.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 9 Mei 2009

Mukhayyam Lughawi `09


Salam buat para pembaca…. Tiadalah apa yang hendak dinukilkan melainkan sekadar luahan rasa inti pati daripada Kem Mukhayyam Lughawi `09 yang telah diadakan pada 6 & 7 Mei 2009. Untuk sekian kalinya dalam program ini tanpa penglibatan sahabatku Syazwan terasa benar akan ketiadaannya. Namun kewujudan ahli-ahli usrah PBL sedikit sebanyak mengubati kesepian yang terasa. Ana menginap dalam bilik yang sama bersama mereka. Bukannlah kerana semangat assobiah, tetapi keselesaan dan kebiasaan bersama mereka membuatkan ana lebih mengutamakan untuk menginap bersama mereka.

Apa pun wujud rasa terkilan bila mana masih lagi mereka tidak meninggalkan sikap yang tidak elok seperti memakai seluar pendek dan lewat menunaikan solat. Terfikir ana sejenak, apakah masih tidak cukup sinar iman dan keikhlasan untuk menyedarkan mereka akan hal ini? Seolah-olah kehadiran diri tiada maknanya. Ada tidak mengapa, tiada pun tidak mengapa. Lebih mendukacitakan hati ini bilamana ada beberapa ketika pihak pengajur mengabaikan perbatasan pergaulan yang telah dicanagkan selama ini sekaligus mengikis Biah Solehah yang diperjuangkan selama ini. Sungguh menyedihkan. Entah di mana silapnya… Mungkin silap diriku sendiri… Mungkin masih terlalu tebal selimut dosaku hinggakan dakwahku tidak mampu menembusinya… Ya Allah! Ampunilah dosa hambamu ini dan bantulah hambamu ini dalam membantu agama-Mu.

Sedikit yang menghiburkan hati ana bilamana berpuluang untuk mempraktikalkan BA dan BI yang setelah sekian lama dipelajari apabila berpeluang berkenalan dengan seorang pelajar antarabangsa iaitu Hassan yang berasal daripada China. Ana manafaatkan sebaik mungkin peluang yang terhampar ini. Pelbagai topic yang dibincangkan bermula daripada hal keluarga, pendidikan sehinggalah ke bidang politik China dan seumpanya. Hati ana terasa berpuas hati… :)

Program yang bermula dengan bertolak daripada KIAS pada pukul 9 pagi rabu itu akhirnya mengembalikan ana kepada KIAS kira-kira pada pukul 2.30 petang Khamis lalu dengan pelbagai ilmu dan pengalaman dalam sisipan perjalanan ini beserta penat yang tiada terkira dan kaki yang sakit gara-gara 2 perlawanan bola sepak pantai yang disertai setelah berbulan-bulan tidak beriadah.

1 ulasan:

Muhammad Syazwan Bin Mohd Safain on 10 Mei 2009 10:01 PG berkata...

hahaha...supe je ana ke x de loqmn!! x de pe yg istimewa pun..




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template