.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 27 Julai 2010

BICARA SISWA: Mahasiswa Mendepani Era Globalisasi

0 ulasan

SEMINAR BAITUL MAQDIS 2010

2 ulasan
SEMINAR BAITUL MAQDIS 2010

Tarikh : 07 – 08 Ogos 2010
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Beberapa kertas kerja berkaitan akan dibahas dan dibentangkan oleh wakil-wakil yang terbabit iaitu antaranya:

“Al-Aqsa In Danger”
Dr. Abdallah bin Ma’arof Abed Omar
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

“Turki Dan Israel”
Prof. Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

“Barat, Negara Arab dan Perang Arab - Israel ke 4”
Prof. Dato’ Paduka Mohamad bin Abu Bakar
Jabatan Antarabangsa dan Pengajian Strategi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

“Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel”
Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

“Yahudi dan Bani Israel”
Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu

“Gerakan Ulama Dalam Menangani Isu Palestin”
Al-Fadhil Ustaz Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

“Melahirkan Generasi Salahuddin Al-Ayubbi”
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
Perunding, Aman Palestin

“Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith”
Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman
Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

“Pengaruh Yahudi Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan”
Prof. Dr. Mohd Nazari bin Ismail
Jabatan Perniagaan Strategi dan Polisi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

“Tanah Yang Dijanjikan Menurut Kefahaman Yahudi”
Ustaz Mohd Fauzi Zakaria
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

“Pengalaman Menghadapi Rejim Israel dalam Misi Bantuan Kemanusiaan”
Tuan Hj. Ariffin bin Ismail
(Muslim Care Malaysia)

Sdra Aswad bin Ismail
(Wartawan Astro Awani)


MAKLUMAT PENYERTAAN
Yuran Penyertaan :
Pertubuhan / Agensi/Jabatan : RM200.00
Individu : RM100.00
Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 50.00

*Kos tidak termasuk penginapan dan pengangkutan

Pendaftaran Penyertaan :

Talian : 03-5512 4300 / 03-5511 4301/013-384 0710 / 016-274 6550 (Azmi)



Faks : 03-5511 4302
Blog : http://ulamadaily.blogspot.com

Klik untuk download maklumat penyertaan

Isnin, 26 Julai 2010

Sistem Kelas 1 Jantina Sebagai Alternatif

0 ulasan

Sistem Kelas Satu Jantina Sebagai Satu Alternatif
Kiriman : Aedi A. Abdullah [ Dakwah.Info ]
Editor:PenaHalaqah


i ~ Sistem pendidikan negara, sedari dulu lagi, sering menjadi polemik dikalangan ahli politik, pemikir, ahli akademik dan pemimpin mahasiswa. Tidak kurang juga hal ini dibincangkan di peringkat rakyat terbawah (semestinya yang kritikal dan peka).

Antara yang menjadi polemik ialah isu bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah vernacular dan inggeris (yang kemudiannya dikebangsaankan), isu polarisasi kaum dan akhir sekali isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI).

Selepas diajukan oleh seorang teman untuk menulis artikel ini, penulis sedar bahawa perkara ini amat jarang disinggung oleh mana-mana pihak. Kalau terbit pun di mana-mana akhbar atau majalah, ianya bersifat terpencil dan tiada kesinambungan. Mungkin masyarakat menganggap perkara ini, yakni kelas satu jantina hanyalah satu bentuk ‘genre’ dalam sistem pendidikan negara.

ii ~ Di Malaysia, kelas satu jantina hanya diamalkan di sekolah-sekolah elit berasrama penuh seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kurshiah dan sebilangan kecil sekolah harian.

Penulis percaya, kecemerlangan sekolah-sekolah ini saban tahun , selain daripada faktor tradisi, guru dan pelajarnya, turut dibantu oleh system kelas satu jantina. Ini bukanlah kata-kata kosong yang semberono. Ini ialah kata-kata ini didokong dengan fakta.

