.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 30 April 2009

Menitisnya Air Mata..

1 ulasan


Hari ini, terlakar dalam hamparan ana setelah sekian lama, akhirnya buat pertama kalinya air mata ana menitis semenjak menjengah ke bumi KIAS ini… mesyuarat yang bermula pada kiara-kira 11.30 pagi yang telah lewat setengah jam daripada yang dijadualkan menitipkan satu lagi titik sejarah hidup ana. Setelah hampir tamat bermesyuarat dan kira-kira telah pun berada pada agenda terakhir iaitu lain-lain hal dalam waktu yang menghampiri zohor, lantas ana mohon agar diberikan peluang untuk bercakap. Ruang yang diberikan ana aturkan sebaik mungkin bait bicara agar lunak didengar walaupun tidak sesempurna dirancang. Namun akhirnya berjaya juga diterangkan akan niat ana untuk meletakkan jawatan dengan sebab-sebab yang dinyatakan. beberapa ketika kemudian salah seorang ahli mesyuarata akhirnya mencelah dengan melabelkan ana dengan istilah yang kurang enak didengar. Ana pun tidak sempat menangkap perkataan tersebut walaupun berulang kali disebut oleh pengerusi mesyuarat ketika mana seolah-olah menbela ana… namun bagi ahli mesyuarat tersebut menganggap ana melakukan kesilapan besar bilamana begitu lantang mengkritik mereka namun ana sendiri hendak meletak jawatan (barangkali dia tidak tahu betapa lamanya rancangan untuk meletak jawatan ini diaturkan)
Namun tuduhan itu ternyata amat berat dirasakan dan terkesan kepada ana sebagai orang yang sangat gemar berpersatuan dan inilah kali pertamanya selama nadi ini berdenyut ana berkeputusan untuk meletakkan jawatan. Terkesan daripada tuduhan itu, air mata ini ternyata tidak mampu disimpan di kolam mata yang berkaca lagi. Akhirnya suasana menjadi tegang dengan pidato lantang pengerusi mesyuarat yang menyalahkan majority ahli mesyuarat muslimin.


Mesyuarat tersebut akhirnya ditangguhkan dengan suasana tegang dengan penuh emosi sekali. Biarlah orang menganggap bukan2 kepada ana kerana menitiskan air mata ini. Sesungguhnya ia menitis lahir daripada hati ini, langsung tiada terancang. Malahan bagi ana sendiri ia adalah memalukan kerana menitiskan air mata dalam mesyuarat yang dalamnya ada golongan muslimat. Ana sudah tidak peduli,biarlah hilang macho ke,orang tak berkenan, yang penting apa yang sekian lama terpendam di lubuk hati ini terluah. Maafkan ana wahai sahabat2 seprjuangan andainya ana menyemarakkan api permusuhan sesame kalian. Ketahuilah bahawa hati ini begitu sayangkan jemaah, tetapi bukan ini jemaah yang didambakan. Mudah-mudahan kita semua diredhai-Nya.
(maaf, oraganisasi mahupun individu apatah lagi isi mesyuarat tidak boleh diperincikan atas sebab-sebab tertentu)

Aku Bermesyuarat Bersama Tokoh Agama

0 ulasan
Salam ukwah sebagai pembuka bicara kepada para pembaca yang setia dengan nukilanku. Secebis pengalaman yang telah beberapa hari berlalu ingin ku kongsikan bersama. Pada sabtu lalu satu panggilan daripada pensyarahku, Ustazah Nurul Akma telah kuterima. Beliau menawarkanku jawatan Setiausaha Kerja 2 untuk Program Seminar Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan (SMS`09) anjuran Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dijadualkan akan diadakan pada 13 Julai 2009 di hotel Grand Riverview di Kota Bharu. Setelah kunyatakan persetujuanku untuk menerima jawatan tersebut, surat perlantikan secara rasmi kemudiannya menyusul dan diikuti bersama panggilan mesyuarat untuk kali pertama.

Diriku ini adalah merupakan salah seorang daripada 3 orang mahasiswa yang terlibat sebagai ahli mesyuarat sedangkan lain-lain ahli mesyuarat adalah Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah Jabatan al-Syariah. Terasa benar kekerdilan diri ini bilamana berada semeja dengan tokoh-tokoh agama mahupun akademik seperti Dr.Abdul Basit jua merupakan Mursyid Pondok Sungai Durian yang bukan sahaja masyhur di pelusuk negeri Kelantan, bahkan juga Malaysia terutamanya bagi mereka yang mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 mahupun kuliah-kuliah pengajiannya di merata tempat. Tidak kurang juga pensyarah lain seperti Ustaz Lokmal yang merupakan senior sekolah menengahku, beliau kini juga seorang peguam dan sedang menimba ilmu dalam bidang kehakiman.. ada rancangan nak jadi hakim kot. Selain itu juga Ustaz Zulkarnain yang merupakan lepasan master dalam bidang siasah dan bergiat hebat dalam siasah juga turut kukagumi. Ustazah Nurul Akma yang juga lepasan master dalam bidang siasah daripada Jordan juga amat kukagumi serta beberapa orang pensyarah lain-lain yang tidak sempat kunukilkan.

Apa yang menarik perhatianku di dalam mesyurat ini adalah bagaimana situasi perjalanan mesyuarat. Tidak ada langsung rasa tekanan mahupun yang seumpamanya. Mesyuarat berjalan dengan mengikut tertib perbincangan dalam suasana yang begitu ceria sekali. Begitu jauh dariapda apa yang kugambarkan sebelum ini..
Terasa diri begitu selesa bersama-sama mereka, gurauan mereka pula begitu tinggi bahasanya dan berilmiah.
Apa pun suatu perkara yang sememangnya digemarkanku adalah pengekalan perwatakan mereka dalam mesyuarat yang mewarnai mesyuarat tersebut.

