.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 5 September 2009

Jejakku Semalam....


Salam Ramadhan buat para pembaca..

Jemariku malam ini tidak berhasrat untuk mengarap begitu panjang catatan peribadi kali ini. Sekadar memastikan terakamnya memori perjalanan hidup di laman ini.


Ziarah Ust Zulqarnain

Kira-kira pada pukul 3:15 petang khamis lalu, seusai kelas Pengajian Malaysia lantas langkah kaki ini kuarahkan ke bilik Ust Zulqarnain untuk menyatakan kepadanya tentang pertembungan Majlis Pelancaran Kelab Jabatan Syariah dengan ceramah Pengajian Malaysia oleh Dr.Fadzli (EXCO Kerajaan Negeri kelantan) pada 14 September ini... Ternyata bayangnya tidak kelihatan di bilik. Nasib baik Cikgu Mohd Nor ada... Katanya Ust Zulqarnain ke hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan. Kami cuba menghubungi Ust Zul, berita yang diterima agak mendukacitakan bilamana mengetahui bahawa Ust Zul ditahan di wad untuk rawatan susulan.
Cikgu Mohd Nor terus sahaja ke sana... Niatku untuk ke sana dengan kadar segera terpaksa dimatikan, masih ada urusan rasmi yang belum diselesaikan di hari terakhir minggu itu.

Berita ini segera kukhabarkan kepada Presiden PMKIAS (Syed Riduan) yang sedang berkira-kira untuk mengadakan pertemuan dengan ku dan Syazwan (antara sahabatku yang rapat dengan Ust Zul). Persetujuan akhirnya disepakati dengan Pres (panggilan lazim kepada Presiden PMKIAS) untuk kami bersama-sama menziarahi Ust Zul seusai solat asar nanti.
Sejurus selesai solat asar, Ust Hamidi (Ketua Jabatan Al-Syariah) memanggilku ke biliknya. Lantas kumaklumkan hal ini kepada Pres agar tidak ada yang tertunggu nanti. Rupanya Ust Hamidi mahukan penjelesan daripada ku berkenaan pertembungan program akan datang dan kondisi Ust Zul. Akhirnya kutugaskan untuk berunding dengan Dr.Yaacob esok berkenaan pertembungan program tersebut. Kira-kira waktu kian menghampiri jam 6 petang barulah kami bertiga (penulis, Pres & Asrul, EXCO Ekonomi & Kepenggunaan PMKIAS) bertolak dengan 2 buah motosikal (kereta Pres rosak) ke hospital tempat di mana Ust Zul ditempatkan.

Keadaannya sedikit uzur dengan masalah kesihatan yang menimpanya. Namun wajah dan bicaranya tetap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Madahnya ringkas sahaja bila diutarakan tentang kesihatannya. Jawapannya : "Ana sihat je.. cma ni sahaja (smbil tangannya mengisyaratkan ke bahagian tubuhnya yg sakit). Selesai yang ni.. beres la ana...". Itulah Ust Zul yang kukenali sejak dahulu hingga kini.. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Perbualan kami terpaksa ditangguhkan setelah waktu hanya tinggal kurang 10minit lagi menghampiri pukul 7 malam. Ternyata kehendak-Nya pada hari itu menentukan kami untuk berbuka di cafe hospital dek hujan lebat petang itu.


Ziarah Al-Khairol Mokhtar

Pagi keesokkannya, kami berempat (3 orang yang sama seperti semalam, cuma tambah Akhi Ahmad Shafei, EXCO Program & Hubungan Luar PMKIAS) juga bermotosikal ke hospital Kubang Kerian setelah selesai menghadiri kuliah mingguan Tok Guru. Kami ke sana untuk menziarahi Akhi Khairol Mokhtar, mantan S/U Agong PMKIAS 07/08. Keadaannya kelihatan baik sahaja... InsyaAllah petang itu juga berkemungkinan besar akan dibenarkan keluar. Kira-kira sejam lagi menjelang zohor, kami bertolak menuju ke Pasir Puteh pula... Destinasinya, rumah akhi Muhsin (Bendahari Agung PMKIAS).


Seksakah di Dunia?

Perjalanan ke Pasir Puteh ternyata begitu mencabar... Kami terpaksa meredah sinaran terik mentari, ditambah pula dengan ragam motosikal yang menyebabkan ianya tidak mampu sepantas yang sepatutnya. Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 35 -45 minit itu akhirnya memakan msa melebihi sejam dek ujian itu.
Semasa terasa kesulitan ini. kotak fikiran bagaikan diterjah memikirkan bagaimana saatnya kita di padang mahsyar nanti?
Sekarang ini, teriknya mentari yang kurasakan azabnya telah beberapa kali ditapis dan terbias sebelum cahanya menerangi bumi, sedangkan di akhirat kelak ianya cuma sejengkal di atas kepala....
Di sini juga kumasih punyai rakan2 peneman perjalanan, sedangkan di sana kelak tiada siapa yang mengenaliku.
Di sini juga ku masih punyai petunjuk papan tanda untuk ke destinasi, di padang mahsyar kelak?
Di sini juga ku masih mampu gagahi diri dengan berbekalkan tenaga sahur tadi, sedangkan di akhirat kelak?
Seksanya di dunia ini, ternyata lebih jauh hebatnya di akhirat kelak...
Seram sejuk memikirkannya sehingga menggangu tumpuan solat Jumaatku...
Ya Allah! Peliharalah hamba-Mu ini daripada azab-Mu yang pasti berlaku...

Semasa melalui kampung Tasek Pauh yang indahnya dengan hamparan luas padi, kami telah diteduhkan kepulan awan.
Ianya seolah-olah mengekori... Memang kelihatan seperti bergerak kerana sepangjang masa hanya beberapa meter sahaja ketika itu dihadapan kami tidak berteduhkan awan...
Apa pun bagiku mengkin ianya suatu kebetulan...
Namun begitu, cukup bermakna bagiku untuk ku cuba membayangkan (walaupun mustahil utk dijangkau akal) betapa nikmatnya jika tergolong dalam 7 golongan yang akan dinaungi-Nya di akhirat kelak.


Ziarah Akhi Muhsin

Kami akhirnya tiba jua di destinasi setelah penat mengharungi terik mentari...
Keadaannya adalah paling teruk daripada insan-insan yang kuziarahi sebelum ini.
Hanya mampu terbaring... Bangunnya memerlukan bantuan...
Sakitnya masih lagi sedang menunggu keputusan daripada doktor...
Petang itu barangkali akan dimasukkan ke hospital semula setelah berjaya mendapat kebenaran keluar untuk berubat tradisional.
Bicara dengannya cukup rancak disebabkan sikap peramahnya...
Banyak juga yang dibualkan...

...............................................................................................................................................


Ai...jam dah pukul 2 pagi, penatnya jasad ini memerlukan rehat untuk persiapan hari esok. Nukilan ana terpaksa dilabuhkan di sini. Apa pun, doaku moga kalian semua tabah & cepat sembuh... Amin...

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template