.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 31 Disember 2009

Falak Syarie : Suatu Pengenalan Ringkas


Assalamualaikum w.b.t.

Penulis beberapa kali telah diterjah dengan beberapa persoalan berkenaan penentuan arah kiblat dan seumpamanya terutamanya daripada sahabat-sahabat Facebook, tuntas membuatkan penulis terpanggil untuk menitipkannya di ruangan ini agar dapat dimanafaatkan. Sememangnya penulis telah bercadang untuk menukilkannya sebelum ini lagi, namun jika diikutkan hati penulis berkemungkinan ianya masih memerlukan tempoh masa yang lebih lama disebabkan penulis masih belum berpuas hati dengan info yang ada pada penulis. Apa pun, demi kemaslahatan ummah yang kian memerlukannya, penulis titipkan secebis sebagai tanggungjawab penulis yang menuntut subjek ini. Apa pun, setinggi ucapan terima kasih penulis kalungkan buat pensyarah penulis yang sudi mencurahkan ilmunya, Abu Qasim. Mudah-mudahan juga penulis dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah dalam mengetengahkan sedikit perkongsian ilmu-Nya ini.

Sebelum penulis mengarap lebih jauh lagi sedikit perkongsian berkenaan ilmu Falak Syarie. Adalah lebih elok kiranya penulis mengetengahkan terlebih dahulu secara ringkas pengenalan bagi Falak Syarie. Untuk pengetahuan semua, pengajian penulis bagi subjek ini yang hanya dalam tempoh 2 semester ini hanya mampu memuatkan sekurang-kurangnya 4 bab yang perlu diberi perhatian dengan buku yang berbeza-beza iaitu:

1. Bab 1 : Pengenalan Falak Astronomi
2. Bab 2 : Takwim
3. Bab 3 : Transformasi Tarikh
4. Bab 4 : Penentuan Arah Kiblat


Penulis yakin bahawa masih banyak lagi ilmu berkaitan Falak Syarei yang tidak sempat dicurahkannya disebabkan kependekkan masa yang diperuntukan. Penulis kemungkinan tidak dapat mengetengahkan semua bab yang ada ini dan kiranya mampu dikongsikan sekali pun, ianya agak ringkas daripada yang asal disebabkan masa yang kadang kal tidak mengizinkan. Penulis juga akan memilih bab-bab yang dirasakan paling diperlukan ummah semasa dalam menegakkan syariat-Nya.


Falak Syarei adalah ilmu yang berkaitan objek-objek di langit seperti matahari, bulan, bintang, buruj, planet, komet dan banyak lagi. Secara kasarnya, terdapat pecahan istilah dalam Falak Syarie iaitu:

1. Astronomi
2. Astrologi
3. Astrofisika
4. Astrometrik
5. Astromekanik
6. Kosmografik
7. Kosmogoni
8. Ilmu Hisab
9. Kosmologi
10. Falak Syarie



Sejarah Ringkas

Bidang ilmu yang tertua di dunia ini telah muncul pada zaman pemerintahan Firaun di Mesir lagi. Hal ini terbukti berdasarkan pembinaan piramid yang yang diasaskan kepada pergerakkan dan kedudukan matahari, begitu juga ia dikatakan telah wujud sejak zaman Nabi Idris lagi.
Zaman kegemilangannya ialah pada zaman pemerintahan Islam Bani Abbasiyah di Baghdad (Iraq). Ketika itu, ilmu ini tersebar secara meluas sehinggakan turut dipelajari masyarakat Barat yang akhirnya menyebabkan mereka pula yang mengambil alih penguasaan ilmu ini.

Secara kasarnya sekarang, jika dipandang begitu sahaja kedudukan ilmu ini, ianya bagaikan Fardhu Kifayah sahaja, namu jika dipandang kepada keperluan sekarang maka nyatalah ianya telah hampir kepada status Fardhu Ain kerana perkaitannya yang begitu rapat dengan penentuan waktu-waktu solat dan ibadah-ibadah lain sedang ketika ilmu ini semakin terasing dan terlalu sedikit kewujudan mereka yang menguasai bidang ini sehingga jika dikira boleh dikatakan tidak sampai lima jemari untuk dihitung jumlahnya di setiap negeri di Malaysia.

Falak Syarie juga secara tidak langsung turut menekankan kepada pengetahuan matematik, ianya boleh diselaraskan dengan beberapa bentuk ilmu yang mempunyai perkaitan dengannya seperti:

1. Tamadun Islam
2. Hukum Hakam (Ilmu Fiqh)
3. Tauhid
4. Kedudukan Objek di Langit
5. Kemahiran Penggunaan Alatan Moden
6.Kemahiran Penggunaan Alatan Tradisional

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template