Kutermenung sejenak membuka lipatan masa yang berlalu, mesyuarat-mesyuarat yang pernah kulalui sebelum ternyata tidak seindah ini. Kadang kala wujud pendekatan kuku besi, monopoli golongan tertentu dalam menghasilkan keputusan mesyuarat, emosional, kelewatan masa yang ketara, kehadiran yang mengecewakan dan banyak lagi. Mudah-mudah kuberoleh manafaat daripada pelunag yang diberikannya ini.

Sabtu, 25 April 2009

Kerenah Akhir Zaman...

0 ulasan
Dalam kesempatan masa yang ringkas ini..

(saatku menulis ini, sebenarnya hanya sementara menantikan sedikit urusanku selesai di CC ini)

Baru shj beberapa hari lalu ketika makan malam di kedai makan berhampiran kampus, berita tentang status agama anak yang orang tuanya bertukar agama, hak penjagaan anak yang tidak dibenarkan dibicarakan di mahkamah syariah serta beberapa perkara lagi membuatkanku termenung sejenak... Terfikir seketika, siapakah yang berperanan menentukan semua ini sebenarnya. Sepengetahuanku di Malaysia ini punyai Majlis Fatwa yang sememangnya lebih layak membincangkannya dan bukannya menteri-menteri kabinet berfahaman sekular malahan yang tiada latar belakang pendidikan agama.

Menteri Besar negeriku pula hari ini menunaikan satu lagi janji perubahan ke arah menghancurkan generasi kini apabila membenarkan Jom Heboh yang nyata jelas haram hukumnya..

Inilah bahananya bilamana pemimpin yang diangkat drp kalangan orang yang zalim.

Mudah2n PRU-13 akan dibukakan-Nya hati-hati orang Islam di Malaysia khususnya untuk memilih Islam bukan hanya sekadar ibadah, tetapi untuk seluruh hidupnya.

Wallahu a`lam...

Isnin, 20 April 2009

Ulama Yang Menjaga Masa -Ibnu Nafis

0 ulasan

Ibnu Nafis adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya mengadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab. Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti
masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.
-tamanulama.blogspot.com

RINDUKU YANG TERUBAT...

0 ulasan



Salam setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada-Nya atas segala kurniaan-Nya. 20 April 2009 menjadi satu lagi tarikh yang bermakna buatku bila mana hari tersebut menjadi pengubat kerinduan di hati ini. Perpisahan yang hampir 2 tahun dan kemudiannya dengan pertemuan kali terakhir kira-kira setahun lalu yang pastinya mengariskan rindu yang amat dalam yang akhirnya terubat tatkala sebuah pertemuan terakam pada tarikh ini. Pertemuan ini telah lama kuikhtiarkan, namun Dia ternyata berkehendakkan hari dan saat yang lain untuk pertemuan ini.

Nekadku untuk memastikan agar pertemuan ini menjadi suatu kenyataan apabilaku nyatakan hasrat ini kepada sahabatku, Syazwan. Rasa bersalah sering memburuku tatkala mengenangkannya. Rentetan daripada program untuk pelajar sekolah lama sahabatku (Muhsin) pada 2 minggu lalu dan pemerhatianku dalam Kem Tarbiah Kepimpinan pada minggu lalu serta keuzuran guruku (Cikgu Sabariah) yang menderita penyakit kanser akhirnya mendorongku membulatkan nekad membuat keputusan untuk melangkah kembali ke alam persekolahan yang amat kurindui itu. Berbekalkan asbab untuk menziarahi guru dan mengambil sijil SPM kuaturkan segala rancangan di sebalik asbab yang lebih utamanya iaitu untuk memperkemaskan hubungan alumni dengan pihak sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan program-program sekolah dengan kerjasama alumni.

Setelah selesai segala urusan bagi mendapatkan pelepasan kelas pada hari itu, kira-kira pukul 9 pagi kubertolak menuju ke destinasi dengan kereta yang dipinjam daripada sahabatku (Shahrizal –terima kasih banyak2 wahai sahabatku, hanya Allah yang mampu membalas jasamu) bersama seorang pemandu yang juga sahabat seangkatan denganku, Syawan. Antara perkara yang bolehku kongsikan sepanjang perjalananku adalah saat mana buku sahabatku tercicir dijalanan gara-gara tertinggal di atas bumbung kereta. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang memberitahu setelah kami memberhentikan kenderaan untuk singgah bersarapan di kedai makan yang menurut sahabat ana memang masyhur dengan kelazatannya. Namun telah ditetapka-Nya buku itu menjadi milik orang lain. Sabarlah sahabatku, ujian-Nya itu adalah kerana kasih-Nya kepadamu.


Setelah selesai sampai di Tanah Merah, pasar besar di bandar tersebut menjadi destinasi utamaku untuk mencari sedikit buah tangan buat guruku. Setelah selesai, SMU (A) Al-Ihsan yang sarat dengan kenangan yang amat bermakna menjadi destinasi pilihanku. Destinasi inilah yang amat kurindui yang telah kuabadikan dalam lipatan memori ini. Perasaan gemuruh menguasaiku tatkala kereta yang kunaiki meluncur masuk ke kawasan laman sekolah. Lama juga masa yang diambilku untuk berada di dalam kereta sebelum keluar daripada kereta. Ketibaanku di tingkat atas sekolah disambut oleh Ust Mohd Peada yang sememangnya peramah. Macam-macam ditanya, layan je.. Cuma selepas tu tanpa diduga seorang muslimat yang barangkali tingkatan 4 @ 5 menegurku. Macam tak percaya je.. tak pernah pula bertegur sebelum ni.. apapun jangan salah faham. Dia Cuma anggap ana sebagai seniornya dan bertanyakan tempat pengajianku kini… jawab je la terus kepada point, tak perlu atur-atur ayat yang tidak berkaitan. Dalam kelam kabut tu sempat juga kulemparkan senyuman kepada Ust Wan Kasmani yang umpama ibuku sendiri. Baik benor dia denganku.. dia ada bagi isyarat supaya bertemunya nanti, malangnya dia gagal kutemui selepas urusanku selesai. Mungkin ada hikmahnya. Setelah selesai mendapatkan sijil SPM daripada Cikgu Wardati Najihah yang merupakan guru kelasku dahulu dan juga merangkap anak kepada Imam 1 Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah buat masa sekarang, ku hubungi Ust Syaharuddin yang kini menjadi pengetua di sekolah tersebut untuk bertemunya. Memandangkan dia ada tetamu dan tidak mahu ku biarkan masaku disia-siakan, kedai Kak Na menjadi destinasi pilihanku untuk membasahkan tekakku yang kehausan bersama sahabatku. Namun demikian, kedai Kak Mah juga yang ditetapkan-Nya untuk kami kerana kedai Kak Na tutup. Barangkali kerana-Nya berkehendakkanku memperkenalkan minuman baru bagi sahabatku. Kalau nak tahu, kena Tanya Syazwan la… (~_~)

