.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 25 Mac 2010

Zuhal, Gelang dan Pembaris Plastik


Dipetik daripada Falak Online









(Image credit: NASA Cassini-Huygens)

Zuhal merentasi posisi Istiqbalnya ahad lepas. Saya pun tak pasti bagaimana boleh terlepas pandang tarikh tersebut. Besar kemungkinan saya sedang bertungkus lumus mencari kaedah terbaik untuk astrofotgrafi di Punggai, Johor pada hujung minggu tersebut.

Walaupun begitu, peredaran planet-planet merentasi orbitnya tetap berlaku dan tidak akan menuggu sesiapa. Namun, ada juga yang tertanya-tanya. Jika terlepas untuk melihat Zuhal pada tarikh keramat 22 Mac lepas, rugi lah!

Jawapannya amat mudah. Jika anda lihat Zuhal menerusi teleskop pada tarikh tersebut, dan melihatnya kembali beberapa minggu akan datang, perbezaannya amat kecil untuk dilihat dengan mata. Oleh itu, tidak perlulah risau perkara yang kecil begini.

Zuhal jika menerusi teleskop akan kelihatan seperti sebuah planet yang mempunyai satu garisan merentasi di tengah-tengahnya. Sudut pandangan kita di Bumi ke arah Zuhal ketika ini amat hampir dengan satah orbit gelangnya. Maka, kita akan melihat sistem gelangnya dari tepi.

Sistem gelang utama Zuhal ini mempunyai kelebaran sekitar 75,000 kilometer. Namun ketebalannya hanya 10 meter sahaja! Meter!!! Bukannya Kilometer!!

Bagaimana kita hendak bayangkan kepelikannya? Cuba kita buat analogi sikit.

75,000 km = 75,000,000 meter = Lebar

10 meter = Tebal.

Kita kecilkan ratio saiznya.

Katakan kita kecilkan ketebalan gelang yang 10 meter itu menjadi 1 cm, iaitu lebih kurang tebal sebatang pembaris pendek plastik anak saya. Selalunya standard panjang pembaris pendek ini ialah 15 cm. Maka, lebarnya akan dikecilkan menjadi 7,500,000 cm

Oleh itu, jika dibuat kira-kira, tebal gelang Zuhal ialah setebal pembaris. Tapi, lebarnya ialah seperti menyambung 500,000 pembaris pendek dari hujung ke hujung!!! Mana ada kedai yang jual 500,000 pembaris pendek!!

Tak dapat nak bayangkan sepanjang mana 500,000 pembaris tu?

Panjang 500,000 pembaris itu ialah 7,500,000 cm = 75 km

Jarak KL ke Seremban = 64 km SAHAJA!!

Maknanya, jika tebal gelang Zuhal 1 cm (setebal pembaris plastik),

lebarnya lebih jauh dari jarak KL-Seremban!!!!



Subhanallah! Hebatnya ciptaan Allah SWT

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template