.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 23 Julai 2009

Pembubaran Kelab Iqra’ UTHM?!


Kampus Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) semakin panas dengan berita pembubaran Kelab Iqra’ UTHM (Ki UTHM).

Kelab yang merupakan persatuan utama untuk mahasiswa Islam UTHM sebagaimana Persatuan-Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus lain didakwa akan dibubarkan oleh pentadbiran universiti berkenaan.

Presidennya, Hadi Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan bahawa wujud usaha terancang untuk membubarkan persatuan pimpinannya itu.

Beliau juga dimaklumkan bahawa ura-ura pembubaran Ki UTHM bermula apabila Pengarah Pusat Islam UTHM, Prof Madya Dr Husain Othman membentangkan usul mengenainya dalam Mesyuarat bersama Ketua-Ketua Pusat/Pejabat di bawah TNC HEPA.

Dr Husain mencadangkan agar Kelab Iqra’ dikeluarkan daripada Pusat Islam dan dikembalikan kepada Pejabat HEP memandangkan beberapa tindakan Kelab Iqra’ dianggap menyusahkan Pusat Islam.

Maklumat dalaman persatuan tersebut memaklumkan bahawa agenda membubarkan Ki UTHM turut sama melibatkan Timbalan Pendaftar HEP, Encik Abdul Malek Ibrahim dan Pengarah Pusat Islam sendiri.

Menurutnya, keadaan lebih parah dan pembubaran persatuan tersebut dikatakan semakin menjadi kenyataan apabila Encik Abdul Malek Ibrahim didakwa mengusulkan isu berkenaan dalam mesyuarat bersama TNC HEPA semasa cuti semester yang lepas.

Persatuan tersebut dianggap tidak membawa manfaat kepada warga kampus sebaliknya menyusahkan pentadbiran universiti.

Dalam pada itu, persatuan tersebut juga didakwa mempunyai pertalian dengan Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Walaubagaiamanpun Timbalan Naib Canselor HEPA, Dr Amir Hashim Mohd Kassim tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa sebaliknya akan bertemu dahulu dengan pimpinan persatuan tersebut bagi mendengar penjelasan berkenaan isu berkenaan.

Isu Masjid Baru

Isu tersebut dikatakan mula tercetus apabila berlaku krisis berkaitan pembinaan masjid kampus berkenaan.

Masjid yang baru yang akan menggantikan masjid lama telah dipersetujui supaya dibina di dalam kampus, namun mendapat tentangan beberapa ahli politik luar yang mahu tempat ibadat tersebut dibina di luar.

Dipercayai hasrat ahli politik tersebut lebih bersifat individu dan mengambil kesempatan membina imej di kepada penduduk kawasan tersebut.

Kedudukan masjid di dalam kampus sebelum ini dipersetujui kerana lebih strategik.

Beberapa pegawai universiti mendakwa Naib Canselor kampus berkenaan dipercayai ditekan oleh pihak luar.

Memberi reaksi kepada isu berkenaan, Ki UTHM telah menghantar memorandum menyatakan pendirian tidak bersetuju kepada Menteri Pengajian Tinggi,Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pentadbiran kampus berkenaan khususnya Pusat Islam didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan persatuan tersebut. Mereka didakwa tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati pentadbiran.

Namun perkara tersebut dimaklum selesai apabila mufti memberi kata putus supaya pembinaan masjid di laksanakan di dalam kampus seperti yang diputuskan sebelum ini.

Mufti negeri tersebut cuba dihubungi, tetapi gagal. Beberapa pegawai pejabat mufti memaklumkan mufti menghadiri mesyuarat tergempak sejak seminggu lalu di Putrajaya.

Dalam pada itu, persatuan berkenaan dimaklumkan akan mengambil tindakan berjumpa dengan pentadbiran kampus berkenaan secepat mungkin bagi mendapat penjelasan sebenar.


-Mahasiswakini.com

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template