.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Rabu, 18 November 2009

Hutang Paling Besar Dalam Sejarah


WASHINGTON, 19 November – Hutang negara Amerika Syarikat telah mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah dunia, USD12.031 trilion, naik dari jumlah sebelumnya sebesar USD11.999 trilion.

Data dari Jabatan Kewangan menunjukkan peningkatan hutang itu terjadi kurang daripada lapan bulan setelah mencapai angka USD11 trilion untuk pertama kalinya. Bulan September 2008, hutang nasional mencapai angka USD10 trilion dan jika dibahagi rata ke dalam jumlah penduduk, maka jumlahnya akan menjadi USD38.974 untuk setiap orang di Amerika.

Sisi terakhir dalam perjalanan meningkatnya hutang nasional mencerminkan besarnya defisit anggaran yang ditimbulkan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi.

Kongres mungkin akan menaikkan had peningkatan hutang untuk mencegah terhentinya operasi kerajaan ketika jumlah hutang mendekati had konstitusional USD12.104 trilion.

Dalam pada itu, pemimpin Senat Republikan, Mitch McConnell, mengeluarkan kenyataan bahawa angka itu mewakili berita yang tidak menyenangkan bagi kerajaan AS, selain menambah rancangan ransangan yang diterapkan beberapa waktu sebelumnya juga gagal mencegah angka pengangguran di tahap10%.

“Ini seharusnya menjadi peringatan bahawa kerajaan tidak boleh terus menghabiskan wang yang dimilikinya,” ujar McConnell seperti yang laporkan oleh AFP.

“Ribuan dolar yang banyak dihabiskan, terlalu banyak dipinjamkan dan terlalu banyak diberi pajak adalah satu pendekatan yang salah untuk mencipta lapangan kerja. Justeru, harapan saya agar pemerintah bekerjasama dengan kelompok bipartisan (bukan kerajaan) dalam usaha mengurangkan hutang, menurunkan bayaran rawatan kesihatan dan membantu mencipta lapangan kerja."

Joyce Harris, juru bicara Biro Hutang Awam (BPD) mengatakan bahawa agensinya menerima USD3.06 juta lebih dalam tahun fiskal 2009 untuk membantu menjelaskan hutang nasional. Tahun lalu sahaja, Jabatan Kewangan AS menerima lebih daripada USD3 juta dalam bentuk dana monetari (berkenaan kewangan) untuk melangsaikan hutang nasionalnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Harris mengatakan bahawa sumbangan itu bukan sesuatu yang baru kerana sejak tahun 1961, sumbangan pengurangan hutang telah dilakukan ke BPD di Jabatan Kewangan AS dan sumbangan tersebut dikirim melalui pejabat pos di Parkersburg.

Menurut laporan, BPD bersedia menerima sumbangan yang diberikan kepada pemerintah AS dengan syarat sumbangan itu digunakan untuk mengurangkan hutang awam. Harta milik peribadi juga boleh disumbangkan dengan syarat ia telah dijual dan hasil penjualannya digunakan untuk mengurangkan hutang awam.

Tiga juta dolar adalah jumlah yang besar untuk sebuah tanggungan tapi bukan yang paling besar menurut Harris. Dalam tahun 1992, BPD menerima sumbangan daripada satu pihak sebesar USD3.5 juta.

“Ramai yang memberikan bantuan untuk mengurangkan hutang negara dengan bermacam-macam alasan. Mereka juga mungkin rakyat asing yang memberikan bantuan pada negara yang dirasakan telah banyak membantu mereka,” ujarnya.

Harris juga mengatakan bahawa mereka memerlukan sumbangan berjumlah jutaan dolar agar ia setara dengan jumlah hutang yang mencapai satu trilion tersebut.

sumber: http://malaysiaharmoni.com/index.php/antarabangsa/united-states-of-america/161-hutang-paling-besar-dalam-sejarah

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template