.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 18 April 2009

Pemimpinkah ini?




Saat artikel ini sedang dinukilkan, masih terasa benar lagi kepenatan tubuh ini yang baru sahaja menamatkan Program Pemantapan Tarbiah selama yang bermula sejak petang khamis lalu. Program anjuran bersama Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Lajnah Rehlah & Mukhayam Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (RHM PMKIAS) yang penuh dengan kontroversi ini ternyata turut memberikan sesuatu perkara yang bermakna. Pembentangan kertas kerja sebanyak 6 yang membarisi para pembentang yang hebat-hebat, antaranya Ust Nik Mohd Abduh yang merupakan anak kepada MB Kelantan, Mudir Maahad Muhammadi Lelaki dan ramai lagi beserta topic-topik yang tidak kurang hebatnya. Secara kesimpulannya program ini barangkali sesuai dengan uslub bagi menarik minat golongan yang baru berjinak-jinak untuk berprogram.

Sedikit perkara yang mengejutanku, para peserta telah cukup lantang dan berani mengkritik PMKIAS berkenaan program tersebut dan lebih menarik lagi mengkritik dasar gerak kerja jemaah PMKIAS sebagai respon kepada Timbalan Presiden PMKIAS yang gatal sangat mempersoalkan berkenaan jemaah dalam sesi pembentangan pada malam terakhir. Kesempatan ini juga turut dimanafaatkanku yang sememangnya telah muak dengan cara gerak kerja PMKIAS, terutamanya Ahli Majlis Syura. Antara yang dipersoalkanku adalah berkenaan hak-hak ahli PMKIAS (yang tersirat sebenarnya inginku zahirkan bahawasanya perlembagaan PMKIAS perlu diberi kepada ahli-ahlinya, walhal Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persatuan Mahasiswa Kolej islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (AMMK PMKIAS) yang mana boleh membincangkan pemindaan perlembagaan pun masih tidak diberikan perlembagaan walaupun telah puas diminta sehinggakanku telah berputus asa untuk menghadap mereka lagi. Namun kecewanya soalan ini pun Timbalan Presiden tidak jawab, apatah lagi soalan-soalan lain. Timbalan Presiden hanya melalut dengan modal-modal lama tatkala saat diserang dengan persoalan. Hanya tahu menyatakan bahawa PMKIAS milik semua, mereka juga manusia biasa dan lebih mengecewakan lagi segala persoalan yang dikemukakan dipersalahkan pula kepada para peserta seolah-olah mereka tidak bersalah. Sungguh tidak mencerminkan kepimpinan yang berwibawa. Lebih teruk lagi tatkala menjawab isu Ahli Majlis Syura dan EXCO PMKIAS sombong dan tidak bertegur sapa, masih boleh mereka pesan lagi supaya ahli-ahli menegur mereka apabila bertemu mereka kelak. Huh! Pemimpinkah ini?! Di mataku, ini adalah sikap seorana pengikut, bukannya pemimpin. Iniliah juga pengguna dan bukannya pengeluar.

Pengerusi Umum Jawatankuasa Tindakan Kediaman juga turut mengecewakanku apabila menjawab isu kenaikan yuran asrama, jawapannya kita tidak boleh menyangkal keputusan orang atasan dan perlulah menurut kehendak ‘tuan rumah’ kerana kita adalah ‘penyewa rumah’. Malahan sempat pula mengumumkan bahawa para penghuni asrama akan dikenakan bayaran atas barangan elektronik yang digunakan. Ya Allah! Jawapannya ini benar membuatkan hatiku bergelora. Siapa lagi yang hendak membela nasib kami sebagai penuntut di sini kalau bukan JTK dan PMKIAS. Amat mengecawakan apabila PMKIAS dan JTK akhirnya menjadi alat kepada HEP. Mungkin ada benarnya kata sahabatku bahawa kedua-duanya sepatutnya dibubarkan dan ditubuhkan Persatuan HEP…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas atas keberanianmu wahai pemuda..Sungguhku tidak sangka dengan pewtakanmu itu..Buktikan nanti bila kamu memegang tapuk pimpinan nanti..(SYABAS ANAK NEGERI PERAK)




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template