.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Rabu, 10 Jun 2009

Unity Government



Semalam di dalam salah satu slot dalam Minggu Ukhwah Islamiah(MUI`09) untuk para penuntut baru telah mengetengahkan Setiausaha Politik MB Kelantan yang mana bertujuan menceritakan sekilas pandag berkenaan Negeri Serambi Makkah kepada para peserta MUI`09 yang rata-rata mempunyai pelajar yang bukan anak tempatan.

Dalam kesempatan masa yang terluang untuk sesi soal jawab yang kelihatannya para peserta seolah-olah tiada apa yang ingin yang dipersoalkan. Maka, peluang yang terhidang terus ana manafaatkan untuk bertanyakan pandangannya berkenaan unity government @ kerajaan perpaduan dan percanggahkan pandangan sesama pimpinan PAS dalam hal ini.

Secara kesimpulannya yang boleh diambil daripada jawapannya itu menjelaskan kepada audiens bahawa perbezaan di dalam sesuatu organisasi adalah sememangnya wujud, apa yang penting adalah kaedah menanganinya agar tidak memecahbelahkan organisasi. Beliau melihat begitu banyak risiko kecederaan yang akan dialami PAS sekiranya menerima kerajaan perpaduan.
Sejarah politik di Kelantan sendiri yang pernah menyaksikan pengkhinatan UMNO / BN yang membuatkan pimpinan PAS di Kelantan begitu trauma sekali untuk mengulanginya.

Antara andaian yang telah dilontarkannya, bayangkan sekiranya esok PAS bersama-sama dengan BN membentuk kerjaan perpaduan dan memegang jawatan-jawatan di dalam tampuk pimpinan kerajaan yang sememangnya telah 'tawar' di mata rakyat. Tiba-tiba tidak sampai beberapa bulan, BN merencanakan PRU-13. Ketika ini atas tiket parti manakah pimpinan PAS hendak bertanding sedangkan kerjaan perpaduaan yang baru dibentuk belum lagi sempat merencanakan perubahan yang menguntungkan rakyat. Adalah mustahil ketika ini pimpinan PAS untuk bertanding atas tiket PAS kerana kepercayaan rakyat kepada mereka pastinya berubah. Jika bertanding atas tiket BN pula, ana tidak melihat adanya peluang buat mereka dengan budaya cantas mecantas yang subur di dalam UMNO/BN malahan ianya secara langusng adalah tidak lagi berjuang berdasarkan Islam, sebaliknya kembali kepada dasar BN iaitu semangat perpaduan. Inilah antara kecederaan-kecederaan yang barangkali sedang menantikan PAS sekiranya menerima kerajaan perpaduan dalam susana politik tanah air yang cukup kotor sekali.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template