Allah SWT telah memberikan sifat-sifat yang terindah kepada bidadari-bidadari syurga. Mereka diberi pakaian yang paling bagus dan sesiapapun yang membincangkan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu.
Al-Thabrani menyebutkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl al-Dimyathi, kami diberitahu Amru bin Hasyim al-Biruni, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Radhiyallahu Anha, dia berkata, “Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli.”
Beliau s.a.w menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik.” (al-Waqi’ah:23)
Belaiu menjawab, “Kejernihannya sepertimana kejernihan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah. Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Di dlam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik’.” (al-Rahman:70)
Beliau s.a.w menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita.”
Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku firman Allah, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (al-Shaffat:49)
Beliau menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit telur bahagian telur, atau yang biasa disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (al-Waqi’ah:37)
Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tua, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”
Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang Nampak daripada apa yang tidak nampak.”
Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Belaiu s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”
Saya berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua,tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga pula. Siapakah di antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu dia berkata, ‘Wahai Rabb ku, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya’. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, duniadan akhirat.”
Pengarang (Ibnu Qayyim al-Jauziah) menyebut hadis ini di dalam bukunya Had al-Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if. Menurut Ibnu Ady, sebahagian besar hadis-hadisnya adalah mungkar dan saya tidak melihat orang-orang terdahulu membincangkannya. Kemudian dia menyebutkan hadis ini dari jalannya, seraya berkata, “Hanya sanad inilah yang diketahui.”
--Petikan daripada Panduan BERCINTA dan memendam rindu karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah dalam Bab 19 Keutamaan keindahan dan kecenderungan jiwa menyukai kecantikan--
Dipetik daripada senjalangitbiru.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan