.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 23 Julai 2009

Murysidul Am Pas & Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas jawab tindakan Nizar


KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyahut cabaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh Jumaat lalu.

Alasan ulama besar dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

“Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam. Apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya. Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

“Zambry yang bertanya...usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai. Siapa yang halau menteri besar dan rampas dewan?” katanya.

Wakil media sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: “Biar dulu, itu jawapan saya.”

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.

“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah iau aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan.

-http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2980103.asp

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template