.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Ahad, 11 Oktober 2009

E-Undi: 18 kesatuan pelajar serah memorandum kepada Menteri


SERDANG, 11 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) yang disertai 18 kesatuan mahasiswa seluruh kampus semalam menghantar memorandum secara langsung kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Khaled Bin Nordin di Universiti Putra Malaysia.

Memorandum tersebut diserahkan sejurus program sambutan Aidilfitri Bersama Pimpinan MPPK di sini jam 11 pagi di Dewan Besar UPM.

Delegasi diketuai oleh pengerusi gabungan BANTAH, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh. Turut serta, timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin, pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional), Shafie Hashim dan seorang exco MPMUM, Mohd Fadzil Bin Jamal.

Disamping itu juga, BANTAH disertai hampir 100 mahasiswa yang menyokong usaha tersebut.

Di dalam pertemuan tersebut, BANTAH mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem perlaksanaan E-Undi dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atas alasan tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti dalam melaksanakannya. Antara tuntutan lain juga adalah mendesak KPT supaya memansuhkan AUKU yang mencengkam hak bersuara mahasiswa.

Dato' Khaled, dalam kenyataan balas terhadap memorandum tersebut, bersetuju mengkaji semula sistem E-Undi, namun tidak bersetuju untuk memansuhkan AUKU atas alasan pemansuhan tersebut akan menyebabkan kesemua universiti akan ditutup.

Penyerahan memorandum tersebut adalah salah satu usaha BANTAH dan rakan-rakan kesatuan mahasiswa yang lain mendesak dihapuskan sistem E-Undi.

HarakahDaily.Net/-

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template