.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 5 September 2009

GAMIS tubuh SPIN, rancang rombak sistem pendidikan Malaysia


Kuala lumpur 6 Sept 08:13a.m│Gejala sosial dan kebobrokan perilaku generasi Malaysia sekarang dilihat mempunyai perkaitan dengan sistem pendidikan.

Selepas melakukan beberapa projek pencerahan sistem pendidikan dan intelek seperti Kongres Pendidikan Islam Nasional (Ko-Spin09) pada bulan Julai yang lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) kini meneruskan misi reformasi sistem pendidikan negara dengan mewujudkan Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN).

Muhammad Naqiuddin“Kita melihat begitu banyak kebobrokan dan masalah dalam pendidikan negara ini, sehingga tercetus begitu banyak dan besar masalah sosial dikalangan anak muda di negara ini,seperti masalah murtad,kes penzinaan,anak luar nikah,buli dan sebagainya. Setelah dikaji, dan di bincang dalam Ko-Spin ‘09 yang lepas, puncanya ialah sistem pendidikan di negara kita ini,”ujar Pengerusi SPIN, Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said.

Naqiuddin menyatakan sebelum ini bahawa anggota sekretariat tersebut telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) bagi menerangkan mengenai halatuju serta meminta pandangan juga nasihat bagi menghasilkan gerak kerja yang lebih berkesan.

“Jadi disini, kami (SPIN) memberi solusinya iaitu masalah tersebut boleh diubati dengan menjadikan Islam sebagai teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Kita ingin melihat Islam menjadi dasar dalam sistem pendidikan negara ini,”tambah beliau yakin.

Sekretariat itu juga dijangka akan berjumpa dengan para ilmuwan, ulama’ dan ahli akademik seluruh Malaysia untuk meminta nasihat dan pertimbangan serta cadangan-cadangan mereka untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Amir Hamzah Akal AliDalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPIN, Amir hamzah Akal Ali juga menyifatkan bahawa sistem pendidikan Negara telah mengalami kepincangan kerana mengamalkan sistem dualisma, iaitu ilmu akhirat hanya perlu untuk ulama’ dan ilmu dunia hanya untuk para saintis.

“Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan hanya membantu para pelajar menjadi ‘burung kakaktua’ yang cuma mampu membuang ilmu di atas kertas peperiksaan,” respon beliau lagi.

Sambil menyatakan projek tersebut merupakan “sumbangan GAMIS kepada masyarakat”, Naqiuddin juga memaklumkan pihaknya juga akan mengumpul beberapa aktivis intelektual muda bagi turut menyumbang idea kearah kejayaan projek jangka panjang berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah lagi kumpulan mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga akan mengadakan perhimpunan deklarasi mahasiswa bagi membincangkan teras-teras Negara merangkumi politik, sosial dan ekonomi Negara yang akan dilaksanakan 13 September minggu hadapan.-mahasiswakini

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template