.: Anda Suka Blog Ini? :.
.: Komentar Warga FB :.
Isnin, 4 Januari 2010
Isu Penggunaan Nama Allah : 1 Penelitian
Penulis tidak bercadang untuk mengulas apa-apa dalam isu ini. Bagi penulis, memadailaah sahaja dengan penulis mengajak para pembaca meneliti beberapa pandangan dan respon mereka-mereka yang bagi penulis wajar diambil serius pandangannya yang penulis mengira merekalah ahli bagi permasalahan ini. Penulis tidak berhasrat malah mengabaikan langusng respon-respon mereka yang pada penulis bukanlah yang wajar diambil kira pandangan mereka. Asasnya yang ingin penulis tekankan di sini, adalah isu-isu berkaitan agama ini sewajarnya dirujuk kepada mereka yang arif berkaitannya, bukan dengan memetik semberono pandangan mereka yang berkepentingan untuk menjaga periuk nasi mahupun di jalanan kaki.
Justeru itu, ayuh kita meneliti sendiri pandagna mereka ini dan mencedok kebaikannya itu sekalipun sekiranya terdapat percanggahan, namun perlunya kebijaksanaan kita demi kebaikan imej Islam yang kita bawa untuk dipakaikan kepada diri kita sebagai seorang muslim sebagai contoh ummah yang terbaik. Antara respon yang dipetik penulis ialah:
1. Datuk Dr. Harun Din
2. Dr.Asri
3. PAS
Dalam pada itu, terdapat juga respon daripada beberapa medium mahasiswa yang seharusnya dicontohi oleh para mahasiswa lain akan sikap sensitiviti terhadap isu agama sebagai golongan mahasiswa seperti:
1.Ikatan Studi Islam
2.Ma'ruf Club
Cuma sedikit kekecewaan bagi penulis bilamana mereka-mereka yang seharusnya bersuara masih mendiamkan diri seperti para mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan seumpamanya yang penulis melihat mereka seolah-olah tidak merasai kepentingan mereka untuk berpendirian dengan ilmu mereka bagi membantu memecahkan kebuntuan masyarakat kini. Hakikatnya yang diperlukan oleh masyarakat adalah penjelasan berasaskan ilmu dan bukanlah respon tindakan agresif yang tidak mencerminkan akhlak muslim mahupun sikap berdiam diri menzahirkan kebaculan diri seolah-olah jahil lagi tidak berpengetahuan atau pengecut dalam mezahirkan ilmunya.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan