.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 21 Oktober 2010

Islamic Fashion Festival: Mengundang Fitnah Terhadap Islam



Penulis tidak punyai banyak ruang untuk berkomentar di sini disebabkan sedang menfokuskan final exam yang sedang berlangsung. Namun hati penulis juga tidak senang dan bergelora dengan perkembangan siasah dan Islam di Malaysia kini. Sangat mendukacitakan, Islam kini sedang dirobek dan ditarah di buminya sendiri yang kononnya dilaungkan sebagai negara Islam dengan penganjuran Islamic FMajlis Festival Fesyen ataupun Busana Muslim Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Datin Paduka Seri Rosmah telah bertindak sebagai penaung program ini. Program yang langsung gagal mencerminkan imej sebenar Islam ini sebenarnya telah menyebabkan masyarakat Islam bahkan non-Muslim semakin keliru dengan apa yang dituntut Islam itu sendiri. Kini, program ini telah dibantah oleh beberapa pihak yang boleh kita ketahui melalui pautan di sini, sini, sini dan juga di sini serta melalui pautan facebook ini.

Secara peribadi, penulis berpandangan semua masyarakat Islam sedunia tanpa mengira perbezaan kaum, ideologi, dan seumpamanya sepatutnya membantah kewujudan program sebegini yang bukan sahaja menyalahi ajaran Islam, bahkan ia juga mampu memberikan pengertian dan salah faham terhadap Islam hatta yang lebih ditakuti adalah murka daripada Allah SWT.

Berikut adalah beberapa keping gambar berkaitan program tersebut sebagai bukti dan bukannya untuk dicontohi atau diikuti.



Jika diizinkan Allah, kelak penulis akan ketengahkan kepada para pembaca tentang aurat dan kaedah berpakaian yang dianjurkan Islam. Mudah-mudahan ianya menjelaskan kekeliruan khususnya buat mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendekati Islam.

1 ulasan:

Muhamad Safiq on 31 Oktober 2010 7:04 PTG berkata...

Apabila Islam diperniagakan..hukumNya diabaikan.Keseronokan duniawi diutamakan.Amanah Allah dipertikaikan.Beginilah jadinya.Kita disogokkan sebagai negara Islam.Tapi sayang,Islam kita hanya pada nama.Malunya kita dengan Rasulullah s.a.w yang selalu ingatkan kita.




 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template