Shah Alam 11 Sept 02:23p.m│”Anak muda dan mahasiswa (Malaysia) bakal cetus semangat baru 13 September ini,”begitulah respon Shazni Munir, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pagi tadi.
Gerakan berkenaan yang dianggotai oleh pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), KARISMA, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) bakal berhimpun bagi menyatakan deklarasi 13 September Ahad ini.
Pembacaan deklarasi tersebut akan dibuat dalam satu perhimpunan yang menghimpunkan seluruh anak muda dan mahasiswa Malaysia yang diberi nama Tranformasi Malaysia 2009 (Trans-Malaysia’09).
Beberapa acara menarik telah dirancang disamping kemuncak perbahasan berkenaan teras-teras negera yang dimaklumkan “titik tolak cetusan semangat baru Anak Muda dan Mahasiswa membina Negara”.
“Perhimpunan deklarasi ini juga sempena ulangtahun pemasyuran Malaysia pada 16 September 1963, kita nak melihat mahasiswa Malaysia “lahir kembali” dan mengubah paradigma kepada bersama-sama membina Negara ini kearah yang lebih gemilang”ujar Mohd Idris Yusoof yang juga presiden GAMIS.
Dalam pada itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden PKPIM mengharapkan isi-isi deklarasi yang akan diucapkan akan menjadi acuan bagi gerakan mahasiswa bagi masa hadapan disamping beliau menekankan nilai-nilai integrity dalam kepimpinan Negara.
“Saya harapkan dengan perhimpunan bagi deklarasi ini, akan tercetusnya sinergi bagi bagi gerakan mahasiswa selepas kemerdekaan kita (Malaysia) selepas 52 tahun,disamping menjadi acuan kepada kepimpinan akan datang. PKPIM yang diberi mandat membentuk teras integriti nasional dalam deklarasi ini melihat perlunya nilai-nilai integiriti kepada kepimpinan Negara akan datang meliputi akhlak, dan moral,”ujar beliau.
Manakala bagi Heng Di, jurucakap DEMA pula mengharapkan mahasiswa dan anak muda Malaysia akan lebih cakna dan sensitive dengan isu-isu nasional.
“Menjelang 16 September ini, kami (DEMA) melihat perlunya anak muda dan mahasiswa sensitive tentang soal Negara dan isu-isu nasional dalam membina Negara ini,” respon beliau.
Acara mega yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam Selangor tersebut juga bakal dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘tokoh gerakan mahasiswa’ dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku ‘ikon perpaduan nasional’.
Perhimpunan berkenaan yang dimaklumkan bakal dihadiri seramai 1000 mahasiswa bakal membincangkan domain-domain teras Negara meliputi perundangan, ekonomi, hubungan antara kaum, sistem pendidikan dan perhubungan luar Negara.-mahasiswakini
1 ulasan:
Assalamualaikum, di mana boleh saya dapatkan teks deklarasi Trans Malaysia 09 ini?
Jika tak keberatan harap dapat hantarkan kepada saya. Terima kasih.
Catat Ulasan