Secara umumnya, kaedah berdasarkan arah matahari terbenam adalah tidak tepat disebabkan sudut arah matahari terbenam di Malaysia adalah berubah-ubah. Namun demikian, ianya boleh ditentukan dengan mengetahui perbezaan jarak antara matahari terbenam dengan arah kiblat sebenar.
Berdasarkan bulan sabit juga, arah kiblat boleh ditentukan dengan berpandukan jadual anggaran perbezaan arah kiblat. Secara mudahnya, ianya hampir sama sahaja dengan kaedah berdasarkan matahari terbenam. Cuma ianya perlu diukur dari tengah-tengah cahaya sabit, bukannya sisi bulan. Ini disebabkan asas ukuran adalah berdasarkan pusat matahari. Anggaran sudut boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah “sudut jari” seperti rajah di bawah untuk di ukur kira pada dada langit. Mengikut syarahan pensyarah, “sudut jari” ini diiktiraf National Aeronautics and Space Administration (NASA) sebagai salah satu cara mengukurnya. Begitulah hebatnya jari manusia ciptaan-Nya. Caranya adalah seperti berikut:
Rajah 6: Cara mengukur menggunakan jari
Sedikit keterangan mengenainya:
1 jari bersamaan 1⁰
2 jari bersamaan 5⁰
Gengaman bersamaan 8⁰
Lima jari yang dibuka bersamaan 20⁰#Artikel ini hanya sebahagian artikel daripada artikel penuh yang pernah diterbitkan dengan tajuk Arah Kiblat: Berdasarkan Petunjuk Alam
0 ulasan:
Catat Ulasan