.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Rabu, 30 September 2009

Bingkisan dari Desa


Salam lebaran buat semua....

Nukilan peribadi kali ini juga tidahlah begitu panjang. Sekadar memahat sebagai ingatan di kemudian hari.

Setelah hampir seminggu di kampus, barulh jari jemari ini terluang utk menitipkan ssuatu di blog ini. Minggu2 akhir ini perlu dimanafaatkn sebaiknya sebelum sminggu shj lg final exam menjelma.

Menyingkap kembali sisa waktu yang dihabiskan di desa, lebih seminggu rasanya bercuti. Bermula pd malam khamis lagi bertolak pulang dan kembali pd syawal ke-6. Banyak peristiwa yang tersemat sepanjang waktu itu berlalu. Mungkin tidak banyak yang sempat dinukilkan di sini. Akhir Syawal ku membuatkan aku dalam dilema.. Bukan kerana baju raya, kuih raya dsb. Tetapi krn komitmen kpd 2 institusi musalla... di kampungku & kampung opah ku.. masa waktu yang ada walaupun sebentar, amat bernilai ketika itu utk mmenuhi tututan kedua2nya. Ramai anak muda yg mampu mengimani solat, menjadi muazin dsb mnuntut jauh dari desa.. mereka pulang lewat sdikit drpku.. Mengharapkn warga dewasa, mereka akui sudah tidak segagah dahulu & mmerlukn tenaga muda. Dlm meneliti kelompangkan yg mampu ditampal ini, rupanya salah seorg saudaraku yg mnuntut di Mesir telah pulang bercuti bahkan jauh lbh awal drpku. Namun sygnya tenaganya dicurahkan ke laman orang sedang laman sndiri tdk t`urus. Sakit hati mendengarya... lebih mendukacitakan lagi, beliau adalah anak ahli jemaah di sini yg sptutunya arif dgn keutamaannya apatah lg rumahnya hanya bersebelahn dgn musalla. Malam-malam akhir Ramadhan ini begitu menguji kesabaranku... Masih banyak rasanya yg terbukam di hati yagn ingin diluahkan, namun mungkin ianya lebih sesuai disimpan shj... Mujurlah 1 Syawal agak teratur dgn khadiran sepupuku (Imran), kami berbahagi agr kedua2 tmpt ada khatibnya. Masyarakat di sini lebih senang dgn khatib dari kalangan anak2 muda, justeru menjadi kwjpn kmi mmenuhi tuntutan ini.

Lebaran kali ini masih semeriah dahulu. Cuma tidak banyak tempat yg sempat diziarahi. Hanya rumah saudara mra terdekat dan orang-orang tertentu. Namun begitu, sedikit yg menyenagkan hati adalah golongan adik2 pelapis yang beraya bersama kami sedikit sebanyak mengeratkan ukwah kami. Mudah2n sinar-sinar yg mula timbul ini akan terus meninggi di jalan-Nya.

Seperti biasa juga, saudara mara dari jauh yang pulang ke rumah opah (sblh ayah) & tok (sblh mak) pasti akan berkunjung ke rumah. Memang meriah.. Tambahan pula dgn smakin bertambahnya ahli keluarga. Ada yang bertambah anak, bahkan ada juga yg telah berkahwin. Sedikit mengejutkn juga, sepupuku (Boy) yg berusia 23thn juga pulang brsama isterinya. Ish!3 Sabor je la yob.. nasib baik BM masih belum dalam rncngnku.

Senang juga hati ini bertemu mata dgn saudara mra... sepupu-sepupuku semakin hebat mendepani cabaran masing2 baik dalam dunia pengajian, kampus, kerjaya mahupun rumah tangga. Begitu cepat segalanya berubah.

Ah! msa tdk m`izinkn bicaraku berkelana di sini.. masih ada komitmen lain yang perlu diutamakan. Salam lebaran semua & maaf zahir batin ats segala kekurangan diri ini. mudah2n kalian dipelihara-Nya.

Bergambar seusai solat sunat aidilfitri

Di rumah Hadi... :)

adik2 & sepupu2

Mak ndak sedang mengurus hidangan utk hmpir 80 orang sdra mra,mkn bosar kt rmh...

kerenah si kecil yg jarang bertemu

pose di samping lomang...:)

majlis ulang tahun kelahiran sepupuku di rumah opah

Jamuan Aidilfitri YDP Lenggong

Sesi bergambar di pagi Syawal

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Fatin ke-7
Seusai Solat Sunat Aidilfitri
Jamuan Aidilfitri YDP Lenggong

Bakar ayam pulak...

Menziarahi pusara atuk di Kedah

Rebus lemang..........

Kenangan sekeluarga Aidilfiri 1429H

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template