SMM mendirikan pusat tersebut - yang merupakan sebuah kanopi yang didirikan di tepi jalan di Batu 6 ½ ,Jalan Pantai Teluk Kemang - untuk membawa isu bantahan e-undi dalam pemilihan kampus, sewaktu kempen pilihanraya kecil di situ.
Beliau yang tidak berada di situ, dimaklulmkan bahawa pegawai berkenaan, tiba di pusat tersebut pada jam 10.30 pagi.
Kanopi tersebut terletak tidak jauh dari bilik gerakan pilihanraya PAS di situ.
Kakitangan kementerian tersebut, katanya, turut memperkenalkan diri mereka kepada pekerja parti di situ.
Shahni berkata, dia dimaklumkan, apabila menyedari kehadiran mereka, tiga anggota SMM beredar dari pusat itu, dan memerhati dari jauh.Shazni kata, mereka ternampak pegawai berkenaan bertanya kepada peniaga dekat situ mengenai pusat mahasiswa tersebut.
Katanya, pagi ini, SMM bercadang untuk mengedarkan risalah berhubung bantahan terhadap e-undi sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Berikutan itu, katanya, SMM menangguhkan sementara itu rancangannya untuk mengedarkan risalah tersebut di Bagan Pinang.
"Saya dimaklumkan bahawa mereka berada di pusat itu selama kira-kira sejam sebelum beredar dari situ," katanya
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/114414
0 ulasan:
Catat Ulasan