.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 2 April 2010

Himpunan Zuhrah dan Utarid


Dipetik daripada Falak Online

Planet Zuhrah dan Utarid sekali lagi akan berhimpun di langit beberapa hari mendatang ini. Perhatikan arah Barat, di lokasi di mana matahari terbenam. Mulakan pemerhatian sekitar jam 7.30 PM. Zuhrah akan kelihatan seperti sebutir 'bintang' yang amat cerah. Kemudian, dengan teliti cuba lihat ke arah kanan bawah darinya. Planet Utarid akan kelihatan seperti sebutir bintang yang kecil mendampingi Zuhrah.

Kedua-dua planet ini akan kelihatan bergerak bersama-sama ke arah kanan selama 3-4 hari sebelum Utarid kembali menjunam rendah ke arah ufuk meninggalkan Zuhrah keseorangan.

Cuba gunakan peluang ini kerana Utarid ni, sebuah planet yang agak sukar untuk dijejaki jika kita tidak tahu posisi dan tarikh kemunculannya.

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template