Setelah bertemu dengan beberapa orang guru seperti Ust Darul Hisyam, Ust Bakri, Ustzh Hafizah, Cikgu Abidah, Cikgu Mastura dan Teacher Farah, barulah berpeluang bertemu dengan pengetua yang sememangnya diakui sibuk sedikit. Antara yang menjadi perbincangan utamaku adalah berkenaan program-program untuk pelajar di sekolah berkenaan. Akhirnya kata sepakat dicapai untuk diadakan aktiviti pada setiap minggu selama 4 minggu bermula pertengahan Jun nanti. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan sebagai suatu aktiviti yang mencapai objektifnya. Amin… Tanpa diduga, Cikgu Mastura bertanyakan jemaah KIAS dan kerjasama dengan MSK. Orang jemaah juga rupanya.. akhirnya semuanya dirungkaikan. Semasa mengatur langkah ke kereta, kuterjumpa pula Ustzh Saniah yang merupakan PK HEM, beliau ternyata begitu risau akan anak perempuannya yang menuntut di KIAS juga. Barulah teringatku kepada sahabatku, ntah berapa lama tidak bertanyakan khabar. Ku anggarkan dalam 2 bulan juga.


Setelah selesai segala urusan dengan sedikit rasa bersalah kerana tidak dapat bertemu dengan Ust Wan Kasmani yang baik sangat denganku, kereta yang kami naiki meluncur ke rumah sahabatku di Batu 6 dengan tujuan untuk mengambil sedikit barang yang dikirimkan guruku sejak awal tahun lagi.

Setelah selesai, destinasi terakhirku iaitu rumah Cikgu Sabariah yang menderita sakit barah kujejaki dalam pukul 2 lebih.Macam-macam yang dinualkan bersama suaminya. Bermula dengan kisah-kisah sahabat2ku, senior2ku dan hinggalah kepada Najib Altantuya… Keadaannya memang tidak segagah dahulu.. sebak sangat hati ini bila mengenangkan keadaannya. Kudoakan moga cikgu cepat sembuh dan ujian-Nya ini adalah untuk kebaikanmu jua. Ya Allah! Mudah-mudahan Jannah-Mu menjadi pilihan-Mu buatnya kelak.

Setelah itu, sekolah lama sahabatku (Al-Manna) di Kok Lanas sempat disinggahi dalam perjalanan pulangku. Sedarlahku akan kewujudan sebuah sekolah tahfiz akademik di pendalaman Kok Lanas. SMS-SMS dan pangilan telefon daripada Shah, Wan, Rohimi dan Fikri akhirnya mempercepatkan kepulanganku ke KIAS. Sahabat2ku sebentar tadi nak pakai kereta pula la.. nak beriadah pula petang2 ni..


Secara kesimpulannya terubatlah sudah rinduku padamu SMU (A) Al-Ihsan.... =) Hatiku juga merasakan sangat senang melihat kepada perkembangan aktiviti dakwah di sekolah yang kusayangi ini. Telah padat aktiviti yang diaturkan rupanya.. InsyaAllah pada Khamis ni ada iftor jama`I, setakat ini kumerancang untuk menyertainya. Cuba sedikit kebimbangan kusuarakan kepada sahabatku mengenai akhlak-akhlak segelintir sahabatku yang ingin ku ajak untuk menyertai program sekolahku. Bagiku, Qudwah Hasanah itu amat penting. Tidak mungkin kupersia-siakan generasi adik-adikku di SMAI ini. Akanku usahakan sebaik mungkin buat kalian. Tentang sahabat-sahabatku itu, mungin sedikit masa diperlukan lagi sebelum menerjunkan mereka bersama ke aktiviti-aktiviti sekolahku. Maafkanku wahai sahabatku, jauh di sudut hatiku inginkan kalian bersamaku memperkasakan sekolah kesayanganku ini. Barangkali akan tiba saatnya kelak apabila sesuai.

Ya Allah!

Kau Tetapkanlah Hati hamba-Mu ini dijalan-Mu ini,

Kau Permudahkanlah segala usaha ke arah kebenaran-Mu,

Kau Bimbinglah hamba-Mu ini di jalan-Mu,

Kau bukakanlah pintu hamba-hamba-Mu untuk menerima hidayah-Mu,

Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa pendidik-pendidiku, dosa sahabat-sahabatku dan seluruh orang-orang yang beriman.. Amin Ya Rabbal Alamin….

Sabtu, 18 April 2009

Lelaki Acuan Al-Quran

0 ulasan


Lelaki Acuan Al-Quran


Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Yang Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai
Dan DijagaMeneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian


Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah TerpesonaDengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Pemimpinkah ini?