Pada tahun 2007, Dr. Leonard Sax, Pengarah Eksekutif National Association for Single Sex Public Education (NASSPE) dan juga seorang ahli psikologi telah membuat kajian mengenai perbandingan antara system kelas konvensional (co-education) dengan system kelas satu jantina bagi pelajar gred 4 di Woodward Avenue Elementary School, Florida. Laporannya yang bertajuk ‘Single-Sex vs. Coed: The Evidence’ menyatakan sebanyak 86% daripada pelajar lelaki dan 75% daripada pelajar perempuan yang mengikuti kelas satu jantina mencapai tahap proficient dalam peperiksaan FCAT (Florida Comprehensive Assesment Test) berbanding 37% daripada pelajar lelaki dan 5% sahaja daripada pelajar perempuan yang mengikuti kelas konvensional.

Penulis sendiri agak terkejut semasa membaca laporan ini. Jurang peratusan peperiksaannya amat besar! Tetapi, system ini bukanlah mengenai peratusan markah dan bilangan A semata-mata. Sistem ini juga berjaya menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih selesa dan menyeronokkan.

Dalam satu temubual rawak yang dijalankan majalah Reader’s Digest dengan pelajar yang mengikuti system ini mendapati pelajar perempuan boleh menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas dan tidak lagi malu untuk mengangkat tangan bertanya. Pelajar lelaki pula menyatakan pembelajaran menjadi lebih pantas dan tugasan berkumpulan adalah lebih mudah tanpa pelajar perempuan. Guru-guru juga melahirkan rasa senang hati apabila kehadiran pelajar lelaki semakin bertambah. Pelajar-pelajar ini juga sudah jarang mengangkat tangan meminta time out!

Pelajar juga tidak lagi perlu memikirkan perkara-perkara remeh, persepsi pelajar lain misalnya. Sebagai contoh, pelajar lelaki tidak lagi perlu memikirkan cara untuk menarik perhatian dan dikagumi pelajar perempuan. Ianya memang kelihatan seperti memandang rendah daya intelek pelajar, dan tentulah bukan semua pelajar bersikap begini, tetapi inilah yang sentiasa berlaku. Robert Kennedy, dalam artikelnya The Pendulum Has Swung mengatakan, “Boys have always felt a need to impress girls in the classroom. Girls usually feel as though the boys are always teasing them. Surely there is enough time in college and in later life to deal with social and other kinds of intercourse”. Hal ini turut dinyatakan dalam majalah Reader’s Digest (dalam satu temu bual rawak yang sama).

Pengalaman singkat penulis sebagai sukarelawan di sebuah pusat tuisyen percuma juga memberi kesedaran. Penulis dan beberapa lagi sukarelawan ditempatkan di kelas darjah 6. Bagi menangani masalah keragaman pelajar-pelajar ini, kumpulan pelajar telah dibentuk berdasarkan jantina mereka. Pelajar perempuan yang lebih banyak bertanya mendapat guru yang lembut dan berkemahiran memberi penjelasan, manakala pelajar lelaki yang yang kebiasaannya agak nakal dan playful diserahkan kepada guru yang agak tegas dan bijak mengawal keadaan.

Akhirnya perjalanan kelas menjadi lebih teratur. Pembelajaran menjadi lebih lancar dan tiada lagi rungutan tidak puas hati pelajar. Rupa-rupanya, kami telah melaksanakan system kelas satu jantina, walaupun secara tidak sedar!

iii ~ Namun adakah boleh kita sewenang-wenangnya mengandaikan kecemerlangan dapat ditingkatkan dengan hanya mengasingkan kelas perempuan dan lelaki? Tentulah tidak. Sistem ini tidak dipraktikkan dengan sendirian. Ianya menuntut beberapa keperluan lain yang perlu dilaksanakan dan dipenuhi.

