.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 15 Disember 2009

KPI`09 : Bukti Kemampuan BAKRIS


Assalamualaikum w.b.t.
Untuk artikel kali ini, penulis akan mendahulukan nukilan yang dipertik daripada blog BAKRIS. Cuma sedikit ulasan penulis boleh didapati di akhir artikel ini.

Plang,Gerik: Kem Penghayatan Islam 2009 (KPI`09) yang bermula diadakan 11, 12 & 13 Disember 2009 telah pun melabuhkan tirainya kira-kira tengahari pada hari ketiganya. Program yang diadakan di D`Risa Impiana Campsite, Kg Plang, Gerik. Dengan bertemakan "Membina Generasi Rabbani", program yang disertai hampir 40 orang peserta ini telah dikendalikan oleh pimpinan BAKRIS sendiri bersama beberapa orang urusetia jemputan yang nyata melengkapkan lagi pencapaian objektif program. Kebanyakan peserta adalah dalam lingkungan 15 tahun hingga 17 tahun. Program ini nyata seimbang pengisiannya dari segi ilmiah mahupun sebaliknya. Antara barisan pengisi program yang nyata hebat ialah Ust Khalit (Pegawai Pejabat Agama Islam Gerik), Ust Zulqarnain Hassan (Ketua Jabatan Al-Syariah KIAS), & Ust Abdullah Ariff (Penuntut Al-Azhar).



















Ulasan Penulis:

Secara keseluruhannya penulis mengagumi tanzim program ini disebabkan kejayaan mereka merealisasikan program ini sekalipun dirancang atau dipersetujui untuk diadakan hanya dalam tempoh 2 minggu sebelum program yang hanya berbekalkan kertas kerja program sahaja. Bagi penulis, ianya pasti suatu saat yang agak sukar bagi memastikan kewujudan program ini. Tidak dinafikan di kotak fikiran penulis sebenarnya lebih mengambarkan bahawa program ini akan tertunda memandangkan dengan jumlah dana yang masih sedikir ketika saat-saat akhir. Bagi penulis, kejayaan program ini diadakan sebenarnya membukitkan kehebatan gerak kerja tanzim program ini sendiri dan tidak mustahil mereka mampu melakukan yang jauh lebih hebat daripada ini.

Penulis yang diamanahkan sebagai KD Pengisian pun sebenarnya jarang pulang bermesyuarat bersama bagi membincangkan program ini malahan boleh dikatakan penglibatan penulis hanyalah ketika berlangsungnya program. Bukanlah sengaja penulis tidak menghadirkan diri, namun disebabkan terdapat program lain yang perlu diutamakan, maka penulis terpaksa mengadaikan salah satu daripadanya. Mudah-mudahan sahabat tanzim pelaksana memahami situasi ini. Sekalung tahniah dirakamkan juga buat Akhi Imran atas pengarahannya buat pertama kali setelah hampir 2 tahun BAKRIS ditubuhkan. Mudah-mudahan ianya menjadi titik tolak permulaan rantaian kejayaan yang bakal digarapkan.

Sedikit yang menyentuh hati penulis bilamana kali pertamanya penulis bergaul rapat dengan peserta yang agak bermasalah. Kami boleh berbual pelbagai perkara baik peribadi mahupun tidak tanpa merasakan sebarang jurang. Lebih membuatkan penulis terasa tersentuh lagi bilamana mereka mengakui lebih selesa berbual dengan penulis berbanding individu lain. Sebenarnya telah lama ingin penulis merasakan saat begini. Disebalik tugasan sebagai KD Displin yang kerap kali diamanahkan kepada penulis dalam program-program sebelum ini sebenarnya tersemat di hati penulis untuk menerima amanah sebagai KD yang punyai peluang mendekati para peserta secara lembut dan halus. Mungkin sesetengah pembaca boleh mengatakan bahawa tugasan sebagai KD Displin mampu mendekati peserta secara lembut. Hakikatnya bilamana berada dibawah pengarahan orang, sememangnya bahkan mungkin semestinya pengarah program pasti menginginkan ketegasan daripada KD Displin. Bukanlah hendak penulis mempertikaikan pengarah, sebaliknya itulah natijahnya. Sekalipun penulis yang menjadi pengarah, ada kemungkinan pengarah akan bertindak sedemikan.

Komitmen penulis terhadap program ini terpaksa dialihkan ke Pantai Timur kembali disebabkan urusan yang kalaupun tidak lebih penting daripada program tersebut, barangkali ianya sama penting. Bertolak kembali ke Bandaraya Islam kira-kira 11.45 mlm bersama Ust Zulqarnain dan tiba kira-kira 8.10 pg esoknya (lewat 10 minit daripada waktu yang sepatutnya bagi aktiviti seterusnya).

Apa pun syukur kepada-Nya atas peluang yang dititpkan kepada penulis untuk terus melakarkan pengalaman hidup.
Wallahu`alam.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template