1 ulasan


Saat artikel ini sedang dinukilkan, masih terasa benar lagi kepenatan tubuh ini yang baru sahaja menamatkan Program Pemantapan Tarbiah selama yang bermula sejak petang khamis lalu. Program anjuran bersama Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Lajnah Rehlah & Mukhayam Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (RHM PMKIAS) yang penuh dengan kontroversi ini ternyata turut memberikan sesuatu perkara yang bermakna. Pembentangan kertas kerja sebanyak 6 yang membarisi para pembentang yang hebat-hebat, antaranya Ust Nik Mohd Abduh yang merupakan anak kepada MB Kelantan, Mudir Maahad Muhammadi Lelaki dan ramai lagi beserta topic-topik yang tidak kurang hebatnya. Secara kesimpulannya program ini barangkali sesuai dengan uslub bagi menarik minat golongan yang baru berjinak-jinak untuk berprogram.

Sedikit perkara yang mengejutanku, para peserta telah cukup lantang dan berani mengkritik PMKIAS berkenaan program tersebut dan lebih menarik lagi mengkritik dasar gerak kerja jemaah PMKIAS sebagai respon kepada Timbalan Presiden PMKIAS yang gatal sangat mempersoalkan berkenaan jemaah dalam sesi pembentangan pada malam terakhir. Kesempatan ini juga turut dimanafaatkanku yang sememangnya telah muak dengan cara gerak kerja PMKIAS, terutamanya Ahli Majlis Syura. Antara yang dipersoalkanku adalah berkenaan hak-hak ahli PMKIAS (yang tersirat sebenarnya inginku zahirkan bahawasanya perlembagaan PMKIAS perlu diberi kepada ahli-ahlinya, walhal Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persatuan Mahasiswa Kolej islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (AMMK PMKIAS) yang mana boleh membincangkan pemindaan perlembagaan pun masih tidak diberikan perlembagaan walaupun telah puas diminta sehinggakanku telah berputus asa untuk menghadap mereka lagi. Namun kecewanya soalan ini pun Timbalan Presiden tidak jawab, apatah lagi soalan-soalan lain. Timbalan Presiden hanya melalut dengan modal-modal lama tatkala saat diserang dengan persoalan. Hanya tahu menyatakan bahawa PMKIAS milik semua, mereka juga manusia biasa dan lebih mengecewakan lagi segala persoalan yang dikemukakan dipersalahkan pula kepada para peserta seolah-olah mereka tidak bersalah. Sungguh tidak mencerminkan kepimpinan yang berwibawa. Lebih teruk lagi tatkala menjawab isu Ahli Majlis Syura dan EXCO PMKIAS sombong dan tidak bertegur sapa, masih boleh mereka pesan lagi supaya ahli-ahli menegur mereka apabila bertemu mereka kelak. Huh! Pemimpinkah ini?! Di mataku, ini adalah sikap seorana pengikut, bukannya pemimpin. Iniliah juga pengguna dan bukannya pengeluar.

Pengerusi Umum Jawatankuasa Tindakan Kediaman juga turut mengecewakanku apabila menjawab isu kenaikan yuran asrama, jawapannya kita tidak boleh menyangkal keputusan orang atasan dan perlulah menurut kehendak ‘tuan rumah’ kerana kita adalah ‘penyewa rumah’. Malahan sempat pula mengumumkan bahawa para penghuni asrama akan dikenakan bayaran atas barangan elektronik yang digunakan. Ya Allah! Jawapannya ini benar membuatkan hatiku bergelora. Siapa lagi yang hendak membela nasib kami sebagai penuntut di sini kalau bukan JTK dan PMKIAS. Amat mengecawakan apabila PMKIAS dan JTK akhirnya menjadi alat kepada HEP. Mungkin ada benarnya kata sahabatku bahawa kedua-duanya sepatutnya dibubarkan dan ditubuhkan Persatuan HEP…

Selasa, 14 April 2009

Syukur Atas Nikmat-Mu

0 ulasan

Untuk pertama-tama dan buat selamanya ingin kurakamkan terlebih dahulu setinggi-tinggi syukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat-Nya yang tiada terhitung nilainya. Syukur atas nikmat Islam dan iman yang masih terpahat di sanubari, syukur juga atas laluan perjalanan yang telah Engkau aturkan yang mempertemukankanku warna-warna kehidupan dan erti sebenar pengembaraan yang berdestinasikan ukhrawi. Di atas laluan yang Engkau tetuntukan inilah mengenalkanku jiwa-jiwa yang amat bermakna bagiku. Antara kenangan yang amat terkesan kepada hatiku adalah ketika di peringkat sekolah menengah barangkali itulah saatnya mukaddimah kearah kedewasaan. Masih terasa hangat kenangan bagaikan semalam bersama guru-guru dan rakan-rakan di SMU(A) Al-Ihsan Tanah Merah. Ikatan yang dibina amat erat sekali bagaikan ibu bapa dengan anaknya dan sahabat-sahabat yang umpama adik beradik.

Penghijrahanku ke bumi Serambi Mekah ini secara mengejut ketika masih di bangku sekolah rendah lagi menyebabkan aku kehilangan sebahagian besar kenalanku dahulu dan umpama membina sebuah kehidupan yang baru di tempat orang. Barangkali kerana berjauhan dengan ayah bonda juga juga menyebabkanku begitu merasai kehadiran pendidik-pendidikku yang bukan hanya sekadar mendidik. Indahnya hidupku berpeluang mengenali Ust Wan Ahmad Zamri yang mengajarkanku bagaimana beliau mentadbir sekolah, umpama seorang pengetua sempurna di mataku. Ust Syaharuddin Salleh pula yang banyak membimbingku dalam menitipkan pengisian rohani utukku di samping melatihku dalam kepimpinan sekolah. Ust Darul Hisyam, Cikgu Azmi dan Ust Yusri pula mengenalkanku jatuh bangun dan sepak terajang politik. Ramai lagi guru-guruku yang begitu rapat denganku seperti Ustzh Wan Kasmani, Cikgu Abidah sehinggakan meraka marahkanku sekiranya tidak singgah di rumah mereka jika pergi ke Tanah Merah. Sahabat-sahabatku seperti Ismail, Mat Spek dan lain-lain juga masih kuabadikan kenangan bersama mereka.

Apa yang kuharapkan mudah-mudahan kalian dirahmati-Nya di dunia & akhirat. Kerana mereka yang Kau pertemukan kepadaku inilah yang menyebabkanku berada di tahap ini. Kuharapkan juga mudah-mudahan lembaran baru yang kuhamparkan di bumi KIAS ini akan membawa 1001 yang lebih bermakna lagi.

Hujung Mingguku yang Lalu

0 ulasan

Pertanyaan sahabatku daripada UITM Arau dan sahabat sekuliah yang berasal daripada Kedah mengenai blogku sedikit sebanyak membuatkan terdetik di hati ini umtuk merakamkan kenanganku di ruangan ini. Hujung mingguku baru-baru ini sedikit mencabar kerana terlibat dengan sebuah program yang diberi nama Jilul Nasril Mansyud`09 yang mana cukup menguji kesabaranku. Berbekalkan persiapan awal yang barangkali 2-3 minggu sebelum program dengan tanpa hitam putih yang jelas daripada pihak penganjur dan pengambilan sahabat-sahabat urusetia serta fasilatator tanpa melalui Kelab Fasilitator di bawah PHL PMKIAS dan langsung tanpa pengetahuan HEP kami. Bukannya tidak mahu melalui prosuder, walhal secara peribadinya melalui prosuder adalah selesa namun disebabkan terpaksa mengikut rentak pihak sekolah dan akhirnya para KD & Fasilitator ni diminta atas dasar peribadi atau hungan rakan-rakan.

Akhirnya menjejakkan kami di tapak program kira-kira hampir sejam sebelum program dijadulkan bermula. Memikul tanggungjawab KD Pengisian bersama al-akh Syazwan ternyata mencabar pada awalnya, mujurlah tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan uslub program tersebut. Apapun rasa belas kasihan dan bersalah terhadap pihak muslimat terutamanya KD Pengisan dan KD Makanan (KD2 n Fasi-fasi lain tak la teruk sangat) sering menerjah di ruang fikiran. Entah meraka dapat sesuakan diri atan tidak, cuma yang pastinya mesti sakit hati apabila terpaksa uruskan sesuatu perkara saat-saat akhir. Kalau kena kat diri sediri pun, mau memberontak rasanya. KD Makanan plak mau boleh trauma la.. mana tidaknya tak pasal-pasal kena jadi tukang masak, ingatkan tolong menghidang je. Nasib baik depa reti jgk memasak, kalau kantoi tak reti memasak…hu..hu..hu..lu pikir la sendiri betapa teruknya anak dara tak reti memasak.

Apapun sedikit yang kurang menyenangkanku dalam program tersebut ialah tindakan KD-KD yang sering marah-marah kononnya untuk member tekanan kepada para peserta. Apakah mesti tekanan yang kerap terhadap para peserta itu perlu? Bukannya diri ini hendak mengatakan tidak bersetuju terus untuk memberikan tekanan kepada para peserta, cuma sebenarnya merasakan tekanan kepada para peserta wajar diberikann dalam sesebuah program tetapi dalam kadar kekerapan yang tidak terlalu banyak kerana apa yang penting ketika memberikan tekanan adalah kesannya terhadap para peserta.

Adalah hati ini terasa begitu gembir dan tersentuh juga di dalam program ini kerana sahabat-sahabatku yang agak nakal (baik & bagus mereka ni sebenarnya, cuma sifat nakal mereka lebih teserlah) seperti Rohimi, Khairan, Wan dan lain-lain boleh berada dalam satu barisan bersama semua tanzim pelaksana ini yang mana barangkali jika diharapkan PMKIAS nak bagi peluang macam ni kepada mereka belum tentu lagi. Mudah-mudahan diriku dan para sahabatku ini bukan sahaja berprogram membaiki para perserta, malah turut juga membaiki diri sendiri. Amin…..

