.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 30 Mei 2009

Hari Ini Dalam Seminar Peringkat Kebangsaan


Sebentar tadi Alhamdulillah ana berpeluang untuk bersama-sama dalam Forum Perdana bersempenakan Seminar Pegawai & Kakitangan Masjid Semalaysia anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Pegawai & Kakitangan Masjid Semalaysia (PPMK), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) & Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang bertempat di APIUM. Program ini telah bermula sejak selepas zohor semalam lagi dan InsyaAllah akan tamat pada tengahari esoknya. Ianya juga telah dirasmikan oleh Tuan Guru Menteri Besar Negeri Kelantan sendiri pada malam semalam.

Mendukacitakan sekali ana hanya berkesempatan untuk menghadirkan diri hanya kira-kira setengah jam sahaja setakat ini. Terpaksa ana utamakan tuntutan tugasan yang lain yang perlu ana segerakan. Namun syukurlah juga kepada-Nya kerana pada malam ini ana terlipih juga untuk diberi peluang bersama-sama dalam taman syurga ini.. Forum yang bertajuk Peranan Institusi Masjid: Sejarah, Realiti & Cabaran sebentar tadi telah membariskan panelis-panelis yang tidak asing lagi dengan ketokohan mereka terutamanya di bumi Serambi Makkah ini. Mereka ialah Dr.Johari Mat (Ketua Eksekutif KIAS), Ust Tuan Syarifuddin Tuan Ismail (abang kepada salah seorang pensyarah KIAS, Ust Tuan Safuan) dan Ust Suhaimi Mohamad (drp JHEAIK).

Antara intipati yang sempat ana petik selama setengah jam di dalam dewan tersebut, dapatannya bagaimana bermula fungsi sebuah masjid dalam menyatupadukan ummah dalam kelompok masyarakat yang kecil sehinggalah kepada pembentukkan sebuah negara Islam sebagaimana buktinya yang telah dizahirkan oleh Rasulullah S.A.W dengan bermulanya pembinaan Masjid Quba` sehinggalah pembinaan Negara Islam Madinah. Menyentuh juga di dalam forum ini tentang akan kreativiti pendekatan yang seharusnya diketengahkan dalam mendekatkan masjid dengan masyarakat, tugas imam dan kakitangan masjid sebagai penyambung tugasan nabi, dan seumpamanya. Cukup luas isu-isu yang diperkatakan. Bermula daripada hal-hal tempatan, negara dan juga di peringkat global.

Ai...rasanya jari-jemari ini sudah tiada upaya untuk menari di pentas
keyboard lewat malam begini.. dat tiba waktu buatnya berehat..
Cuma harapan ana mudah-mudahan akan berlakunya anjakan dalam memperkasakan lagi institusi masjid yang akan diterjemahkan oleh para peserta program ini selepas ini.. InsyaAllah.

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template