimin). Last minute baru la nampak komitmen penyelaras 1 yang baru dilantik nak turut serta.. sabar je la.. Mungkin ada hikmahnya...

Program yang bermula pada Khamis lalu dan berakhir Ahad kemudiannya ini bertempat di Kampung Kandek, Dabong (pendalaman Jeli). Berbekalkan jumlah melebihi 100 orang kami bertolak dengan 2 buah bas yang majoriti penumpangnya ialah muslimat sementara majoriti muslimin berkonvoi dengan motosikal. Majlis Perlepasan Konvoi KEMMAS`09 telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Hilalluddin (TKE HEP KIAS) kira-kira pada pukul 1 tengahari.

Ketibaan kami di sana disambut oleh penduduk kampung yang setia menanti kira-kira beberapa ketika sahaja lagi bakal menjelang waktu asar. Pembahagian anak angkat kemudiannya telah berlangsung di laman masjid seusai solat asar berjamaah. Hampir semua mempunyai keluarga angkat kecuali beberapa orang urisetia muslimin. urusetia muslimat pun nak keluarga angkat, nak cari pengalaman katanya... macam2 depa... :)
singgah Petronas utk isi minyak

Sesi pembahagian anak angkat

PASTI berhampiran masjid dan rumah kosong di tengah kampung (berhampiran musalla) menjadi bilik gerakan kami. Ana lebih tertumpu kepada rumah kosong tersebut bersama 3-4 orang sahabat urusetia sementara 4-5 orang lagi tertumpu di PASTI.

Antara aktiviti yang diaturkan sepanjang program ialah sukan rakyat, merentas desa, perlawanan persahabatan bola sepak, forum perdana, pameran AADK, rawatan percuma, gotong-royong bersihkan kubur, malam kesenian & kebudayaan Islam, kem solat, kem motivasi di sekolah berdekatan dan banyak lagi. Pengaturan kuliah subuh, maghrib dan imam qiamullail di masjid dan 2 musalla juga turut menjadi agenda.
gotong-royong di kubur

pameran AADK

Penat gotong-royong, kita makan durian pula...:)


Tarik!!!!

Team KIAS (merah putih) lwn team Kg Kandek


Forum Perdana

Bengkel Solat.... Apa yg dikatakan pd adik2 tu ye... :P

Pose sakan jgk abg2 fasi....:)

Secara keseluruhannya, dari beberapa aspek ana melihat akan kejayaan program ini. Namun masih ada beberapa sudut yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikkan. InsyaAllah mudah2an dinaungi-Nya.

Secara peribadinya, ana merasakan kepuasan untuk diri sendiri. Banyak yang dapat dipelajari. Antaranya betapa perlunya kita kreatif dalam bergaul dengan masyarakat setempat.. Sikap ana yang selesa dengan kanak-kanak membuatkan diri sedikit baik dan rapat dengan adik2 cilik.
Malah selepas bengkel solat pada hari kedua ana didatangi si cilik untuk meminta ana mengajarnya solat lagi.. Seorang lagi si cilik aktif bernama Hasrol (6 tahun) adalah yang paling rapat dengan ana.. Kadang kala sukar untuk berenggang. Pernah ketika ana perlu ke SMU(A) Nurul Ihsan di kampung tersebut sebagai fasilitator motivasi pelajar, si kecil ini merengek mahu turut serta. Terpaksalah ana berhelah agar dia tidak turut serta. Setelah hampir tiba waktu pulang pula, si kecil ini sekali lagi mahu turut serta mengikuti ana pulang... Terasa sebak seketika mengenangkannya. Biarpun hanya kerana seorang kanak2, namun bagi ana besar ertinya sebuah ukhwah yang terbina. Sedikit sebanyak babak ini mengingatkan ana kepada kisah yang dirakamkan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan dalam kuliahnya berkenaan kisah pertemuan dan perpisahannya dengan anak-anak Palestina yang begitu menyentuh perasaan.

Si cilik paling rapat dgn ana

Apapun, setinggi-tinggi penghargaan yang terhingga buat Abe Li, penghulu, dan seluruh penduduk kampung yang sudi bersusah menerima kami semua bukan sahaja para peserta, malahan kebajikan urusetia pun terjaga di sini. Sangat mengharukan. Ucapan syabas juga turut dirakamkan buat urusetia dan mereka2 yang bertungkus membantu untuk menjayakan program ini. Semoga tema "sebaik-baik Qudhwah, Seerat-erat Ukhwah" akan terus disemai walau seusai program.

Penyerahan cek sumbangan drp ADUN Dabong
dlm majlis perasmian penutup

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template