Rabu, 8 April 2009

PERUBATAN ISLAM - FALSAFAH DAN AMALAN

0 ulasan
PERUBATAN ISLAM - FALSAFAH DAN AMALAN. Oleh :Hamid Arshat Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud “setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”. Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah langkah tertentu. Rasullullah sendiri mempunyai kemahiran untuk merawat setengah jenis penyakit yang tertentu. Kaedah rawatan yang diamalkan oleh Baginda berasaskan akidah dan nilai nilai Islam. Mungkin pada zaman itu belum banyak lagi jenis ubat-ubatan yang terdapat untuk merawat berbagai jenis penyakit berbanding dengan ribuan jenis ubat farmasi dan berbagai kaedah rawatan yang ada di pasaran masakini. Zaman Kegemilangan Islam Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak diantara tahun 900 hingga 1300 masihi. Pada zaman tersebut “empire” Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke benua Eropah dan bertapak kuat di negara Spanyol, ia berkembang ke negara Russia dan ke Timur di sebahagian negara Cina. Dalam zaman kegemilangan pemerintahan tersebut muncullah para cendikawan dalam bidang ilmu perubatan Islam seperti Al Raziz (tahun 841 - 926), Al Zahrawi (tahun 931 - 1013), Ibnu Sina (tahun 890 - 1037), Ibnu Rusd (tahun 1126 - 1198) dan Ibnu El Nafis (tahun 1208 - 1288). Disamping ilmu dan kemahiran kedoktoran, mereka ini juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, physics, matematik dan lain lain. Mereka telah mengamalkan ilmu kedoktoran secara saintifik berasaskan ilmu pengetahun tentang perubatan pada ketika itu. Mereka juga telah menemui berbagai jenis ubatan daripada berbagai sumber. Berbagai kaedah rawatan termasuk pembedahan telah digunakan dan disebar luas khususnya oleh Al Zahrawi. Pengasas pengasas perubatan Islam di zaman tersebut telah banyak menjalankan penyelidikan dan telah menulis berjilid-jilid buku teks kedoktoran yang telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa Eropah. Malah banyak daripada buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ibnu El Nafis telah digunakan oleh kolej kolej perubatan di Eropah. Selepas tahun masihi 1300 apabila “empire” Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang ini, perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti zaman pemerintahan khalifah dahulu.Definisi Perubatan Islam Tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau caragaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan dikalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan Islam. Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandong di dalamnya paradigma, konsep, nilai nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan Perubatan Islam perlu memenuhi kriteria kriteria seperti berikut. 1. Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat. 2. Ilmu dan amalan perubatan Islam mestilah berlandaskan aqidah Islam, dan mereka yang terlibat dalam memberi rawatan adalah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan disamping menjadi orang yang beriman dan bertaqwa. 3. Amalan perubatan Islam perlu patuh kepada undang undang syariah Islam khususnya bagi tatacara ujian dan kaedah rawatan yang mungkin “controversial” dan boleh mengancam hak asasi manusia. 4. Amalan perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan manusia untuk merangkumi aspek aspek rohaniah, mental dan fisikal. Proses pengubatan bukan sahaja melibatkan individu yang sakit sahaja, malah patut melibatkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat. 5. Kaedah rawatan untuk pesakit sepatutnya meliputi semua cara termasuklah ubat-ubatan moden, pembedahan, kaedah rawatan tradisional dan patut dimulakan dengan doa. Semua kaedah rawatan patutlah diterima asalkan ia tidak menyebabakan seseorang itu menjadi syirik dan sepatutnya berbagai kaedah rawatan tersebut disepadukan dibawah satu bumbung. 6. Amalan perubatan mestilah berasaskan ilmu perubatan sains yang terkini dan mereka yang terlibat sepatutnya sentiasa menjalankan penyelidikan serta melakukan penulisan agar ilmu kedoktoran ini dapat disebarluaskan kepada semua. Proses pengubatan Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Ia seterusnya bertawakal kepada Allah S.W.T. agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, ia patut juga mempunyai satu etika dan peradaban yang sesuai untuk melayani pesakit. Ia perlu juga mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya ia dapat meyakinkan pesakit. Di saat saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari berbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia perlu sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang berdakwah.Etika Doktor Islam Para doktor dan perawat Islam bukan sahaja dikehendaki untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang kedoktoran, malah ia perlu mempunyai ciri ciri dan beradapan serta akhlak yang mulia. Diantara perkara perkara yang penting dalam etika doktor terhadap pesakitnya adalah seperti berikut: 1. Doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Ia percaya kepada Allah dan Rasul, melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangannya. 2. Ia adalah seorang yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Ia dikehendakki senyum selalu, bersifat sabar, pengampun, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka. 3. Ia sepatutnya seorang yang berakhlak mulia, percakapannya lunak dan tingkahlakunya lemah lembut serta bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. Doktor hanya merupakan satu alat untuk mengubati penyakit setakat kemampuannya. Ia tidak berhak untuk memanjangkan nyawa seseorang ataupun menentukan tempoh hidup pesakit tanpa izin Allah. 4. Doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan dirinya. Ia perlu menunjukkan tauladan tentang kaedah kaedah menjaga kesihatan dengan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. 5. Ia perlu bersifat ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan lapuran. 6. Seseorang doktor perlu mempunyai ilmu yang mencukupi tentang perundangan Islam dan fiqah untuk menasihati pesakit pesakit tentang hukum hakam khususnya yang mungkin melibatkan tatacara ujian atau kaedah rawatan. Seseorang doktor perlulah mempunyai sifat tawaduq dan rendah diri, ia tidak ujub, riak ataupun angkuh. 