Fenomena penghijaban yang akan berlaku antara planet Zuhrah dan Bulan pada 16 Mei 2010 nanti.
Apabila menjelang Maghrib, Bulan dan Zuhrah akan kelihatan begitu hampir sebelah-menyebelah. Lebih tepat, Zuhrah berada pada tanduk kiri bulan sabit yang halus tu.
Pada jam 7.31 PM, secara tiba-tiba kita akan dapati Zuhrah hilang dari pandangan!
Apa yang berlaku di sini?
Jawapannya ialah Bulan ketika itu sedang melindungi Zuhrah. Seolah-olah sedang berlaku Gerhana Zuhrah! Fenomena ini dipanggil sebagai Penghijaban, atau Occultation.
Kejadian ini berlaku kerana Bulan sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke Timur, secara relatif dengan bintang-bintang di langit. Kebetulan di Malaysia, pada waktu tersebut, Zuhrah betul-betul berada pada kedudukan laluan Bulan.
Kemudian, lebih kurang 1 jam kemudian, iaitu pada pukul 8.33 PM, Bulan sudah bergerak agak jauh ke timur, dan mula menampakkan kembali planet Zuhrah. Kali ini ia muncul di bahagian bawah Bulan pula.
Proses ini secara jelas menunjukkan kepada kita bahawa Bulan sememangnya sentiasa bergerak ke timur, walaupun jauh lebih perlahan jika dibandingkan pergerakannya menuju ke ufuk barat (akibat dari putaran Bumi), namun ia tetap berlaku.
Jangan lepas peluang, kerana kejadian ini cukup indah, lebih-lebih lagi untuk diambil fotografnya. Kamera DSLR dengan Zoom Lens pun sudah memadai kerana pasangan Bulan dan Zuhrah sentiasa fotogenik!
Satu lagi perkara ialah, kejadian ini berlaku pada saat yang berlainan di lokasi berlainan di Malaysia.
Kiraan terhadap 9 buah bandar di Malaysia telah dibuat. Secara kasarnya waktu bermula 'gerhana zuhrah' ini ialah
Waktu Mula 'Gerhana' - Zuhrah Hilang
Balik Pulau, Penang 7:27:45 PM
Johor Bharu 7:34:52 PM
Kota Bharu 7:27:38 PM
Kota Kinabalu 7:33:28 PM
Kuala Lumpur 7:31:50 PM
Kuala Terengganu 7:29:06 PM
Kuching 7:35:27 PM
Langkawi 7:26:07 PM
Miri 7:33:51 PM
Waktu Tamat 'Gerhana' - Zuhrah muncul
Balik Pulau, Penang 8:33:08 PM
Johor Bharu 8:34:37 PM
Kota Bharu 8:33:55 PM
Kota Kinabalu
Kuala Lumpur 8:33:52 PM
Kuala Terengganu 8:34:25 PM
Kuching 8:36:18 PM
Langkawi 8:32:49 PM
Miri 8:34:55 PM
Selamat Mencerap.
Nota:Kiraan dibuat oleh perisian Occult 4
dipetik daripada : Falak Online
0 ulasan:
Catat Ulasan