.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 23 Julai 2009

Merintis Laluan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekadar bicara ringan buat diri sendiri. Seperti biasa, ianya bagi ana mungkin sesuatu yang patut dirakamkan sebelum hadirnya lupa dikemudian hari dan tatapan kenangan saat dalam pembinaan diri.

Malam kelmarin (selasa malam rabu), semasa ana sedang memandu di sekitar Kota Bharu, handphone ana menjerit-jerit tanda telah menerima mesej. Mesej ringkas tersebut daripada rakan sejawat, Al-Akh Ahmad Shafei daripada Lajnah Penerangan & Perhubungan Luar (PHL) PMKIAS meminta ana supaya menjadi moderator untuk Diskusi Ilmiah berkenaan dengan isu bertabarruj.

Setelah berbincang secara ringkas, ana gagahkan diri untuk menerima tawaran tersebut walau terlalu berat hati ini bila difikirkan dengan soalan2nya yang belum siap lagi, bahkan ana sendiri tak pernah jadi moderator apatah lagi. Biarpun menolak pada peringkat awal, terlintas di fikiran ini bilamana diri ini berada di tempatnya. Pastinya pening kepada memikirkannya. Jika direnung-renungkan, tidak ramai yang sanggup menerima. Bukannya tidak mampu, tetapi masing-masing punyai alasan tersendiri.

Bermula daripada saat ana menerima tawaran itu hinggalah ke saat tibanya diskusi itu, kacau bilau fikiran ana dibuatnya memikirkan bagaimana untuk mengendalikan diskusi yang membariskan 2 orang panelis yang tidak asing lagi di bumi KIAS ini, Ust Zulqarnain dan Pn. Norma yang masing-masing berjaya dalam pengajian mereka walaupun daripada aliran pendidikan berbeza. Latar belakang mereka? Ha...pasal Ust Zulqarnain, mungkin Ust Nasrudin Tantawi, YB Khalid Idham Lim atau Ust Nasarudin Daud. Nak tnya Ust Misbahul Munir pun boleh juga...:) Pn. Norma pula, ana sendiri masih baru dengan beliau. Cuma yang ana tahu beliau berkelulusan daripada Colorado, Amerika Syarikat.

Fikiran ana terus dirundung resah memikirkan kaedah pengendalian yang sesuai. Pada ana, ianya berbeza dengan menjadi pengerusi majlis. Ish! Terfikir juga bagaimana hendak berjenaka, biasanya ia adalah kemahiran yang diperlukan oleh moderator dan sememangnya diakui Ust Zulqarnain (banyak perkara ana jadikan beliau sebagai rujukan ana). Teruk la... Ana tak merasakan punyai kemahiran sedemikian. Ditambah pula dengan tugasan SMS`09 yang belum settle dan mehnah program akan datang iaitu KEMMAS`09 dan Hi-Tek`09, makin memeningkan kepala. Sabar je la..

Apa pun, ternyata debaran ang dirasakan tidaklah seribut yang disangka. Ana ternyata begitu selesa dengan barisan panelis, malahan mampu (boleh la barangkali) berjenaka. Semuanya spontan. Tambahan pula dengan kehadiran Ust Zulqarnain, sedikit sebanyak membantu ana pada malam ini. Fuh... Lega rasanya. Malangnya, seperti biasa la untuk pertama kalinya menjadi moderator pastinya masih banyak yang perlu diperbaiki. Ana cuba mendapatkan respon daripada para pendengar dan ternyata ada pro & kontranya. InsyaAllah ana akan cuba baikinya lagi untuk akan datang. Ai....tak pasti la macam mana lepas ni.. Sebelum menerima tawaran sebagai moderator dalam program ini, ana terlebih dahulu ditawarkan sebagai moderator bicarasiswa sempena Hi-Tek`09 pertengahan Ogos ini. Setakat ini, Ust Zulqarnain menasihatkan supaya ana menerima tawaran tersebut, tapi masih belum ada kata putus daripada ana.

Secara keseluruhannya, InysaAllah para hadirin dapat memahami dengan jelas penerangan dan kupasan daripada barisan panelis. Boleh dikatakan hampir menyentuh seluruh aspek yang berkaitan. Cuma kesuntukan masa dek moderator yang banyak mengambil masa dengan selingannya membuatkan sesi soal jawab agak terhad soalannya. Maaf banyak2 la ye...
InsyaAllah lepas ni takkan berulang lagi. Inilah pengaalaman pertama ana sebagai moderator dan terasa benar beruntungnya dalam mendalami ilmu sebegini. Kalau tidak cuba, kita takkan tahu..:) Mudah-mudahan ianya mendapat keredhaan-Nya.

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template