Dalam satu temubual, Dr. Sax menganjurkan beberapa syarat dan criteria bagi pelaksanaan system ini. Secara umumnya, guru-guru yang ditugaskan hendaklah terbukti berkemahiran dalam metode pengajaran satu jantina. Tambahnya lagi, pembabitan ibubapa secara langsung juga diperlukan bagi menjamin kejayaan system ini.

Selain itu, suasana bilik belajar haruslah bersesuaian. Pendek kata, segala hal yang yang berkaitan seperti cara komunikasi guru, pendekatan dan suasana pembelajaran mestilah bersesuaian dengan jantina sasaran.

Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan fitrah semula jadi. Perempuan dan lelaki masing-masing mempunyai ciri dan dinamika tersendiri dan juga saling melengkapi. Perempuan secara UMUMnya berperawakan lebih lembut dan santun. Lelaki KEBIASAANnya pula lebih agresif. Walaupun ada pihak mendakwanya sebagai satu gender stereotype, tapi ini ialah hakikat yang sukar disanggah. Istilah ‘feminin’ dan ‘maskulin’ wujud disebabkan ini lah!

Oleh itu, cara-cara untuk berinteraksi dengan kaum Hawa semestinya berbeza jika dibandingkan dengan kaum Adam. Menggunakan cara perantaraan adam semasa berinteraksi dengan hawa, kalau berjaya sekalipun, tentulah gagal meninggalkan kesan yang mendalam. Dengan penjelasan inilah, system kelas satu jantina wujud dengan penuh relevan, sekurang-kurangnya sebagai alternative kepada system kelas konvensional yang sedia ada.


Dipetik daripada halaqah.net

Jumaat, 16 Julai 2010

Ayuh!! Peluang Mendalami Ilmu Fiqh

2 ulasan

Isnin, 12 Julai 2010

AMAL: Jiwa Atau Bangkai?!!

0 ulasan
Ringkas sahaja kalam kali ini..
Penulis tidak seharusnya punya ruang menukilkan kalam kerana tika ini masih punyai tugasan yang perlu di selesaikan... Untuk meredakan tekanan tugasan, blog salah satu pilihan penulis untuk menyegarkan semangat..


Khamis dan jumaat lalu ketentuan-Nya telah menghantarku sebagai fasilitator di Sek. Ren. Ugama (A) Darul Ulum di Tanah Merah, Kelantan. Bukanlah tentang program tersebut yang ingin digarapkan, cuma secebis bicara yang cukup dalam ertinya bagi ku.

Sebelum solat Jumaat di masjid berhampiran, imam masjid tersebut memberikan kuliah terlebih dahulu... Beliau berbicara tentang khusyuk dan lalai solat..
Perumpamaan yang diberikannya cukup menarik...

"Smaye tanpa khusyuk ni... ibarat la solat tu macam orang.. kalau kito nak bagi solat kepada Allah tanpa khusyuk, sama seperti kito serah bangkai yang tak bernyawa pada Allah.." Begitulah antara madahnya dalam loghat Kelantan yang sempat kutangkap...


Kata-kata itu sering terngiang-ngiang di kotak fikiran ini...
Menarik-narik kembali meneliti semula setiap laku bicaraku...
Aku bermonolog memuhasabah kembali..
Mencari di mana rohnya dalam setiap jasad amalku...
Bangkaikah atau jiwa yang kupersembahkan pada-Mu?


Antara yang hadir semasa majlis perasmian oleh YB Abd Fatah


Anak kecil yang mirip sesorang yang penting dalam liku hidupku..


Praktikal solat berjemaah


Bersama teman seperjuangan dan Ust Azmi (S/U Unit Dakwah Halaqat Tanah Merah)


Bahagia betul si kecil solat.. nampak syurga ke? he3

Jumaat, 2 Julai 2010

Bahang HITEK KIAS 2010 Mulai Terasa

1 ulasan
email penganjur: sekretariathitekkias@gmail.com
blog penganjur : infopmkias.blogspot.com
FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template