7. Setiap doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan dirinya dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini. Pelaksanaan Program Perubatan Islam Perlu ditekankan disini bahawa amalan dan perkhidmatan perubatan masakini yang diamalkan oleh semua bangsa dan ugama di seluruh dunia ini memang telah mematuhi apa yang dituntut oleh ugama Islam. Amalan perubatan memerlukan penerapan nilai nilai Islam dalam segala bidang walaupun kita akui tidak boleh mencapai ke tahap pengubatan yang ideal. Namun jika perubatan tidak boleh menyembuhkan, amalan perubatan Islam yang menyeluruh sekurang-kurangnya boleh memberi kepuasan kepada pesakit dan ahli keluarga yang terlibat. Justeru itu beberapa langkah perlu diambil untuk mencapai ke tahap ini. 1) Kurikulum Latihan Kurikulum latihan doktor dan paramedik perlulah dikaji semula untuk menerapkan nilai nilai Islam. Kadar kaedah perubatan yang lain (alternative medicine) perlu juga diajarkan pada para doktor dan perawat yang lain. Ini bertujuan untuk memberi ilmu serta pendedahan yang lebih menyeluruh terhadap berbagai kaedah pendekatan rawatan. 2) Perkhidmatan Kesihatan Kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan perlulah diubahsuai dengan menerapkan nilai nilai Islam. Penekanan patut diberi kepada pencegahan penyakit dan mempromosikan penjagaan kesihatan diri mengikut panduan ugama serta sunnah Rasullullah. 3) Etika Perubatan Islam Garis panduan etika perubatan Islam perlulah diamalkan oleh semua gulongan perawat termasuk doktor, jururawat, therapist dan kakitangan kakitangan sokongan. Dari masa ke semasa mereka perlulah diingatkan tentang garis panduan etika ini. 4) Rangkaian Hospital dan Klinik Islam Rangkaian hospital dan klinik Islam yang cemerlang perlulah dibina diseluruh negara. Saya percaya bahawa hospital Islam yang mempunyai ciri ciri dan rekabentuk luaran dan hiasan dalaman yang sesuai dengan Islam akan menjadi tarikan kepada orang ramai. Hospital ini juga perlu dilengkapi dengan peralatan moden serta canggih dan dikendalikan oleh para doktor dan perawat yang mahir dan berwibawa yang sentiasa mematuhi garis panduan etika perubatan Islam. Jika rangkaian ini dapat diwujudkan tentulah “credibility” Islam, khususnya dalam bidang ilmu dan amalan kedoktoran akan meningkat bukan sahaja dikalangan orang Islam, tetapi juga dikalangan bukan Islam. 5) Sistem Pengurusan Hospital Islam Satu sistem pengurusan Hospital Islam perlu diwujudkan. Setiap umat Islam sepatutnya berhak untuk mendapatkan rawatan yang tercanggih, terbaik dan terkini bagi mengatasi penyakitnya. Walau demikian rintangan dan kesukaran untuk mendapatkan rawatan tersebut adalah disebabkan oleh masalah kewangan khususnya dikalangan mereka yang kurang mampu. Oleh itu satu skim pembiayaan perlulah diadakan untuk menentukan setiap ummah boleh merasai rawatan yang terbaik. Skim ini boleh dilakukan dengan beberapa cara. Hospital atau klinik Islam yang menjalankan perniagaan secara komersial sepatutnya boleh menyalurkan balik sebahagian daripada keuntongannya untuk membiayai mereka yang kurang mampu. Sumber pembiayaan mungkin juga melalui sedekah dan zakat. Satu tabungan untuk pembiayaan kesihatan perlu diwujudkan dikalangan umat Islam. Saya percaya ramai hartawan, khususnya dikalangan korporat yang ingin menyumbangkan kepada tabungan untuk tujuan menjaga kesihatan ummah.Satu lagi cara untuk mendapatkan sumber kewangan ialah menerusi saham wakaf kesihatan bagi umat Islam. Jika pembeli saham wakaf diberi pelepasan cukai pendapatan, saya percaya ramai akan membeli saham untuk tujuan amal jariah. 6. Insuran Kesihatan Insuran kesihatan bagi umat Islam juga patut dipelopori dan ini boleh dilakukan menerusi potongan gaji, ataupun dilakukan secara mengambil polisi bagi mereka yang bekerja sendiri. Syarikat insuran yang berteraskan Islam seperti Takaful ataupun MNI Takaful, boleh mengambil bahagian dalam rancangan insuran kesihatan Islam. Di zaman khalifah dahulu, banyak hospital hospital yang terbaik didirikan oleh pemerintah Islam untuk tujuan amal jariah, mengabadikan perubatan Islam, serta mengembang ilmu serta amalan perubatan Islam. Disamping itu juga pemerintah boleh memberi khidmat kepada ummah melalui program kesihatan yang terbaik. 7. Penyelidikan, Penulisan dan Penjilidan Untuk menggalakkan percambahan ilmu serta amalan perubatan Islam, satu strategi yang terpenting ialah menggalakkan doktor doktor dan ahli sains perubatan untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik ataupun klinikal. Seterusnya hasil penyelidikan dan kajian patutlah dibentangkan dalam seminar seminar ataupun kongres antarabangsa dan kemudian dibukukan dan dijilidkan untuk disebarkan dan diturunkan kepada satu jenerasi yang berikutnya. Dewasa ini doktor doktor dan ahli sains perubatan sains amat ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan penulisan. Untuk mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan Islam, segala usaha patut ditumpukan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan. Untuk mencapai ke objektif ini, peruntukan kewangan perlu diadakan bagi para penyelidik. Gabungan serta kerjasama dikalangan pakar pakar penyelidikan di negara kita dan juga di seluruh dunia, khususnya dikalangan pakar pakar Islam patut digalakkan dan dipertingkatkan. 8.Usahasama dan gabungan antara negara negara Islam dalam bidang perubatanUntuk mencapai ke tahap cemerlang dalam ilmu dan amalan perubatan Islam, kerjasama dan gabungan dikalangan negara negara Islam adalah sangat penting. Ini boleh dilakukan secara usahasama dalam bidang penyelidikan, perkembangan ilmu, pengurusan hospital, pembiayaan dan mengumpulkan dana dan sumber kewangan untuk projek hospital Islam. Seterusnya mewujudkan usahasama untuk membina kilang untuk mengeluarkan ubat ubat yang halal bagi tujuan kegunaan semua negara negara Islam di seluruh dunia. Semua hospital hospital di negara negara Islam patut juga dirangkaikan supaya dapat bertukar tukar maklumat dan pengalaman melalui program Telemedicine. Rumusan Ilmu dan amalan perubatan telah lama berkembang dan masih lagi maju ke hadapan walaupun banyak lagi isyu isyu tentang punca penyakit dan tentang kaedah rawatan belum dapat diselesaikan. Masanya telah tiba bagi para doktor dan ahli ahli sains perubatan Islam, negara negara Islam, hartawan dan ahli ahli korporat Islam untuk mengembeling tenaga untuk memulakan satu era baru dalam meningkatkan satu lagi sudut perkhidmatan kemanusiaan menerusi perubatan Islam. Penggembilangan tenaga pakar yang disokong dengan pembiayaan dan pengumpulan dana dan tabung kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan amalan perubatan Islam akan mengangkat imej Islam ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan seperti pada zaman khalifah dahulu.

