.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 5 September 2009

Kerajaan negeri Pulau Pinang perkenal anugerah hafal Al Quran


PULAU PINANG, 5 Sept: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penganugerahan kepada penghafal Al Quran seluruh Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Menurut Abdul Malik satu anugerah khas sebagai tanda menghargai sumbangan penghafaz Al Quran dan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan diwujudkan dalam tempoh terdekat tahun ini juga.

"Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri komited dan mengiktiraf para penghafaz Al Quran dalam memacu perkembangan syiar Islam di negeri ini.

"Tidak setakat ini sahaja penganugerahan yang kita berikan, malah anugerah kepada Hafiz Termuda akan diberikan kepada penghafaz Al Quran termuda dalam Pulau Pinang.

"Ini termasuk juga satu penganugerahan kepada guru mereka yang akan dianugerahkan dengan Anugerah Guru Al-Hafiz sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh guru-guru ini bagi melahirkan ramai hufaz di Pulau Pinang," kata Malik.

ImageAbdul Malik juga berkata selain daripada anugerah tersebut ijtimak hufaz akan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini mengenai keperluan melahirkan seorang hafiz dalam sebuah keluarga.

"Usaha kita ini akan menjadikan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sebagai salah satu tindakan yang membesarkan penghafaz Al Quran.

"Masyarakat dapat membuat perbezaan semasa pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dengan mereka yang pernah memimpin sebelum ini terhadap pengiktirafan terhadap para hufaz di Pulau Pinang," katanya.

sumber: http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22384&Itemid=28

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template