.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Ahad, 10 Mei 2009

Sekuntum Mahabbah Seerat Ukwah


Belum pun sempat kepenatan setelah pulang daripada Mukhayyam Lughawi terubat yang kembali ke KIAS kira-kira pukul 2 petang pada hari Khamis, terpaksa ana persiapkan pula keperluan untuk Lawatan Amal Mahabbah (LAM`09) ke negeri jelapang padi yang dijadualkan bermula dengan taklimat pada pukul 11 malam disusuli bertolak sejam setengah kemudian. Para peserta lawatan kali ini adalah terdiri daripada pimpinan PMKIAS dan beberapa orang pelajar lain. Sepanjang perjalanan pergi yang bertemankan malam yang kelam dan kadang kala disimbahi cahaya lampu jalanan lebih membuatkan ana lebih banyak menghabiskan sisa malam itu dengan berjiran bersama kematian.

Akhirnya kaki ana berpijak di bumi Kedah kira-kira pada pukul 4.30 pagi setelah tiba di sebuah masjid berhampiran bukit (lupa nak ambil nama masjid walaupun ini bukanlah kali pertama) di daerah Baling berdekatan dengan Pejabat Kebajikan di daerah tersebut. Di masjid inilah kami mempersiapkan diri dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai, perjalanan diteruskan lagi menuju ke destinasi yang telah pun dirancang iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim /Miskin Al-Wadi yang merupakan sebuah tempat yang mengumpulkan anak-anak yatim serta miskin dan ianya terletak di Kupang. Ketibaan kami di situ kira-kira pada pukul 8.30 pagi itu telah disambut oleh adik-adik yang menghuni rumah tersebut. Pertama kali ana melihat adik-adik kecil ini menitipkan kesayuan di hati ana. Terasa ingin menyelami bagaimana persaan adik-adik yang ketiadaan ibu bapa dan yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dek ketidakmampuan untuk disara ibu bapa sendiri.

Setelah bersarapan pagi di situ, kami bersama-sama adik-adik warga penghuni Al-Wadi berangkat ke Super N8 Auto yang merupakan sebuah syarikat perniagaan kereta-kereta import di Kulim, Kedah. Pemergian ke sana adalah atas sebagai jemputan buat adik-adik untuk membaca Yasin. Seperkara mengenai adik-adik di sini, mereka telah ddi ajarkan menggunakan beberapa jenis peralatan muzik dan salah satunya ialah kompang. Semasa di Kulim ini juga, mereka memainkan kompang ketika di laman syarikat ini dan difahamkan ini adalah aktiviti mingguan mereka bahkan tuan empunya syarikat tersebut adalah umpama insan yang menaungi pertubuhan ini. Majlis ini akhirnya selesai kira-kira pada pukul 12.00 tengahari. Seterusnya kami kembali ke Al-Wadi dan bersiap menuju ke masjid di Kampung Charok Memban. Setelah tiba di Al-Wadi seusai solat Jumaat, kami bersama adik-adik penghuni di sini menjamu selera dan kemudiaaanya adik-adik telah diberikan taklimat oleh KD Pengisian seterusnya disusuli dengan sesi ta`ruf serta pembahagian adik-adik angkat. Memandangkan jumlah adik-adik yang kira-kira 50 lebih, ana menerima seorang adik angkat dan ianya mungkin lebih memudahkan fokus ana padanya. Mohd Nor Amin bin Roslan, itulah nama adik angkatku yang berasal daripada keluarga yang agak susah dari Temerloh, Pahang.

