.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 26 Mei 2009

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam


Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di Desa Sailatul Harithiyyah, Palestin. Hafal al-Quran, ribuan hadith dan sya'ir. Berkahwin pada umur 18 tahun, kemudian berhijrah ke Jordan. Pada Tahun 1966 meraih gelaran Lc dalam Fakulti Syari'ah Universiti Damaskus Syria dengan cara Pendidikan Jarak Jauh (intisab). Memperolehi Master pada tahun 1969.

Pada tahun 1973, Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam menyelesaikan program kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh di Univeristi al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan predikat Asyraful 'Ula. Tahun 1980 beliau diusir pemerintah Jordan kerana aktif dalam gerakan Islam. Kemudian beliau mengajar di Universiti King 'Abdul 'Aziz, Arab Saudi. Pada Tahun 1982, beliau berhijrah ke Pakistan, kerana ingin berkonsentrasi pada jihad Afghan. Tahun 1984 bekerja di Rabithah 'Alal Islami sebagai Mustasyar (penasihat) dalam bidang pendidikan untuk Mujahiddin Afghan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam terlibat dengan jihad sejak di Jordan lagi (Perbatasan Palestin - Jordan) sehinggalah beliau diusir oleh pemerintah Jordan. Di Pakistan belaiu berhubung dengan para pemimpin Mujahiddin Afghan seperti Ustaz Sayyaf, Hekmatiyar, Burhanuddin Rabbani dan Yunus Khalis. Kadang-kadang beliau pergi ke medan jihad di Afghanistan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam selepas itu menghabiskan hidupnya berjihad fi sabiliLLAH di Afghanistan sehinggalah beliau syahid pada hari Jum'at, 24 November 1989. Beliau syahid ketika kenderaan yang ditumpangi bersama kedua anaknya meledak kerana bom yang dipasang oleh musuh-musuh Islam.

Antara buku-buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah:Ayaturrahman Fi Jihadil Afghan, Ad-Difa' 'An Aradhil Muslimin min Ahammi Furudhul A'yan. Setelah beliau syahid, Maktab Khidmat Al-Mujahiddin mengumpulkan pelbagai ceramah beliau kemudian dijadikan buku yang mencapai 50 judul, di antaranya Siri Tarbiyyah Jihadiyyah (15 Jilid), Hijrah dan I'dad (3 Jilid)

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template