-halaqah.net

Sembilan Pembaziran Tanpa Disedari

0 ulasan

Ibnu Qayyim al-Jauziyah,ulama dan tokoh gerakan dakwah islamiyah ialah murid kepada ulama terbilang iaitu Syeikh ai-Islam Ibnu Taimiah. Beliau juga turut mempunyai banyak karya ilmiah seperti kitab Ar-Ruh,Al-Fawaid,tafsir dan banyak lagi yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijjrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijjrah (1350 Masihi).
Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia:

1. Ilmu pengetahuan; membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan ; membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan ; membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak
bermanafaat dan tidak diredhai Allah.
4. Hati ; membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan ; membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta ; membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya
7. Masa ; membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Akal ; membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna
kepada agama.
9. Zikir ; membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

SAAT AKU DITALKINKAN …

0 ulasan
“Apakah aku sudah menghampiri maut? Aku takut!” Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Hari berganti hari keadaanku semakin tenat. Tubuhku kaku seperti mayat di atas katil, di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tidak tahu mengapaku ditempatkan disini. Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu, aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur, tidak dapat ku pastikan siapakah orang yang berada disekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi, derita sungguh! Nafasku sesak, tiba-tiba tanganku dipegang kuat...

“Mengucap sayang! Mengucap…Asyhadu Alla Ilaha IllaLlah…” Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikanku semasa kecil. Manusia yang pernah menyuapkan nasi ke mulutku. Manusia yang pernah memberi seyumnya serta yang pernah merotanku kerana degil… “Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu, pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat”, jawab doktor ringkas. “Itu” kata doktor. Abang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha. Sudah seminggu aku terlantai di wad, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah…Tapi mataku… Semakin gelap. Adakah aku sudah…? Tidak! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan ALLAH. “Abangkah yang bersuara itu?” Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakakan mataku. “Tekanan darahnya amat rendah”. Sayup-sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis sahaja, bila tiba saatnya kita akan berpisah. Tapi, ibu… Aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamnatkanlah daku”.

Yasiin… Bacaan yasiin terngiang-ngiang di telinagku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan bacaan itu. Apakah aku sudah menghampiri maut? Aku takut! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal siapa di sekelilingku tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. “Tolong ibu! Tolonglah aku, aku takut”. Tapi rintihanku tidak dipedulikan. Apa mereka sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah, keluhan dan rintihan. “ Dahaga, haus dan panas…” Tapi tiada siapapun yang peduli. Nenekku datang. “Nenek…”. Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini”. “Ibu…”, ibuku datang, ibu menggoyangkan buah susunya. “Ini ibumu, air susu ini membesarkan mu. Buangkan Islam, matilah dalam agama Yahudi…”. “Ayah… Kau datang ayah…”. “Marilah dalam agama Kristian anakku. Matilah dalam agama Nasrani . Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”. “Nenek… Ibu… Ayah… Suara kaukah tadi? Kenapa kau berubah laku? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?

“Mengucap sayang, mengucap. Asyhadu Alla Ilaha IllaLlah…”. Ucapan itu diajukan sekali lagi di telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang... “Mari ikut kami!” Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersama mereka payung hijau, “Mari ikut kami!”. Cahaya putih datang, datang kilatan hitam, datang sinaran kuning, cahaya merah datang. “Apa ni, apa ni? Akulah Sakaratul maut...”. Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk.


Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung telingaku. “Hai jiwa yang keji! Keluarlah kamu dari kemurkaan ALLAH…”. Aku tersentak. Rohku berselerak didalam tubuhku. Lalu, Inna LilLahi Wa Inna Ilaihi Raji`uun... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk, “Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya…”. “Assalamu `Alaikum”. Siapa yang memberi salam tu? “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda?” Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya tidak terurus, baju yang dipakai lusuh berlumut, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat sedang mengalir. Tanpa dipedulikan… jijik, loya, aku rasa... teramat loya melihatnya. “Kau tak kenal aku?” “Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”.

“Aku sahabatmu, kau yang membuatku begini hari-hari”. “Bohong!” Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau! Lebih baik engkau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji…” Aku terdiam, aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. “Ya!” Aku teringat kini, semuanya pernah ku dengar, yang ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan didunia akan dijelmakan sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh dihadapan kita dialam barzakh nanti. Oh! Tuhan aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Solatku kerana kawan, bukannya ikhlas keranaMu. Pergaulanku bebas, tak kenal mahram ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang harus aku lakukan. Surah Yasiin yang abang pegang diletakkan diatas dahiku. Aku melihat kak Long dan kak Ngah menangis. Aku juga melihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. “Air apa ini?” “Tolong! Sejuk! Kenapa air ini berbau kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit! Kenapa ramai orang melihatku? Aku malu…malu…malu!” Aku diusung kesuatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan lalu aku diletakkan diatas kain putih itu. “Nanti, tunggu! Jangan bungkus aku, kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong, rimas…panas…”. Kemudian aku diletakkan kembali. Beberapa orang termasuk tuan imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada disoff yang pertama.

Tapi, kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dulu… “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku`, sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan didalam kotak kayu. “Kotak apa ini?” Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. “Al-Fatihah…” Kedengaran suara tuan imam. Kelihatan ibu, kak Long, kak Ngah dan lain-lain mengekoriku dari belakang. Tapi kemana dibawanya aku? Nun jauh disana… Kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Kesitukah aku dibawa mereka? Tolong jangan turunkan aku, aku takut!” Setibanya ditanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz sama dengan jasadku kosong menanti. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan kedalam liang itu. “Perlahan-lahan!”, aku terdengar suara tuan imam memberitahu. “Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!”. Kini aku berada didalam liang sedalam enam kaki, sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. “Tanah apakah ini?, “Aduh! Sakitnya badanku ditimbusi tanah”. “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji`uun… Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talqin dari tuan imam. “Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, titian Sirat itu benar, syurga dan neraka itu juga benar…” Sayup-sayup aku terdengar tuan imam terus membaca talqin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit oleh pasir dan tanah yang dilemparkan keatasku. Terasa semakin gelap dan… aku kini keseorangan. “Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut! Gelap! Panas! Tolong!.
FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template