Petang itu kami bersama-sama adik-adik di situ bermain bola sepak dan disusuli dengan sukan rakyat sementara sebelah muslimat pula turut bermain pelbagai jenis sukan rakyat. Kuliah maghrib malam itu telah disampaikan oleh Naib Presiden PMKIAS yang banyak menyelitkan cerita-cerita, sesuai dengan peringkat adik-adik sekolah rendah. Sesi tayangan kemudiannya telah diadakan setelah selesai makan malam selepas solat isyak. Memandangkan esoknya adalah ulang tahunkelahiran salah seorang adik-adik di sini, sahabat-sahabatku telah merancang untuk mengenakannya pada malam itu. Bila tiba saatnya, sedikit yang mengejutkan ana ialah adik yang bertuah itu adalah adik angkat ana sendiri. Maka terakamlah drama mengenakan adik angkat ana pada malam itu hinggakan dia menangis dan kemudiaannya tangisan kesediahan itu diakhiri dengan tangisan kegembiraan. Teruk jugak ana dan sahabat2 lain nak memujuk nya.. Mujurlah dia memahami niat kami sebenarnya.

Esoknya aktiviti kami bemula dengan berqiamullail dan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ana sendiri seusai solat subuh berjemaah. Peluang yang ada ini telah ana manafaatkan dengan sebaik mungkin dan turut ana selitkan persamaan lipatan silamku dengan dunia adik-adik di sini.
Alhamdullilah sebahagiannya besar audiens memberikan perhatian sepenuhnya kepada ana walaupun masih kepenatan dek lewat tidur semalam. Aktiviti gotong-royong pagi itu yang kemudiaanya disusuli dengan aktiviti bebas sedit teruji bilamana kami diduga oleh-Nya dengan musibah yang menimpa salah seorang sahabat kami dari kalangan muslimat hinggakan terpaksa dikerjakan ke hospital Baling dan sehingga saat ana menulis artikel ini pun sahabat ini masih terlantar di hospital untuk menunggu pemeriksaan susulan dengan ditemani beberapa orang sahabat muslimat yang lain dan Ust Alias (yg lebih mesra dengan panggilan Pok Su) yang merupakan salah seorang kakitangan HEP . InsyaAllah! Mudah-mudahan diberikan-Nya yang terbaik untuknya.

Di sini juga ana telah bersua muka dengan salah seorang bekas ahli usrah ayah ana yang kini merupakan Naib YDP PAS Kawasan Baling, Ust Hassan Saad yang turut hadir bersama dalam majlis penutup yang dirasmikan oleh YB Mat Zuki Zulkifli, ADUN Kuala Ketil. Waktu yang diperuntukan untuk bersama adik-adik di Al-Wadi berakhir kira-kira pada pukul 1.30 tengahari apabila kami bertolak untuk menuju ke kediaman rasmi MB Kedah di Sri Mentaloon. Ketibaan kami di sana kira-kira pada jam 3.40 petang telah disambut oleh Zulkifli Yahya iaitu Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kedah dan Penolong Pengarah jabatan yang sama. Kami telah diberikan taklimat ringkas berkenaan pencapaian kerajaan negeri dan beliau turut mendedahkan pembaziran projek yang cukup hebat pada zaman Barisan Nasional yang ternyata projek-projek tersebut hanyalah untuk kroni-kroni mereka dan langsung tidak membeikan manafaat kepada rakyat. Tutur disentuh oleh beliau adalah berkenaan sejarah politik dunia. Setelah selesai bersantap untuk petang itu, kami juga sempat menunaikan solat di kediaman rasmi MD Kedah tersebut dan kemudiaanya kira-kira pada puku 5.55 petang bertolak pula ke Pekan Rabu di pusat bandar. Setlah itu, kami mula bertolak pada pukul 7.10 malam ke hospital Baling untuk menjenguk sahabat yang berada di hospital tersebut. Sebagai golongan muslimin, kami hanya mendapatkan perkembangan semasa Pok Su shj. Tidak dapat dipastikan pula sama ada sahabat2 muslimat berpeluang menjeguk masuk ked ala wad ataupun tidak. Setelah itu, kami pun bertolak pulang kira-kira pada pukul 10.45 malam dan selamat tiba di KIAS lebih kurang pada pukul 2.30 pagi….. Itulah kisah perjalanan yang sempat ana nukilkan buat tatapan pembaca daripada program yang bertemakan “Sekuntum Mahabbah Seerat Ukhwah”.

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template