.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 7 Oktober 2010

Komet Hartley 2 Kini Melintasi Langit Utara


Kredit: Foto diambil oleh astronomer amatur Rolando Ligustri yang menggunakan teleskop sewaan 14-inch Global Rent-a-Scope di New Mexico. Ia menunjukkan komet ini berhampiran dengan Nebula Pacman (NGC 281)

Ada komet sedang menghampiri Bumi ketika ini. Komet 103P/Hartley 2 akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 20 Okt ini.

Ketika itu, ia dijangkakan dapat dilihat sebagai objek yang agak kelam di langit sebelah Utara, dari kawasan mencerap yang gelap dan langit yang cantik.

Warna kehijauan komet ini mengingatkan saya akan Komet Lulin yang muncul beberapa tahun 2009 lepas.

Mengikut carta yang diberi di SINI, komet ini sedang merentasi buruj Cassiopeia dan Perseus serta Auriga, sepanjang bulan Oktober ini.

Cukup menarik untuk dikejar memandangkan ketinggiannya akan mencapai sekitar 30 darjah dari ufuk, dan waktu mencerap sekitar 2-3 pagi.


sumber: Falak Online

0 ulasan:




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template