Adam..
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..
Aku asalnya daripada tulang rusukmu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu,
Sentiasa mahu terpesong dari landasan,
Kerana aku buruan syaitan..
Adam..
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa…
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Maka selaraslah juga undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu dan tidak melebihi empat pada satu waktu…
Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkanku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkanku,
Tapi.. yang kurisaukan kecamukan adalah melihat gelagat tingkah laku mu…
Adam..
Aku menyedari bahawa dalam Al-Quran menyatakan kaum Adam adalah pemimpin ke atas kaum Hawa..
Kau diberi amanah untuk membimbing dan mendidikku..
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga, memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam redha Allah…
tapi…
Adam..
Mengapa engkau biarkan Hawa begini..?
Kini Hawa hanyut ditenggelamkan arus dunia..
Setiap langkahnya sentiasa diiringi dosa..
Setiap inci jasad kini ditayangkan ke khalyak..
Adam..
Sedarkah engkau dosa Hawa ditanggung Adam?
Kau sering berdalih..
Hawa degil, tidak mahu mendengar kata, tidak mudah dinasihati…
Pada hematku yang naïf ini Adam, seharusnya aku tanya dirimu…
Apakah didikan dirimu terhadapku seperti didikan junjunagn mulia Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah layanan Adam terhadap Hawa seperti psikologi Baginda terhadap surinya?
Adakah akhlak Adam sehebat akhlah Rasulullah SAW untuk dicontohi Hawa?
Adam..
Kau sebenarnya Imam dan aku makmummu…
Jika kau benar, maka benarlah aku..
Jika kau lalai, maka lekalah aku..
Bimbinglah daku menyelami kalimah Allah..
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhan agar diterangi hidupku..
Tiupkalah roh jihad ke dalam jiwaku agar kujadi mujahiddah sejati…
Adam..
Andainya engkau masih lalai dan alpa..
Masih ingin meneguk sisa nikmat sementara..
Masih segan mengikut jejak langkah para sahabat..
Masih gentar mencegah mungkar..
Maka..
Kita tunggu dan lihatlah..
Dunia akan hancur diperintah Hawa..
Malulah engkau Adam pada dirimu sendir..
Malulah engkau Adam pada Tuhan yang engkau agungkan…
Adam..
Bantulah aku ke landasan yang benar…
Renung-renungkanlah luahan naïf yang tidak mahir bermadah ini…
Dipetik dan diubahsuai daripada:
ISTIQAMAH 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan